Selamat bercuti dan Selamat Hari Gawai kepada semua rakan-rakan yang menyambutnya. Gayu Guru Gerai Nyamai. Cuti tu cuti juga, tapi jangan abaikan keselamatan diri masing-masing. Yang memandu pulang ke kampung, berhati-hatilah ketika memandu. Jangan menambah statistik maut di jalan raya pula. Kepada kawan-kawan yang ada di kampung, jemput hadir ke rumah pada Sabtu, 31/5/2014. Ada kenduri sikit. Tapi aku sampai petang tu dalam pukul 4. Kalau free boleh la jumpa..
Thursday, May 29, 2014
Sembah Takziah
Sembah Takziah Ke Bawah Kerabat Duli Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di atas kemangkatan Baginda. Semoga Allah Mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah....
Thursday, May 22, 2014
Kuasa
Kuasa
Ramai manusia gila kuasa
Ada yang pandai kawal, ada sebaliknya
Ada yang hilang waras dek pengekalan kuasa
Ada yang hilang pertimbangan dek teguran biasa
Di sebabkan Kuasa
Ada yang tak dapat menerima teguran walaupun ianya membina
Di anggap semua keputusannya maksum belaka
Habis seteru menjadi mangsa
Kerana Kuasa
Ramai manusia kecewa
Hidup seharian gundah gulana
memikir cara mengejar dunia
Masalah kuasa
mengampu dan membodek berleluasa
rasuah mainan biasa
integriti entah ke mana
tak disangkal yang ok pun ramai juga
iman tebal jadi benteng berharga
nafsu serakah dapat dilumpuhkannya
mengawal diri dari terus terleka
Baliklah kepangkal jalan wahai tamak haloba
Dunia bukan tempat kekal kita
Malaikat maut hanya menunggu masa
Akhir nanti samada ke syurga atau neraka
Masalah kuasa
mengampu dan membodek berleluasa
rasuah mainan biasa
integriti entah ke mana
tak disangkal yang ok pun ramai juga
iman tebal jadi benteng berharga
nafsu serakah dapat dilumpuhkannya
mengawal diri dari terus terleka
Baliklah kepangkal jalan wahai tamak haloba
Dunia bukan tempat kekal kita
Malaikat maut hanya menunggu masa
Akhir nanti samada ke syurga atau neraka
Subscribe to:
Posts (Atom)