TQVM FOR CLICK

Sunday, December 24, 2017

JIKA SELEPAS INI

*UNTUK IBU BAPA YANG ADA DALAM GRUP INI...*

*JIKA SELEPAS INI*

Jika selepas ini
Anak tuan melanggar disiplin sekolah
Kami tidak akan menghukum
Kerana tugas kami mengajar di dalam kelas

Jika selepas ini
Anak tuan ada masalah kesihatan di sekolah
Kami tidak akan merawat mereka hatta sebiji panadol atau setitis minyak angin
Kerana kami bukan doktor

Jika selepas ini
Jika anak tuan mewakili sekolah
Ke pertandingan di sekolah lain
Pergilah sendiri
Kerana kami bukan driver

Jika selepas ini
Anak tuan ditinggalkan bas
Ajarlah dia untuk naik *UBER /ZEPP ON / GRAB*
Supaya selamat sampai ke rumah

Jika selepas ini
Jika tiada lagi kelas tambahan UPSR
carilah pusat tuition
Kerana kami perlu mendidik anak sendiri
Dan sediakan kopi untuk suami (isteri).

Jika selepas ini.
Guru-guru pulang awal
Jangan ditanya kenapa
Kerana tugas guru telah selesai

C&P

Tuesday, December 19, 2017

BILA HATI SEORANG GURU MULA TERLUKA

Muhamad Azalei:
Untuk ibu bapa di luar sana...

BILA HATI SEORANG GURU MULA TERLUKA

Bila hati seorang guru mula terluka
ketahuilah bahawa
pintu berkat dan rahmat untuk anak-anakmu mulai hilang
Maka..
kau renung akan apa jadi
pd anakmu 5 tahun lagi.

Bila hati seorang guru mula terluka
Akan lahirlah generasi terbiar
Dibiarkan ibu bapa
Dibiarkan guru-gurunya
Dibiarkan masyarakatnya

Bila hati seorang guru mula terluka
Bait2 bicara kan hilang hikmahnya
Rajuk yang kecil menjadi barah
Melatari seluruh sistem taadib
Tarbiyah kan layu
Nilai kan runtuh dimamah masa

Bila hati seorang guru mula terluka
Masyarakat sedang sakit
Harapan tinggal harapan
Impian berkecai dek keegoan dan keras kepala
Ada pesalah ada pengalah
Yang hak dibatilkan, yang batil dihakkan

Bila hati seorang guru mula terluka
Lukanya dalam
Parutnya kekal berlekatan
Ibarat sang ibu yang kecewa
Sayang masih ada
Namun luka yang tidak berdarah
Adalah sesakit-sakit bahasa

Bila hati seorang guru mula terluka
Awan menjadi merah
Penghuni langit kan turut berduka
Kerana guru sejati adalah pewaris para nabi

*ustazah Aizah
18 Disember 2017

Saturday, December 16, 2017

Sokongan Moral Untuk Cikgu Azizan


Kerana ketegasan seorang guru mengajar dan mendidik anak muridnya, beliau kini bakal dihadapkan ke Mahkamah pada 19 Disember 2017 Selasa ini.

Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Azizan merupakan guru yang tegas dalam disiplin murid-murid, kes yang berat dan berulang seperti menghidu gam, membuli, bergaduh dan banyak lagi.

Kes ini juga mendapat sokongan daripada YDP Sekolah berkenaan, dengan turut merasa bimbang dengan sikap ibu bapa yang mengambil langkah membesarkan kes hingga ke mahkamah sedangkan kesalahan datang dari anak sendiri.

Berdasarkan kenyataan NUTP, pihaknya akan menyediakan peguam bagi membela beliau. Pihak NUTP memohon semua guru memberi sokongan moral dengan hadir ke mahkamah pada hari dan ketetapan berikut:

Tempat: Mahkamah Majistret Seremban 2A, Negeri Sembilan.

Tarikh: 19 Disember 2017 (Selasa)

Masa: 8.30 pagi

Kes Cikgu Azizan bukanlah kes pertama dalam dunia pendidikan dimana guru disaman oleh penjaga. Sebelum ini juga terdapat beberapa kes ibu bapa menyaman guru atas pelbagai sebab. Ada juga yang dimemihak kepada guru dan ada juga yang tidak memihak kepada guru.

Kami warga guru mendoakan agar Cikgu Azizantabah menghadapi ujian ini, dan semoga kemenangan memihak kepada beliau.

Inilah cabaran guru masa kini, apa lagi yang guru mampu buat? Hukuman apa yang guru boleh kenakan ke atas murid? Adakah kita hanya mampu sekadar mencatat kesalahan murid di dalam SSDMsahaja..

Buat ibu bapa, usahlah selalu menangkan anak, seperti mana anda mahukan anak menjadi insan yang baik, begitu jugalah cikgu yang mahu melihat anak muridnya menjadi murid yang baik dari segi akhlaknya.

Kepada guru-guru diharap memberi sokongan kepada beliau walau di mana sekalipun, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah, anda boleh nyatakan sokongan anda dengan mengundi dan share di media sosial atau group Whatsapp masing-masing.