TQVM FOR CLICK

Monday, November 20, 2017

Poor dad vs Rich dad 2

Menjawab serangan oleh Hilary Clinton semasa kempen pemilihan presiden Amerika dulu yang mengatakan Trump tak pernah membayar cukai untuk Amerika dengan selamba Trump cakap dia manusia bijak. Tahu tak kenapa? Orang ekonomi atau orang bisnes memang mainan mereka la. Sebab investor ni jarang kena cukai.

Contoh kita je. Untuk menarik pelabur asing, macam-macam insentif kerajaan bagi. Di situ la kesempatan yang di ambil oleh investor. Yang mana menguntungkan, yang tu lah dia ambil. Tapi Kiyosaki (penulis buku RICH DAD POOR DAD) kata, sebelum sampai kepada investor, kita terpaksa melalui fasa bekerja, menjadi bos kepada pekerja dan membuka kompeni yang besar.

Sempat lagi ke nak jadi kaya kalau kita umur dah pun melebihi 30 tahun? Lepas itu, dengan hutang yang masih lagi belum terkawal. Kerja pun dengan orang je. 

Sunday, November 19, 2017

Majlis Iftihfal Pasti Petrajaya

Alhamdulillah.. nak cuti dah rupanya. Semalam majlis penyampaian hadiah pelajar PASTI dan SRITI Kawasan Petrajaya, Kuching. Alhamdulillah, ada juga naik pentas Khayrin Aisya. Katanya dapat nombor 1 untuk 5 Tahun wakil PASTI FURQAN dan nombor 2 untuk ujian pemilihan terbaik kawasan petrajaya.

TAHNIAH untuk anakku, Khayrin Aisya. Semoga menjadi anak yang solehah, yang melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya dan juga berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin ya Allah..




Saturday, November 18, 2017

Poor dad vs rich dad

Terbuka minda selepas dengar taklimat mantan TKPPKPM Dato Tajudin Jab semasa memberi taklimat untuk pelajar DVM KV Matang jumaat lepas. Rupanya Trump ni tak banyak pun kena bayar cukai pendapatan. Kita yang kerja kerajaan ni, terutama golongan pertengahan ni yang banyak rugi kerana terpaksa menyumbang pendapatan kita untuk membayar cukai hasil.

Macamana orang sekaya Trump boleh mengelak dari membayar cukai? Kena belajar tu.. Rupanya kita yang kerja makan gaji, ambik upah orang ni lagi banyak kena bayar hasil dari mereka yang menjadi pelabur.

Jadi, berusahalah kita untuk jadi investor, supaya dalam tidur pun income kita masuk.