TQVM FOR CLICK

Wednesday, January 6, 2016

Jom Melencong: Night @ Bukit Gambang Safari Park

Ni pergi waktu malam. Malam dia buka bermula jam 6.00 petang sehingga 9.00 malam.
Dekat sini boleh tengok binatang yang aktif waktu malam. Binatang kat sini tak banyak. sekejap je la pusing. Lepas tu tunggu pertunjukan. Ada 2 pertunjukan iaitu pertunjukan api dan tarzan.
Yang bestnye tarzan la siap ada 'sound effect' serta gabungan binatang dan manusia. huhu..suka anak tengok pertunjukan tarzan tu..






















antara pertunjukan api. tapi gambar tak jelas



















video pertunjukan api yang sempat di rakam. 


Tuesday, January 5, 2016

Bunga durian

Pernah tengok ke benda ni? Dekat benda memang susah la jumpa. Tapi, siapa yang ada kebun durian pasti tahu la.. Aku pun baru tahu rupanya bunga durian ni boleh di makan. Pertama kali suruh isteri aku beli untuk masak buat sayur. Rasanya lemak-lemak sikit.


Monday, January 4, 2016

Jom Melencong: BBQ Rumah Abang di Aring 4

Alhamdulillah..Dalam cuti lepas berkesempatan untuk melawat abang-abang ku yang sulong dan ke tiga serta rumah kakak aku yang nombor lima. Kesempatan ini di ambil untuk ber'gathering'.. huhu.. Ini pertama kali aku sampai ke Felda Paloh 3 dan Felda Aring 4. Kebetulan pula kakak aku tu baru dapat kerja serta pindah rumah.  





Datang mengemas rumah kakak aku yang baru dapat kerja dan pindah rumah.

Di rumah abang aku yang ke tiga.