Cuti sekolah penggal pertama akan bermula minggu depan. Perancangan telah dibuat untuk balik Kuching. Kesempatan akan diambil untuk meluangkan masa bersama famili. Dalam keadaan isteri yang tidak sihat dan berdepan dengan masalah yang rumit seorang diri menyebabkan hati ini tak sabar untuk balik.
Tuesday, March 8, 2011
Saturday, March 5, 2011
Kejohanan Ragbi VI Tens, 2011
Siang tadi, aku ke SMK Victoria, Kuala Lumpur mengiringi pasukan ragbi sekolah untuk Kejohanan Ragbi VI Tens, 2011. Pasukan srkolah aku dalam kumpulan E, menjadi naib juara kumpulan untuk meneruskan perlawanan esok. Ini adalah kali pertama aku keluar untuk mempelajari selok belok sebagai pengurus ragbi sekolah menggantikan En. Azmi yang telah dinaikkan pangkat. Sekarang aku masih lagi dibawah bimbingan En. Azmi dan En. Yusmar. Esok perlawanan akan bermula pada pukul 9.00 pagi dan kami akan bertolak pada pukul 7.00 pagi menaiki coaster sekolah.
Tuesday, March 1, 2011
Sesi membayar saman
Semalam aku dan En. Zainal pergi ke Balai Polis Trafik Seremban 2 untuk menjemput pegawai bagi ceramah keselamatan pelajar (pergi dan balik sekolah). Tapi malangnya, kami tidak dapt berjumpa dengan pegawai yang menguruskanhal tersebut kerana pegawai tersebut terlalu sibuk dengan pembayar saman di saat akhir. Melihat keadaan orang ramai yang beratur panjang menyebabkan kami gerun untuk memotong Q takut di salah anggap. Kami ikut pintu belakang untuk berjumpa pegawai tersebut, tetapi beliau telah keluar untuk menguruskan duit. Setelah lama kami menunggu, kami tidak dapat juga berjumpa. Melihat keadaan yang sibuk dan kelam kabut dengan pembayar saman, kami hanya mengambil no telefon pegawai terbabit sahaja dan pulang.
Subscribe to:
Posts (Atom)