TQVM FOR CLICK

Friday, July 30, 2010

Motivasi Perdana


Minggu ni akan diadakan Program Motivasi Perdana untuk pelajar-pelajar islam disekolah. Para pelajar dimainta menyumbangkan sebanyak RM5 seorang untuk program selama 3 hari 2 malam bermula 30/7/2010. Pelajar akan ditempatkan di asrama sekolah. 

Aku pula ditugaskan sebagai AJK Penyeliaan Asrama Lelaki. Tugas-tugasnya ialah memastikan persekitaraan asrama bersih dan teratur, memastikan peralatan di asrama tidak dirosakkan, memastikan peserta tidur mengikut jadual program yang ditetapkan dan yang paling penting untuk memastikan pelajar mengikuti program sepenuhnya.

>>Guru-guru terpaksa berkorban waktu untuk melihat pelajarnya berjaya. Pelajar itu sendiri pula macamana???


Pertandinagan Robotik Peringkat Negeri Sembilan

Semalam pergi mengiringi pelajar dalam Pertandingan Robotik Peringkat Negeri Sembilan yang di Dewan Tun Abdul Razak, Sekolah Dato' Abdul Razak. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Negeri Sembilan Dato' Amir Saifudin. Dua penyertaan SMVAS mendapat ke-4 dan ke-10 daripada 68 penyertaan dalam pertandingan tersebut. Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta terlibat.

Monday, July 26, 2010

Mendaftar..

Semalam saya menghantar adik saya di Pusat Pembanguna Kemahiran Negeri Sembilan (NSSDC) di Mantin. Beliau mendaftar diri untuk mengikuti Kursus Kemahiran Tahap 1 dan Tahap 2 dalam bidang Plastics Injection Moulding. Pada pukul 9.20 pagi, kami bergerak dari umah sewa saya di Ampangan dan tiba di NSSDC pada pukul 9.45 pagi. Selepas menyemak nama, mengisi borang pendaftaran dan mengambil gambar, pelatih di bawa ke hostel masing-masing. Hostel mereka terletak di Apartment  Kakitangan Kerajaan Negeri Sembilan di belakang Penjara Seremban. Kursus ini akan berjalan selama setahun.

Keadaan Koridor

Ni lah Adik  Yang Daftar



Emak dan Adik Saya


Keadaan Bilik Tidur kat Hostel

Keadaan Bilik Mandi


Keadaan Tandas


Keadaan Pantri