Semalam, 19 Julai 2010, aku telah mengikuti rombongan kelas membuat lawatan sambil belajar ke kilang Perodua. Best gak la dapat tengok cara pemasangan kereta ni. Tapi disebabkan sampai lambat masa lawatan kami dipendekkan. Tak sempat la nak tengok pemasangan enjin. Selepas ini kami berhajat ke kilang Honda untuk lawatan akan datang. Pertama kali sampai di kilang Perodua ni ialah tahun 2007 kerana menghadiri temuduga jawatan engineer. Tapi tak ada nasib untuk bekerja di situ.
Tuesday, July 20, 2010
NSSDC
Semalam 19 Julai 2010, permohonan adik aku untuk mengikuti kursus Injection Moulding Tahap 1 & 2 telah pun menerima surat jawapan yang menggembirakan. Beliau berjaya mengikuti kursus tersebut dan akan mendaftar pada 25 Julai 2010. Tahniah di ucapkan. Semoga belajar betul-betul dan menggunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya. Ini peluang yang mesti direbut kerana bukan senang untuk mendapat tempat di NSSDC atau Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Sembilan.
Monday, July 12, 2010
Besarnya Dosa Aku..
Hari ini aku telah melakukan dosa yang besar terhadap ibuku kerana telah memungkiri janjiku kepadanya. Ya Allah ampunilah dosaku. Mek ampunilah dosa anakmu ini. Bukan sengaja hendakku mungkir janji, tetapi hak aku belum dipulangkan lagi. Kesalahan ini bukan aku sengajakan. Aku sendiri pun tidak rela ianya berlaku. Aku pun malu kerana terpaksa merayu untuk mendapat hak aku sendiri. Ampunilah aku ibu.
Subscribe to:
Posts (Atom)