Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, June 2, 2010

Lima Hari Bekerja Untuk Guru - NUTP


KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon Kementerian Pelajaran mengkaji semula Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2005 agar memansuhkan peruntukan yang membenarkan guru bekerja dua hari Sabtu setiap bulan. Presidennya, Hashim Adnan berkata, guru juga perlu mendapat lima hari bekerjaseperti penjawat awam yang lain dan mendapat hak yang sama rata seperti mereka. Beliau berkata, NUTP mendapati ramai guru dipanggil bekerja, mengikuti kursus dan sebagainya pada hari Sabtu.

"Pendirian kami (NUTP) masih tetap mengikut pekeliling yang lama iaitu kerja dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Sekiranya berlaku (bekerja) hari Sabtu, kita rasa kita kaum pendidik seolah-olah dianaktirikan," katanya pada sidang media di Wisma NUTP di sini hari ini. Turut hadir Setiausaha Agung NUTP Lok Yim Pheng. Hashim berkata, NUTP juga mahu kerajaan melihat secara serius mengenai isu penjawat awam wanita yang melahirkan anak keenam dan seterusnya, tidak menikmati cuti bersalin malah langsung tidak ada cuti bersalin. Beliau meminta supaya penjawat awam yang melahirkan anak keenam dan seterusnya, diberi cuti bersalin yang sama seperti penjawat wanita yang melahirkan anak pertama.
"Kalau seorang wanita tidak diberi cuti bersalin 60 hari (masa ini) apabila dia melahirkan anak keenam, dia akan mengambil cuti seminggu, dua...kemudian bekerja semula.
"Ini akan menjejaskan kesihatannya. Dia ambil cuti tanpa gaji bermakna tiadapendapatan. Kenapa kita perlu bertindak sebegitu," katanya sambil menyokong sepenuhnya perjuangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang mana pekerjawanita harus diberi 90 hari cuti bersalin.

Sementara itu, Hashim juga berkata, NUTP tidak menyokong cadangan mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan bagi meningkatkan integriti dan kualiti pendidikan. Beliau berkata, perkara tersebut akan membebankan para guru dan ia akan melibatkan kos yang amat tinggi. - BERNAMA

Kalu Tuhan Tu Baik, Kenapa Cipta Neraka?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang  melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasatempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis  perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis   berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang
  dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapatimasih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalamsetiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan parapegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikannasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidakmampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam
  satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seoranggadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Makadia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insafdan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan  majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat
neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau
dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi    ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara
   macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi   orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh   dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.


Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
  "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:
   "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk   menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."

Tuesday, June 1, 2010

Celaka Israel Laknatullah..


Misi bantuan kemanusian ke Gaza, Palestin telah diserang oleh tentera Israel semalam diperairan antarabangsa yang bertolak dari Cyprus ke Genting Gaza. Tindakan biadab dan celaka Israel telah mengakibatkan 19 orang terbunuh yang kebanyakannya rakyat Turki. Kapal yang dinaiki oleh aktivis kemanusiaan dari pelbagai negara itu diserang dengan menggunakan pelbagai senjata canggih yang dimiliki Israel termasuk kapal perang dan helikopter tempur. Macam-macam cerita direka oleh Israel untuk menghalalkan kejahatan yang dilakukan oleh mereka. Israel melayan kapal bantuan tersebut seperti kapal perang yang ingin menghancurkan negara celaka Israel. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa yang terkorban dan berdoa semoga yang lain selamat khususnya rakyat Malaysia yang berada di atas kapal tersebut.

"Celakalah Israel dan sekutu-sekutunya"