TQVM FOR CLICK

Wednesday, May 19, 2010

Remaja Buang Bayi



Kes sosial dikalangan remaja terutama bangsa Melayu makin menjadi-jadi. Apa sudah jadi dengan remaja kita sekarang? Di manakah silapnya sehinggakan perkara ini berlaku? Remaja adalah tonggak masa depan negara. Jika rosak remaja kini tidak mustahil untuk masa mendatang negara pula yang hancur. Sanggupkah menghadapi kehancuran pada saat tersebut?

Isu sosial ini adalah tanggungjawab semua pihak dan bukannya orang-orang tertentu sahaja. Sekarang semua pihak perlu memupuk sikap jaga tepi kain orang supaya segala kemungkaran dapat di bendung seterusnya menjadikan negara kita tempat yang aman untuk di diami.

Maklumat lanjut klik dibawah:

Tuesday, May 18, 2010

Kerjaya Sebagai Guru




Kepada yang bercita-cita hendak jadi guru fikir-fikirlah dahulu. Bersediakah anda untuk menghadapi tekanan dan bebanan kerja yang bertimbun? Bersediakah anda untuk bertugas pada hari Sabtu dan Ahad? Sanggupkah tinggalkan famili untuk kursus dan tugas luar? Sanggupkah anda menanggung bebanan kerja rakan sekerja yang lebih veteren dari anda terutama dari segi pengalaman tetapi sibuk dengan hal mereka?Sanggupkah anda menerima pelbagai tugas yang semestinya akan dipertanggungjawabkan keatas anda sebagai guru baru?

Kalu belum bersedia dengan semua itu, baik lupakan sahaja hasrat anda kerana bidang ini tidak seindah dan semudah yang kita fikirkan. Ianya sangat mencabar dan menguji tahap kesabaran kita.


Sambutan Hari Guru


Pada hari Isnin (17.5.2010), SMVAS telah merayakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Pelbagai program telah di atur yang melibatkan guru untuk mempertontonkan skill masing-masing. Guru-guru diarak dengan paluan kompang mengelilingi sekolah menuju ke dewan Bestari Budiman. Selepas ucapan wakil ketua pelajar, PK1 membacakan ucapan hari guru Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Alimuddin bin Mohd Dom diikuti oleh Pengetua yang membacakan ucapan hari guru daripada Menteri Pendidikan Malaysia Tan Sri Muhyidin Mohd Yasin.

Selepas ucapan tersebut, para guru membaca ikrar guru dan menyanyikan lagu tema Hari Guru iaitu 'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA' diikuti lagu Guru Malaysia. Selepas selesai menyanyikan lagu, wakil pelajar menghadiahkan kad Hari Guru untuk guru-guru yang diwakili oleh Tuan Pengetua.

Untuk acara seterusnya, guru-guru diminta ke padang sekolah untuk acara sukaneka. Acara yang disediakan sungguh seronok. Antara acara tersebut ialah mengayam ketupat, membaling botol air menggunakan bola tenis, bola jaring menggunakan bola ragbi, memancing botol, mengisi air dalam botol, lontar dak, memakan epal tanpa guna tangan, bowling kelapa, susun bata (jalan atas bata) dan akhir skali meniup dan memecah belon.

Terima Kasih kepada yang menjayakan program pada hari ini. Memang meriah dan seronok.