Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, January 21, 2019

KEMPEN UTAMAKAN PRODUK/BISNES MUSLIM*

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟



*KEKANGAN PEMIKIRAN NEGATIF SEBAHAGIAN UMAT ISLAM*

πŸ”΄ *Tak boleh elak beli produk kafir, sebahagian besar produk dibuat oleh orang kafir.*
Ya betul. Tapi dalam kaedah fiqah “tak boleh buat semua, jangan tinggal semua”. Tak boleh utamakan produk/bisnes Muslim sepenuhnya, jangan langsung boikot produk Muslim. Utamakan produk/bisnes Muslim, kecuali jika tiada pilihan.

πŸ”΄ *Kita beli kedai Muslim tapi pembekal barangan tu kafir jugak.*
Tak apa. Sekurang-kurangnya kita sudah bantu satu golongan masyarakat Muslim iaitu pekedai/peruncit, berbanding kita langsung tak bantu mereka dengan mengutamakan kedai orang kafir. “Tak boleh bantu semua Muslim, jangan tak bantu semua Muslim”.

πŸ”΄ *Hangat hangat taik ayam jee tu, berapa hari sangat nak sokong produk Muslim?*
Ini ayat pelemah semangat, di samping secara tidak langsung membantu naikkan ekonomi orang kafir. Sepatutnya beri semangat umat Islam untuk terus istiqomah utamakan kedai/produk Muslim.

πŸ”΄ *Sudah terlambat, orang kafir sudah kuasai ekonomi Malaysia*
Sudah terlambat bukan bermakna orang Islam harus serah leher pada orang kafir untuk disembelih selamanya dalam bidang ekonomi. Tiada istilah terlambat bagi orang yang mula sedar dan mahu bertindak membaiki kelemahan.

πŸ”΄ *Peniaga Muslim berjaya, tak bantu orang Islam pun*
Tak semua begitu. Ramai juga peniaga Muslim yang berjaya lalu memberi sumbangan kepada masjid, sekolah, NG0, pelarian Muslim, fakir dan miskin. Ramai yang mengeluarkan zakat. Tapi kalau peniaga kafir yang berjaya adakah semua yang tersenarai tadi mendapat manfaat? Orang kafir juga tidak keluar zakat. Umat Islam dapat faedah apa dari orang kafir yang berjaya?

πŸ”΄ *Ramai pekerja Muslim bekerja cari rezki dengan syarikat orang kafir*
Mereka terpaksa bekerja kerana tidak berpeluang bekerja di syarikat Muslim. Tidak banyak syarikat Muslim berjaya kerana tidak disokong oleh umat Islam sendiri. Tapi kalau syarikat Muslim banyak, besar dan berjaya; maka ramai umat Islam boleh tumpang cari rezeki. Bekerja di syarikat milik umat Islam sudah tentu; nak solat senang, nak tutup aurat tak dihalang, soal halal haram terjaga dan syariat dapat dipertahan.

πŸ”΄ *Layanan tak bagus, produk tak kualiti, harga mahal*
Jika ada kelemahan pada produk/bisnes Muslim silakan tegur dengan ikhlas dan berhikmah. Apa salahnya beri teguran, sokongan dan dokongan pada saudara seagama demi kebaikan bersama. Nak betulkan sesama agama dan bangsa jangan bebal! Sabar dan terus istiqamah menyokong produk/bisnes Muslim, insyaAllah umat Islam akan terus gemilang!

 πŸŒΏπŸŒΏπŸŒΏπŸŒΏπŸŒΏπŸŒΏπŸŒΏ

*TERUSKAN JIHAD KUATKAN EKONOMI UMAT ISLAM*

Sejauhmana kempen ini akan berjaya? Usaha dan ikhtiar adalah dari anda. Allah SWT yang tentukan kejayaan. Ayuh, teruskan kerja mulia ini. Berikan kesedaran seluasnya kepada umat Islam di Malaysia untuk mengutamakan produk/bisnes umat Islam sendiri berbanding orang kafir. Jangan sampai umat Islam di Malaysia sebagai tuan merempat di negara sendiri akibat terlalu ‘bermurah hati’ memajukan ekonomi orang kafir.

*ALLAHU AKBAR*
*ALLAHU AKBAR*
*ALLAHU AKBAR*

😊 _(Sebarkan seluasnya, semoga Allah memberi ganjaran yang besar untuk anda)_πŸ’

Sunday, January 20, 2019

Tujuh Keajaiban Dunia

Seorang guru  meminta pelajarnya  menuliskan 7 Keajaiban Dunia.

Seorang gadis kecil yang paling pendiam di kelas itu, menyiapkan tugasannya paling akhir dengan perasaan ragu-ragu. Tidak ada seorangpun yang memperhatikan hal itu…

Sebahagian besar pelajar menulis demikian...

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Piramid
2. Taj Mahal
3. Tembok Besar Cina
4. Menara Pisa
5. Kuil Angkor
6. Menara Eiffel
7. Kuil Parthenon

Di saat memeriksa tugasan pelajarnya yang paling terakhir itu, guru itu terpegun meneliti nota milik si gadis kecil pendiam tadi…isi jawapannya adalah :

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Boleh Melihat
2. Boleh Mendengar
3. Boleh Menyentuh
4. Boleh DiSayangi
5. Boleh Merasai
6. Boleh Tertawa, dan
7. Boleh Mencintai…

Setelah duduk diam beberapa saat, guru menutup semua tugasan pelajarnya.
Kemudian menundukkan kepalanya dan berdoa...

Mengucap syukur untuk gadis kecil pendiam dikelasnya yang telah mengajarkannya sebuah pelajaran hebat, yaitu:

'Tidak perlu mencari sampai ke hujung bumi untuk menemukan keajaiban. Keajaiban itu ada di sekeliling kita untuk kita miliki dan tak lupa untuk kita syukuri...'

Jom renungkan....

Kita hidup di gunung, merindukan pantai. Kita hidup di pantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Duduk di rumah, berkeinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk berkahwin. Sudah berkeluarga mengeluh belum miliki  anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah sehelai daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup mata dengan telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini menutup mata kita, maka tertutuplah bumi yang luas ini..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan di mana-mana, dan bumi ini sekalipun akan nampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma sehujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakanNya.

Kerana hidup adalah waktu yang dipinjamkan dan amanah yang perlu dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang Allah kurniakan.

*Mereka yg bersyukur akan Allah tambahkan nikmat keatasnya. Mereka yg tak bersyukur akan Allah timpakan bala, bencana kepadanya.* moga ada menfaatnya.