Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Saturday, April 28, 2018

Betul ke ProVit C dapat merawat diabetes??

 Diabetes is a disease marked by a good amount of oxidative damage- damage done to your cells and DNA by rogue molecules called free radicals. Antioxidants- like vitamin C- can help protect against this.
 studies have shown a connection between low levels of vitamin C in the blood and higher risks for diabetes. One important 16-year study of 85,000 women of whom 2% were diabetic found that 400mg or more of daily vitamin C supplements was associated with significant reductions in the risk of both fatal and nonfatal coronary heart disease in both the women with diabetes and those without.

There was a significant inverse association between vitamin C levels in the blood and the risk of getting diabetes. In other words those patients with the highest blood levels of vitamin C at the beginning of the study were the least likely to be among those who developed diabetes.
Lebih tinggi antioksidan dlm darah lebih rendah risiko menghidap diabetes.

Diabetes adalah penyakit yang ditandai dengan jumlah kerosakan yang teroksida - kerosakan yang dilakukan ke sel dan DNA oleh molekul penyangak yang dipanggil radikal bebas. Antioksidan seperti vitamin C- boleh membantu melindungi ini.
 Kajian telah menunjukkan hubungan antara tahap rendah vitamin C dalam darah dan risiko yang lebih tinggi untuk diabetes. Satu kajian penting 16 tahun mengenai 85,000 wanita di mana 2% adalah kencing manis mendapati bahawa 400mg atau lebih makanan tambahan vitamin C setiap hari dikaitkan dengan pengurangan ketara dalam risiko penyakit jantung koronari kedua-dua fatal dan nonfatal di kedua-dua wanita dengan diabetes dan mereka yang tanpa. Ada persamaan songsang antara tahap vitamin C dalam darah dan risiko mendapat kencing manis. Dalam erti kata lain, pesakit dengan tahap tertinggi vitamin C pada awal kajian adalah paling tidak mungkin menjadi antara mereka yang menghidap kencing manis.

Wednesday, April 18, 2018

Indahnya NEGERIKU..

KELANTAN: NEGERI TERMUNDUR RAKYAT TERMISKIN, TAPI...

Di negeri miskin inilah, Jual beli dihentikan bila azan berkumandang..Pasaraya di tutup Waktu Solat Jumaat.

Di negeri miskin inilah, Selebriti dan Artis wanita popular tanah air yang datang akan bertudung ayu..

Di negeri miskin inilah, Berebut ibu ayah seluruh negara mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains dan Maahad Muhammadi.

Di negeri miskin inilah, Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba sehingga ditiru oleh Bank Rakyat, YAPIEM, Bank Islam.

Di negeri miskin inilah, Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa.. sehingga ditiru oleh Kerajaan Persekutuan.

Di negeri miskin inilah, Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama.. sehingga ditiru oleh Kerajaan Persekutuan.

Di negeri miskin inilah, Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari.. sehingga ditiru oleh Kerajaan Persekutuan.

Di negeri miskin inilah, Elaun Menteri Besar dipotong utk Tabung Serambi Mekah..Guna membantu rakyat dan pembangunan insan.

Di negeri miskin inilah, Amalan memberi cenderamata kepad pemimpin dihentikan..mengelak pembaziran duit rakyat.

Di negeri miskin inilah, Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan..

Di negeri miskin inilah, Iddah diberikan khusus kpd kakitangan wanita yg kematian suami..

Di negeri miskin inilah, Tak kelihatan Pawagam dan Kelab Malam..

Di negeri miskin inilah, Papan tanda cara menjaga aurat
ditayangkan pesanan tentang dosa dan pahala di pamerkan.

Di negeri miskin inilah, Peringatan waktu solat di bina sepanjang jalan..

Di negeri miskin inilah, Islam di muliakan, di junjung..

Di negeri miskin inilah, rakyat negeri ini paling ramai jemaahnya setiap kali musim Haji..

Di negeri miskin inilah, Ramai org mula mengenal tuhan..Masjid dimakmurkan, Kuliah Agama memenuhi masjid setiap malam.

Di negeri miskin inilah, Lahirnya tokoh2 islam terkenal..Ahli Akademik yang masyhur, Pakar yang digeruni.

Di negeri miskin inilah juga, Saya dilahirkan dan dibesarkan..

I Love Kelate..
Mari Kelik Ngundi

Sunday, April 15, 2018

PERIHAL BELANJA

1. Minggu lepas ada cerita parti politik belanja bumbung zinc, beras dan cermin mata.

2. Lepas tu ada cerita orang kaya celaru jantina tabur duit dari tingkat atas mall, untuk pengunjung pengunjung di bawah.

3. Dua tiga hari lepas, kecoh pulak cerita anak raja belanja orang ramai membeli belah di pasar raya.

4. Cuaca biasa, panas dan hujan, bekalan makanan dan air minuman masih ada.

5. Ini sumbangan suka suka. Bukan dalam keadaan mendesak.

6. Post ini bukan nak cerita tentang si pemberi, tetapi cerita tentang orang ramai yang menerima.

7. Kesemua peristiwa tersebut, meninggalkan kesan bergambar yang sebenarnya cukup merisaukan.

8. Kesemua kesan menunjukkan manusia berebut rebut, tamak, tidak bertimbang rasa, mementingkan diri sendiri dalam mengejar penerimaan tersebut.

9. Kasihan makcik2 dan anak kecil yang dipijak, dihimpit dalam bersesak tersebut.

10. Kasihan, pergaulan tidak lagi dijaga, batas aurat terabai, bersentuhan lelaki dan wanita tanpa segan silu.

11. Kasihan, pembaziran barangan yang rosak dan ditinggalkan kerana tak sempat mengejar waktu pembayaran. Dengar cerita berlaku pula yang tak dapat masuk, merompak barangan dari troli yang telah dibayar, wallahualam.

12. Kasihan pada orang orang teraniaya yang terpaksa mengemas semula, membersihkan segala kerosakan yang dilakukan atas nama pemurah.

13. Itu dalam keadaan tenang. Dunia masih aman.

14. Bayangkan, setelah kemarau panjang 3 tahun, tanpa makanan dan minuman...

15. Datang Al Maseh Dajjal Laknatullah membawa harapan dan tawaran.

16. Anda boleh bayangkan?

17. Dengan sikap yang ditunjukkan oleh masyarakat kita dalam peristiwa 1,2 dan 3, ianya jelas dan sangat menakutkan untuk dibayangkan.

18. Dikhuatiri berbondong bondong berebut juga menawarkan diri menjadi hamba hamba kejahatan demi kehendak material, bersesak sesak menerima syarat mengakui ketuhanan palsunya demi makanan dan minuman, yang pada ketika itu, sangat sangat kritikal.

19. Dalam keadaan tenang pun tamak, dalam keadaan kritikal nnt macam mana lah agaknya..

Siapa Dajjal?

⊙ Dajjal merupakan seorang manusia, yang telah ditangguhkan ajalnya. Dia diberi kelebihan oleh Allah SWT untuk menguji keimanan manusia.

⊙ Makanan orang-orang beriman ketika Dajjal keluar nanti hanyalah tasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (La Ilaha Ilallah) dan takbir (Allahu Akbar).

⊙ Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, kenyangkah?"
"Tidak. Manusia akhir zaman berzikir hanya sebagai cara untuk terus bersabar dengan lapar".

⊙ Kita kena berpuasa sunat selalu sebab waktu Dajjal keluar nanti, kita boleh bertahan dengannya kerana dia memonopoli semua makanan atas muka bumi.

⊙ Antara kelebihan-kelebihan yang Allah SWT bagi dekat Dajjal:
- Boleh menyuburkan tanaman.
- Boleh turunkan hujan.
- Menghidupkan yang dah mati.

⊙ Macam mana Dajjal nak keliling dunia cuma dalam masa 40 hari? Sempat ke?
"Pergerakan Dajjal itu bagaikan hujan yang ditiup angin".

⊙ Dajjal akan menjadi ketua dekat dunia ni. Semua pemerintahan nanti akan ada di bawahnya. Bila dia dah kuasai semua, dia akan mengaku yang dia tuhan.

⊙ Nanti, Dajjal akan suruh semua orang mengaku yang dia tu tuhan. Siapa yang mengaku, akan jatuh kafir, tapi dapat kemewahan dunia. Siapa tak mengaku, derita.

⊙ Hari pertama Dajjal dekat dunia = Setahun.
Hari ke 2 = Sebulan.
Hari ke 3 = Seminggu.
Hari ke 4 sampai hari ke 40 = hari-hari biasa.

⊙ Dajjal ni penipu besar. Antara pengikutnya yang ramai adalah dikalangan kaum wanita dan kanak-kanak, kerana mereka mudah terpedaya.

⊙ Sabda Nabi SAW; ketika dajjal keluar, ikatlah anak dan isterimu di tiang pada rumah. Ini untuk mengelakkan mereka keluar dan terpedaya dengannya.

⊙ "Jika Dajjal keluar ketika aku masih hidup, aku akan bersama-sama dengan kamu semua untuk menentangnya". - Nabi Muhammad SAW -

⊙ Dajjal akan menghidupkan semula mak kita yang dah meninggal untuk meyakinkan kita yang dia tu tuhan. Sedangkan yang hidup itu hanyalah jelmaan syaitan!

⊙ "Jika kamu berjumpa dengan Dajjal, bacakanlah 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi". - Nabi Muhammad SAW-

Rasulullah SAW dah pesan. Mari amalkan!

⊙ Semua pelusuk dunia akan diterokai oleh Dajjal, kecuali 2 tempat sahaja iaitu Makkah dan Madinah kerana dikawal ketat oleh Malaikat.

⊙ Waktu Dajjal keluar nanti, masing-masing kena lindungi diri sendiri. Tiada siapa boleh tolong dah, waktu tu seorang ibu nak tolong anak pun tak boleh.

⊙ "Kalau kita menyorok dalam air, selamat ke tidak dari Dajjal"?
Kata Syeikh Zainul Asri, penguasaan Dajjal tu di darat, laut dan udara. Tak boleh lari.

⊙ "Dajjal takut dengan azan. Kalau dia buat benteng, dan waktu tu tengah azan, akan musnah benteng dia tu". - Syeikh Zainul Asri-

⊙ Dajjal akan buta matanya dan akan muncul perkataan 'Kaf Fa dengan Ra' dekat dahi dia setelah dia mengaku yang dia adalah tuhan.

⊙ Dajjal akan keluar bawa neraka dan syurga. Neraka yang dimaksudkan adalah kesengsaraan dan syurga adalah kebahagiaan. Neraka Dajjal sebenarnya adalah syurga dan Syurga Dajjal adalah hakikatnya neraka.

⊙ Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. selepas Dajjal berjaya tawan dunia selama 40 hari setelah dia keluar nanti.

⊙ Sabda Nabi SAW; "Hafal 10 ayat pertama daripada surah al Kahfi, maka kamu akan selamat daripada Dajjal".

⊙ "Yang paling aku takut melanda umatku di akhir zaman ialah huru hara yang dibawa oleh Dajjal". -Nabi Muhammad SAW-

Ambillah iktibar, kalau mahu sedar.

Aku,
Yang banyak dosa
Raja Bersiong

Nota: tak perlu minta izin untuk SHARE, ilmu Allah bagi untuk disampaikan, bukan peram sendiri. Silakan share, moga moga menjadi asbab hidayah dan keampunan Allah SWT buat kita semua

KOPIPES.....

Saturday, April 14, 2018

"PERANTAU BANGKIT PERTAHAN KELANTAN

*"*

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Unit Hubungan Seranta Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN) akan menganjurkan Majlis Ramah Mesra sempena Lawatan Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan di Zon Sabah & Sarawak pada 14 dan 15 April 2018 (Hari Sabtu dan Ahad).

Lawatan ini merupakan siri lawatan pimpinan kerajaan Negeri Kelantan di dua zon terbabit setelah berjaya diadakan di Zon Utara dan Timur sebelum ini.

Bagi *Zon Sabah* ia berpusat di Kota Kinabalu (14 April bermula jam 10 Pagi),  Labuan (14 April bermula jam 7 Malam), Lahad Datu (15 April bermula jam 10 Pagi) dan Sandakan (14 April bermula jam 7 Malam).

Sementara bagi *Zon Sarawak* dua lokasi dipilih iaitu Bintulu (14 April bermula jam 7 Malam) dan Kuching (15 April bermula jam 10 Pagi).

Siri pertemuan dan ramah mesra yang membabitkan pimpinan bersama warga perantau akan diteruskan lagi pada 21 April ini di Muar dan Melaka sebelum satu *himpunan akan diadakan pada hari Ahad, 22 April 2018 di Gombak yang dijangka dihadiri oleh YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar.*

Justeru, warga Kelantan di perantauan dijemput hadir beramai-ramai di lokasi dan tarikh yang dinyatakan bagi bersama-sama kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan.

#PerantauBangkitPertahankelantan

UNIT HUBUNGAN SERANTA
*URUSETIA PENERANGAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN*

14 APRIL 2018

Thursday, April 12, 2018

UMNO VS PAS

Pertembungan antara PAS dan UMNO dan parti2 lain adalah petembungan dasar,  bukan pertembungan isu,  dasar UMNO sekular,  dasar PAS adalah Al Quran dan sunnah.

Jika petembungan isu yg menjadi keutamaan kita akan penat kerana isu politik tdk pernah habis,  jika isu yg diperjuangkan, hingga ke harini kita akan terus bertembung dgn UMNO dlm isu memali sbgai contoh.  Kita marah kpd Najib krn isu 1mdb, jika ditakdirkan najib tdk bersalah maka kita akan bersetuju dgn najib? Jika kita bertembung dgn Najib kerana Rosmah xpakai tudung jika esok Rosmah pakai tudung kita akan sokong Najib? Jika kita marah kpd Kit Siang kerana mengangkat penyapu sbgai simbol utk menyapu org melayu dlm peritiwa 13 mei,  kelak apabila kit siang meninggal maka kita akan menyokong DAP?

Jika masjid yg berlantaikan tanah,  ianya tetap sah utk melaksanakan solat, jika tandas berlantaikan carpet ianya tetap haram utk solat kerana masjid yg buruk sah solatnya krn dasarnya tetap masjid,  tandas yg cantik tetap haram utk solat kerana dasarnya tetap tandas.

Perjuangan menegakkan sebuah negara Islam adalah perjuangan besar dan berpandangan jauh kerana perubahan yg dilakukan adalah perubahan secara total kpd kehidupan manusia.  Maka kesabarannya juga harus besar.

Jadi, penyelesaian yg terbaik kpd segala isu kotor yg berlaku skrg adalah Islam,  tak guna terpekik2 didataran merdeka tapi ikut akal dan nafsu, Al Quran dan Sunnah letak tepi utk menyelesaikn masalah.

Jutaan penyokong PAS harini bertahan bukan kerana tuan guru presiden atau tuan guru nik aziz,  tetapi kerana dasar PAS adalah Islam, pimpinan silih berganti kami akan tetap disini.

Small minds discuss peoples,.
Average minds discuss events,
Great minds discuss ideas.

Mohamad Syathir Mohd Lutfi