Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, December 26, 2017

JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2018

* UNTUK YG MASIH BEKERJA & YG SUDAH PENCEN *

*JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2018.*

1. 25 JANUARI 2018 (KHAMIS)
2. 08 FEBRUARI 2018 (KHAMIS)
3. 22 MAC 2018 (KHAMIS)
4. 25 APRIL 2018 (RABU)
5. 24 MEI 2018 (KHAMIS)
6. 07 JUN 2018 (KHAMIS)
7. 25 JULAI 2018 (RABU)
8. 14 OGOS 2018 (SELASA)
9. 25 SEPTEMBER 2018 (SELASA)
10. 25 OKTOBER 2018 (KHAMIS)
11. 22 NOVEMBER 2018 (KHAMIS)
12. 24 DISEMBER 2018 (ISNIN)

*RINGKASAN PERBELANJAAN BULANAN YANG PERLU DITITIKBERATKAN KEPADA SEMUA DALAM MENGATUR BELANJAWAN 2018.*

21 DIS 2017 - 24 JAN 2018 = 35 HARI
25 JAN 2018 - 07 FEB 2018 = 14 HARI
*08 FEB 2018 - 21 MAC 2018 = 42 HARI*
22 MAC 2018 - 24 APRIL 2018 = 34 HARI
25 APRIL 2018 - 23 MEI 2018 = 29 HARI
24 MEI 2018 - 06 JUN 2018 = 14 HARI
*07 JUN 2018 - 24 JULAI 2018 = 48 HARI*
25 JULAI 2018  - 13 OGOS 2018 = 20 HARI
*14 OGOS 2018 - 24 SEPT 2018 = 42 HARI*
25 SEPT 2018 - 24 OKT 2018 = 30 HARI
25 OKT 2018 - 21 NOV 2018 = 28 HARI
22 NOV 2018 - 23 DIS 2018 = 33 HARI

*BULAN FEB (TAHUN BARU CINA), JUN (AIDILFITRI) & OGOS (AIDILADHA) SANGAT KRITIKAL KERANA SELANG HARI YANG SANGAT BESAR !!!*

☝☝☝☝☝☝☝☝☝☝☝
 Perancangan

Utk yg masih bekerja ...
Rancang Kewangan masing2 dengan bijak...

Monday, December 25, 2017

Siapa yang bertuah ni??

saya nak buat contest untuk follower bertuah saya..

 tolong share sebanyak yang mungkin ye.

siapa bertuah saya akan umum dalam blog saya.

 syaratnya senang sahaja.
*follow blog saya dgn tekan 'Ikut' sepertui dalam gambar dibawah.
*kirakan jumlah produk/servis yang diiklan dalam blog saya. Jawap dekat blog ye. sebab saya akan umum di blog nanti.
*taipkan jawapan anda diruang komen.

anda tak tahu blog saya ape? tekan je link dibawah ni
muhazashop.blogspot.com

*kemudian jangan lupa add saya sebagai see first anda di facebook dan share post ni. Senangkan?

Jom follow ramai-ramai. Hadiah lumayan menanti anda
**yang bertuah dipilih berdasarkan jawapan tepat dan mengikut semua syarat ditetapkan.
**pemenang akan diumum pada 1/1/2018.

Sunday, December 24, 2017

JIKA SELEPAS INI

*UNTUK IBU BAPA YANG ADA DALAM GRUP INI...*

*JIKA SELEPAS INI*

Jika selepas ini
Anak tuan melanggar disiplin sekolah
Kami tidak akan menghukum
Kerana tugas kami mengajar di dalam kelas

Jika selepas ini
Anak tuan ada masalah kesihatan di sekolah
Kami tidak akan merawat mereka hatta sebiji panadol atau setitis minyak angin
Kerana kami bukan doktor

Jika selepas ini
Jika anak tuan mewakili sekolah
Ke pertandingan di sekolah lain
Pergilah sendiri
Kerana kami bukan driver

Jika selepas ini
Anak tuan ditinggalkan bas
Ajarlah dia untuk naik *UBER /ZEPP ON / GRAB*
Supaya selamat sampai ke rumah

Jika selepas ini
Jika tiada lagi kelas tambahan UPSR
carilah pusat tuition
Kerana kami perlu mendidik anak sendiri
Dan sediakan kopi untuk suami (isteri).

Jika selepas ini.
Guru-guru pulang awal
Jangan ditanya kenapa
Kerana tugas guru telah selesai

C&P

Tuesday, December 19, 2017

BILA HATI SEORANG GURU MULA TERLUKA

Muhamad Azalei:
Untuk ibu bapa di luar sana...

BILA HATI SEORANG GURU MULA TERLUKA

Bila hati seorang guru mula terluka
ketahuilah bahawa
pintu berkat dan rahmat untuk anak-anakmu mulai hilang
Maka..
kau renung akan apa jadi
pd anakmu 5 tahun lagi.

Bila hati seorang guru mula terluka
Akan lahirlah generasi terbiar
Dibiarkan ibu bapa
Dibiarkan guru-gurunya
Dibiarkan masyarakatnya

Bila hati seorang guru mula terluka
Bait2 bicara kan hilang hikmahnya
Rajuk yang kecil menjadi barah
Melatari seluruh sistem taadib
Tarbiyah kan layu
Nilai kan runtuh dimamah masa

Bila hati seorang guru mula terluka
Masyarakat sedang sakit
Harapan tinggal harapan
Impian berkecai dek keegoan dan keras kepala
Ada pesalah ada pengalah
Yang hak dibatilkan, yang batil dihakkan

Bila hati seorang guru mula terluka
Lukanya dalam
Parutnya kekal berlekatan
Ibarat sang ibu yang kecewa
Sayang masih ada
Namun luka yang tidak berdarah
Adalah sesakit-sakit bahasa

Bila hati seorang guru mula terluka
Awan menjadi merah
Penghuni langit kan turut berduka
Kerana guru sejati adalah pewaris para nabi

*ustazah Aizah
18 Disember 2017

Saturday, December 16, 2017

Sokongan Moral Untuk Cikgu Azizan


Kerana ketegasan seorang guru mengajar dan mendidik anak muridnya, beliau kini bakal dihadapkan ke Mahkamah pada 19 Disember 2017 Selasa ini.

Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Azizan merupakan guru yang tegas dalam disiplin murid-murid, kes yang berat dan berulang seperti menghidu gam, membuli, bergaduh dan banyak lagi.

Kes ini juga mendapat sokongan daripada YDP Sekolah berkenaan, dengan turut merasa bimbang dengan sikap ibu bapa yang mengambil langkah membesarkan kes hingga ke mahkamah sedangkan kesalahan datang dari anak sendiri.

Berdasarkan kenyataan NUTP, pihaknya akan menyediakan peguam bagi membela beliau. Pihak NUTP memohon semua guru memberi sokongan moral dengan hadir ke mahkamah pada hari dan ketetapan berikut:

Tempat: Mahkamah Majistret Seremban 2A, Negeri Sembilan.

Tarikh: 19 Disember 2017 (Selasa)

Masa: 8.30 pagi

Kes Cikgu Azizan bukanlah kes pertama dalam dunia pendidikan dimana guru disaman oleh penjaga. Sebelum ini juga terdapat beberapa kes ibu bapa menyaman guru atas pelbagai sebab. Ada juga yang dimemihak kepada guru dan ada juga yang tidak memihak kepada guru.

Kami warga guru mendoakan agar Cikgu Azizantabah menghadapi ujian ini, dan semoga kemenangan memihak kepada beliau.

Inilah cabaran guru masa kini, apa lagi yang guru mampu buat? Hukuman apa yang guru boleh kenakan ke atas murid? Adakah kita hanya mampu sekadar mencatat kesalahan murid di dalam SSDMsahaja..

Buat ibu bapa, usahlah selalu menangkan anak, seperti mana anda mahukan anak menjadi insan yang baik, begitu jugalah cikgu yang mahu melihat anak muridnya menjadi murid yang baik dari segi akhlaknya.

Kepada guru-guru diharap memberi sokongan kepada beliau walau di mana sekalipun, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah, anda boleh nyatakan sokongan anda dengan mengundi dan share di media sosial atau group Whatsapp masing-masing.

Wednesday, December 13, 2017

Poor dad vs Rich dad 6

Ramai yang meramalkan sedikit masa lagi, duit elektronik akan menggantikan duit kertas konvensional. Maknanya, tiada lagi transaksi menggunakan duit material.

Bila ia berlaku? Bagaimana keadaan masa tu? Sekarang kita tak dapat fikir betul ke keadaan akan menjadi sedemikian.

Apa yang pasti, teknologi berubah begitu cepat. Tengok je revolusi telefon bimbit. Telefon pintar sekarang macam-macam dah boleh buat.

Begitu jugalah ramalan dalam sistem kewangan. Teknologi duit elektronik ini, jika kita perasan, sedikit demi sedikit telah pun digunapakai dengan wujudnya kad kredit, kad debit, sistem bayaran dalam talian seperti epay, FPX dan sebagainya. Kehadiran 'bitcoin' mengesahkan revolusi kewangan.

Di Malaysia ni, Azizi Ali Mentor Wang banyak menulis dan berkongsi tentang bitcoin. Boleh follow dia di fb jika minat.