Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, December 26, 2017

JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2018

* UNTUK YG MASIH BEKERJA & YG SUDAH PENCEN *

*JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM 2018.*

1. 25 JANUARI 2018 (KHAMIS)
2. 08 FEBRUARI 2018 (KHAMIS)
3. 22 MAC 2018 (KHAMIS)
4. 25 APRIL 2018 (RABU)
5. 24 MEI 2018 (KHAMIS)
6. 07 JUN 2018 (KHAMIS)
7. 25 JULAI 2018 (RABU)
8. 14 OGOS 2018 (SELASA)
9. 25 SEPTEMBER 2018 (SELASA)
10. 25 OKTOBER 2018 (KHAMIS)
11. 22 NOVEMBER 2018 (KHAMIS)
12. 24 DISEMBER 2018 (ISNIN)

*RINGKASAN PERBELANJAAN BULANAN YANG PERLU DITITIKBERATKAN KEPADA SEMUA DALAM MENGATUR BELANJAWAN 2018.*

21 DIS 2017 - 24 JAN 2018 = 35 HARI
25 JAN 2018 - 07 FEB 2018 = 14 HARI
*08 FEB 2018 - 21 MAC 2018 = 42 HARI*
22 MAC 2018 - 24 APRIL 2018 = 34 HARI
25 APRIL 2018 - 23 MEI 2018 = 29 HARI
24 MEI 2018 - 06 JUN 2018 = 14 HARI
*07 JUN 2018 - 24 JULAI 2018 = 48 HARI*
25 JULAI 2018  - 13 OGOS 2018 = 20 HARI
*14 OGOS 2018 - 24 SEPT 2018 = 42 HARI*
25 SEPT 2018 - 24 OKT 2018 = 30 HARI
25 OKT 2018 - 21 NOV 2018 = 28 HARI
22 NOV 2018 - 23 DIS 2018 = 33 HARI

*BULAN FEB (TAHUN BARU CINA), JUN (AIDILFITRI) & OGOS (AIDILADHA) SANGAT KRITIKAL KERANA SELANG HARI YANG SANGAT BESAR !!!*

☝☝☝☝☝☝☝☝☝☝☝
 Perancangan

Utk yg masih bekerja ...
Rancang Kewangan masing2 dengan bijak...

Monday, December 25, 2017

Siapa yang bertuah ni??

saya nak buat contest untuk follower bertuah saya..

 tolong share sebanyak yang mungkin ye.

siapa bertuah saya akan umum dalam blog saya.

 syaratnya senang sahaja.
*follow blog saya dgn tekan 'Ikut' sepertui dalam gambar dibawah.
*kirakan jumlah produk/servis yang diiklan dalam blog saya. Jawap dekat blog ye. sebab saya akan umum di blog nanti.
*taipkan jawapan anda diruang komen.

anda tak tahu blog saya ape? tekan je link dibawah ni
muhazashop.blogspot.com

*kemudian jangan lupa add saya sebagai see first anda di facebook dan share post ni. Senangkan?

Jom follow ramai-ramai. Hadiah lumayan menanti anda
**yang bertuah dipilih berdasarkan jawapan tepat dan mengikut semua syarat ditetapkan.
**pemenang akan diumum pada 1/1/2018.

Sunday, December 24, 2017

JIKA SELEPAS INI

*UNTUK IBU BAPA YANG ADA DALAM GRUP INI...*

*JIKA SELEPAS INI*

Jika selepas ini
Anak tuan melanggar disiplin sekolah
Kami tidak akan menghukum
Kerana tugas kami mengajar di dalam kelas

Jika selepas ini
Anak tuan ada masalah kesihatan di sekolah
Kami tidak akan merawat mereka hatta sebiji panadol atau setitis minyak angin
Kerana kami bukan doktor

Jika selepas ini
Jika anak tuan mewakili sekolah
Ke pertandingan di sekolah lain
Pergilah sendiri
Kerana kami bukan driver

Jika selepas ini
Anak tuan ditinggalkan bas
Ajarlah dia untuk naik *UBER /ZEPP ON / GRAB*
Supaya selamat sampai ke rumah

Jika selepas ini
Jika tiada lagi kelas tambahan UPSR
carilah pusat tuition
Kerana kami perlu mendidik anak sendiri
Dan sediakan kopi untuk suami (isteri).

Jika selepas ini.
Guru-guru pulang awal
Jangan ditanya kenapa
Kerana tugas guru telah selesai

C&P

Tuesday, December 19, 2017

BILA HATI SEORANG GURU MULA TERLUKA

Muhamad Azalei:
Untuk ibu bapa di luar sana...

BILA HATI SEORANG GURU MULA TERLUKA

Bila hati seorang guru mula terluka
ketahuilah bahawa
pintu berkat dan rahmat untuk anak-anakmu mulai hilang
Maka..
kau renung akan apa jadi
pd anakmu 5 tahun lagi.

Bila hati seorang guru mula terluka
Akan lahirlah generasi terbiar
Dibiarkan ibu bapa
Dibiarkan guru-gurunya
Dibiarkan masyarakatnya

Bila hati seorang guru mula terluka
Bait2 bicara kan hilang hikmahnya
Rajuk yang kecil menjadi barah
Melatari seluruh sistem taadib
Tarbiyah kan layu
Nilai kan runtuh dimamah masa

Bila hati seorang guru mula terluka
Masyarakat sedang sakit
Harapan tinggal harapan
Impian berkecai dek keegoan dan keras kepala
Ada pesalah ada pengalah
Yang hak dibatilkan, yang batil dihakkan

Bila hati seorang guru mula terluka
Lukanya dalam
Parutnya kekal berlekatan
Ibarat sang ibu yang kecewa
Sayang masih ada
Namun luka yang tidak berdarah
Adalah sesakit-sakit bahasa

Bila hati seorang guru mula terluka
Awan menjadi merah
Penghuni langit kan turut berduka
Kerana guru sejati adalah pewaris para nabi

*ustazah Aizah
18 Disember 2017

Saturday, December 16, 2017

Sokongan Moral Untuk Cikgu Azizan


Kerana ketegasan seorang guru mengajar dan mendidik anak muridnya, beliau kini bakal dihadapkan ke Mahkamah pada 19 Disember 2017 Selasa ini.

Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Azizan merupakan guru yang tegas dalam disiplin murid-murid, kes yang berat dan berulang seperti menghidu gam, membuli, bergaduh dan banyak lagi.

Kes ini juga mendapat sokongan daripada YDP Sekolah berkenaan, dengan turut merasa bimbang dengan sikap ibu bapa yang mengambil langkah membesarkan kes hingga ke mahkamah sedangkan kesalahan datang dari anak sendiri.

Berdasarkan kenyataan NUTP, pihaknya akan menyediakan peguam bagi membela beliau. Pihak NUTP memohon semua guru memberi sokongan moral dengan hadir ke mahkamah pada hari dan ketetapan berikut:

Tempat: Mahkamah Majistret Seremban 2A, Negeri Sembilan.

Tarikh: 19 Disember 2017 (Selasa)

Masa: 8.30 pagi

Kes Cikgu Azizan bukanlah kes pertama dalam dunia pendidikan dimana guru disaman oleh penjaga. Sebelum ini juga terdapat beberapa kes ibu bapa menyaman guru atas pelbagai sebab. Ada juga yang dimemihak kepada guru dan ada juga yang tidak memihak kepada guru.

Kami warga guru mendoakan agar Cikgu Azizantabah menghadapi ujian ini, dan semoga kemenangan memihak kepada beliau.

Inilah cabaran guru masa kini, apa lagi yang guru mampu buat? Hukuman apa yang guru boleh kenakan ke atas murid? Adakah kita hanya mampu sekadar mencatat kesalahan murid di dalam SSDMsahaja..

Buat ibu bapa, usahlah selalu menangkan anak, seperti mana anda mahukan anak menjadi insan yang baik, begitu jugalah cikgu yang mahu melihat anak muridnya menjadi murid yang baik dari segi akhlaknya.

Kepada guru-guru diharap memberi sokongan kepada beliau walau di mana sekalipun, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah, anda boleh nyatakan sokongan anda dengan mengundi dan share di media sosial atau group Whatsapp masing-masing.

Wednesday, December 13, 2017

Poor dad vs Rich dad 6

Ramai yang meramalkan sedikit masa lagi, duit elektronik akan menggantikan duit kertas konvensional. Maknanya, tiada lagi transaksi menggunakan duit material.

Bila ia berlaku? Bagaimana keadaan masa tu? Sekarang kita tak dapat fikir betul ke keadaan akan menjadi sedemikian.

Apa yang pasti, teknologi berubah begitu cepat. Tengok je revolusi telefon bimbit. Telefon pintar sekarang macam-macam dah boleh buat.

Begitu jugalah ramalan dalam sistem kewangan. Teknologi duit elektronik ini, jika kita perasan, sedikit demi sedikit telah pun digunapakai dengan wujudnya kad kredit, kad debit, sistem bayaran dalam talian seperti epay, FPX dan sebagainya. Kehadiran 'bitcoin' mengesahkan revolusi kewangan.

Di Malaysia ni, Azizi Ali Mentor Wang banyak menulis dan berkongsi tentang bitcoin. Boleh follow dia di fb jika minat.

Tuesday, November 28, 2017

Poor dad vs Rich dad 5

Sekarang orang telah bercerita tentang bit coin. Sistem duit elektronik yang mana ada yang mengatakan sistem ini akan menggantikan sistem ekonomi konvensional. Sejauh mana kebenarannya, saya pun tak pasti.

Tapi, kalau nak tahu lanjut tentang bit coin ni boleh baca dalam wikipedia. Saya pun tak faham lagi macamana ia berfungsi, tetapi yang melabur dalam sistem ni semua yang kaya-kaya.

Dulu graf dia rendah je, tapi sekarang dah naik sebab makin ramai yang guna sebagai transaksi. Cara pelaburan pun saya tak faham lagi. Kalau ada yang tahu boleh la kongsi tentang bit coin ni. Jangan kedekut ilmu. Kita kaya sama-sama.. InsyaAllah..

Monday, November 27, 2017

Poor dad vs Rich dad 4


Dalam masa menjana pendapatan daripada kerja yang kita termasuklah kerja sambilan, kita boleh juga buat pelaburan. Pelaburan ni ada banyak kategori. Ada yang berisiko tinggi seperti bursa saham. Yang ni cepat untung kalau pandai mengatur strategi dan kalau silap langkah dia cepat lingkup.

Ada juga pelaburan yang berisiko rendah seperti amanah saham tapi hasil dia lambat. Dalam keterujaan membuat pelaburan, pastikan dahulu latar belakang kompeni. Sebab sekarang ni banyak sangat skim skim yang menipu. Yang tu kena waspada.

Lebih baik sebelum melabur tu, semak dulu kedudukan pelaburan tu dengan pihak berautoriti seperti Bank Negara dan SSM. JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN.

Friday, November 24, 2017

🌼TIPS PENTING MENGGUNAKAN SESUATU PRODUK KESIHATAN/KECANTIKAN🌼

💄PERTAMA 👉 SABAR - jangan pernah mengharapkan magik, pakai sehari dah nak nampak kesan.

💄KEDUA 👉 YAKIN - semat dalam hati tu. YAKIN. Buang ragu ragu tu.

💄KETIGA 👉 KONSISTEN - Pakai ikut langkah yang betul dan konsisten. Bukannya habis sebotol tukar pula produk lain.

💄KEEMPAT 👉 ISTIQAMAH - jangan berputus asa, tindak balas adalah mengikut hormon individu. Jika lambat, jangan kata produk tak bagus tauu, produk tersebut sedang membaik pulih struktur kulit yang rosak dan sedang merawat. Tak lama lagi akan nampak la kesannya. Sabarr 😘😘

Share jika bermanfaat 💜💛💚

Thursday, November 23, 2017

Poor dad vs Rich dad 3

Sempat lagi ke nak jadi kaya ni? umur dah pun melebihi 30 tahun? Hutang masih lagi belum terkawal. Kerja pun dengan orang je.

Tak pe.. Ada masa lagi. Plan slow-slow n steady. Sekarang ni cuba cari kelebihan yang ada. Tukarkan liabiliti supaya dapat jadi aset. Contoh, sewakan kereta pada hujung minggu. Atau pasang iklan di kereta. https://www.moola.com.my/#/guest-register-driver?referralCode=ML114097
Kalau orang singapura, dia bagi sewa bilik kosong kat rumah mereka. Kita yang ada famili ni susah sikit nak buat.

Kita jana income dalam senyap. Tapi sikit-sikit pun jadi la. Bila dah banyak cabang masuk, nanti bayak juga jadinya. Paling tidak pun, dapat mengurangkan bebanan kewangan kita semasa ekonomi sakit ni.

Tuesday, November 21, 2017

Tutorial

Cara buat sijil atau print nama pada sijil yang banyak dengan cara cepat.
1. Buat list nama penerima sijil di Excel.
2. Pada templet sijil, pilih bahagian nama..
3. Tekan Mailing=>Select Recipient==>Use Existing list
4. Document=>pilih fail excel tadi==>Open
5. Select table==> Ok
6. Link berjaya bila muncul <>. Jika tak muncul, tekan bahagian "Insert merge field"
7. Klik bahagian "Finish and merge" dan mula lah print..

8. Jika tak yakin,  klik "Edit individual doc" dan akan terpapar semua.(boleh edit) then print lah...

P/s: Ini ms words 2007. Versi baru mungkin ada lain sikit tapi prosesnya sama.

Monday, November 20, 2017

Poor dad vs Rich dad 2

Menjawab serangan oleh Hilary Clinton semasa kempen pemilihan presiden Amerika dulu yang mengatakan Trump tak pernah membayar cukai untuk Amerika dengan selamba Trump cakap dia manusia bijak. Tahu tak kenapa? Orang ekonomi atau orang bisnes memang mainan mereka la. Sebab investor ni jarang kena cukai.

Contoh kita je. Untuk menarik pelabur asing, macam-macam insentif kerajaan bagi. Di situ la kesempatan yang di ambil oleh investor. Yang mana menguntungkan, yang tu lah dia ambil. Tapi Kiyosaki (penulis buku RICH DAD POOR DAD) kata, sebelum sampai kepada investor, kita terpaksa melalui fasa bekerja, menjadi bos kepada pekerja dan membuka kompeni yang besar.

Sempat lagi ke nak jadi kaya kalau kita umur dah pun melebihi 30 tahun? Lepas itu, dengan hutang yang masih lagi belum terkawal. Kerja pun dengan orang je. 

Sunday, November 19, 2017

Majlis Iftihfal Pasti Petrajaya

Alhamdulillah.. nak cuti dah rupanya. Semalam majlis penyampaian hadiah pelajar PASTI dan SRITI Kawasan Petrajaya, Kuching. Alhamdulillah, ada juga naik pentas Khayrin Aisya. Katanya dapat nombor 1 untuk 5 Tahun wakil PASTI FURQAN dan nombor 2 untuk ujian pemilihan terbaik kawasan petrajaya.

TAHNIAH untuk anakku, Khayrin Aisya. Semoga menjadi anak yang solehah, yang melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya dan juga berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin ya Allah..




Saturday, November 18, 2017

Poor dad vs rich dad

Terbuka minda selepas dengar taklimat mantan TKPPKPM Dato Tajudin Jab semasa memberi taklimat untuk pelajar DVM KV Matang jumaat lepas. Rupanya Trump ni tak banyak pun kena bayar cukai pendapatan. Kita yang kerja kerajaan ni, terutama golongan pertengahan ni yang banyak rugi kerana terpaksa menyumbang pendapatan kita untuk membayar cukai hasil.

Macamana orang sekaya Trump boleh mengelak dari membayar cukai? Kena belajar tu.. Rupanya kita yang kerja makan gaji, ambik upah orang ni lagi banyak kena bayar hasil dari mereka yang menjadi pelabur.

Jadi, berusahalah kita untuk jadi investor, supaya dalam tidur pun income kita masuk. 

Thursday, November 2, 2017

Jom usaha untuk sihat

Vitamin c telah terbukti baik untuk kesihatan badan kita sebagai

  • Anti-oksidan
  • Anti kanser
  • Menurunkan tahap kolesterol
  • Menghalang kataraks
  • Mencantikkan kulit dan lain lagi (tanya en google hehe)

Banyak produk vitamin c dipasaran TETAPI yang saya nak kongsikan ialah PROVIT C by MiQa.

Kenapa PROVIT C by MiQa???
  1. Direka dalam bentuk serbuk menyebabkan ia mudah larut d n senang diserap oleh badan.
  2. Vitamin c SEMULAJADI (ekstrak dari buah yang oren yang memang kaya dengan vitamin c).
  3. YANG PALING PENTING harga PROVIT C ni MURAH berbanding produk lain.

Jom sama-sama kita untuk kekal sihat dengan mengamalkan PROVIT C.
hubungi saya: 018-2953255
Harga sebotol rm65 sahaja (tidak termasuk pos)



Wednesday, November 1, 2017

Jom buat duit mudah

Klik link utk dftr: https://www.moola.com.my/#/guest-register-driver?referralCode=ML114097

It's so easy to earn money with Moola!

Everyday I turned on the Moola App and drove to work, and by the end of the month, without even realising it, I’ve reached my monthly target impressions. Moola deposited the money directly to my bank account every month.

Ashrqq, Kuala Lumpur

Just found that earning extra income was that easy with Moola!

Moola is so easy to use and intuitive for me to earn extra income every month. What I did everyday was I turned on the app and drove to work. And I got bonus income after inviting my friend to join Moola. Meanwhile I got good customer service from Moola when installing the sticker on my car. The whole procedure to start Moola is just that easy!

Foo, Kuala Lumpur



Just found that earning extra income was that easy with Moola!

Moola is so easy to use and intuitive for me to earn extra income every month. What I did everyday was I turned on the app and drove to work. And I got bonus income after inviting my friend to join Moola. Meanwhile I got good customer service from Moola when installing the sticker on my car. The whole procedure to start Moola is just that easy!

Foo, Kuala Lumpur

Tuesday, October 24, 2017

Permohonan ke Kolej Vokasional Tahun 2018

1. Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2017 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan Januari 2018 seperti berikut :
Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma) di Kolej Vokasional KPM
Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia
Program Kemahiran di :
  • Kolej Vokasional KPM
  • Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)
  • GIATMARA

2. Permohonan secara online dibuka mulai 10 Oktober 2017 hingga 20 Disember 2017.
3. Untuk maklumat lanjut berkaitan program, sila layari https://sptv.moe.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :
Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian  03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)
Makluman:
TARIKH AKHIR PERMOHONAN:20/12/2017
*Sekiranya calon tidak dapat mengakses sistem, mohon kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
melalui Guru Kelas di SMK.
*Kursus tertakluk kepada perubahan semasa.

Wednesday, May 3, 2017

JOM MELENCONG : AIR TERJUN GUNUNG GADING

Terletak di Lundu kira-kira 87 KM dari Kuching. Kalau datang kena dengan musimnya, dapatlah tengok Bunga Rafflesia sekali. Ni mandi kat bawah sahaja. Tak naik pun tempat air terjun sebab air terjun yang terdekat pun 30 minit jalan kaki baru sampai. Bawa anak kecil jadi malas nak jalan jauh-jauh. Kemudahan yang disediakan ialah Chalet, tandas, tempat perkhemahan dan tempat BBQ.

















Bank Soalan : ETE 7014/2017







Thursday, February 2, 2017

Pekeliling baru: kakitangan awam berkeluarga perlu tahu

Ada pekeliling baru yang berkuatkuasa 1.1.2017 yang dipanggil cuti Kuarantin. Cuti Kuarantin dah lama di guna tetapi semakan terbaru ini memasukkan fasa di mana ibu bapa dapat mengambil cuti untuk menjaga anak yang menghidapi penyakit berjangkit. Untuk maklumat lanjut boleh baca Pekeliling tersebut di http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2016/pp112016.pdf