Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, November 30, 2016

Mesti Tahu: Skim Exgratia

SKIM BAYARAN PAMPASAN EX-GRATIA BENCANA KERJA ANGGOTA PERKHIDMATAN 
AWAM
SKIM EX-GRATIA BENCANA KERJA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Skim Ex-Gratia bencana kerja adalah satu lagi bentuk kemudahan yang di peruntukkan oleh Kerajaan kepada semua anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan semasa berada di dalam tugas rasmi. Di bawah skim ini anggota-anggota Perkhidmatan Awam yang di timpa kemalangan atau mendapat kecederaan termasuk yang teraniaya oleh anasir-anasir jahat ketika menjalankan tugas rasmi boleh dipertimbangkan oleh satu jawatankuasa Panel-Panel Pegawai yang ditubuhkan oleh Perbendaharaan Malaysia untuk mendapatkan bayaran pampasan.
PERATURAN YANG DIGUNAPAKAI
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 13/1994
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7/2001
SIAPA LAYAK MEMOHON
1. Semua anggota tetap, kontrak dan sementara Perkhidmatan Awam dan
2. Mereka yang mengalami bencana kerja semasa menjalankan tugas rasmi
3. Bagi kes kematian, waris perlu membuat tuntutan manakala bagi pegawai yang mendapat kecederaan hingga ke tahap hilang upaya kekal  adalah menjadi tanggungjawab pegawai itu sendiri mengemukakan tuntutan melalui  Ketua Jabatannya dengan di sokong oleh lain-lain dokumen termasuk laporan perubatan.  Selain itu, Ketua Jabatan berperanan memaklumkan kepada anggotanya serta waris berhubung kemudahan ini dan juga memastikan lain-lain dokumen sokongan di kemukakan.
TAKSIRAN BENCANA KERJA
Kemalangan atau kecederaan yang di sebabkan oleh anasir-anasir jahat yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi. Kemalangan atau kecederaan yang berlaku diluar kawalan semasa menjalankan tugas. Penyakit Khidmat yang kerana jenis tugasnya menyebabkan dirinya terdedah. Tidak termasuk percubaan membunuh diri, bunuh diri dan kematian yang berpunca daripada penyakit di hidapi seperti penyakit jantung, lelah dan sebagainya.
TAFSIRAN TUGAS RASMI
Tugas jawatan dan termasuk perjalanan lazim yang munasabah dari rumah ke tempat kerja dan
sebaliknya.
3 CIRI UTAMA
1. Tempoh
Bermula dengan perjalanan dari tempat kediaman ke tempat bertugas sehingga sampai
balik ketempat kediaman dan termasuk perjalanan pergi/balik pada waktu makan yang
diluluskan.
2. Tempat Bertugas
Mana-mana tempat bertugas yang di arahkan oleh Ketua Jabatan
3. Perkara
Tugas yang berkaitan dengan tugas Jabatan termasuk menghadiri Kursus yang di arah atau di benarkan
CARA MEMOHON
Borang BTX dikemukakan kepada Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam  &  Khidmat Pengurusan Perbendaharaan Malaysia melalui Ketua Setiausaha Kementerian/ Ketua Jabatan masing-masing.  Dokumen-dokumen yang perlu di sertakan :-
1. Kenyataan Perkhidmatan
2. Laporan Polis dan Penyiasatan Polis
3. Laporan Perubatan/ Sijil Kematian
4. Dokumen bukti orang tanggungan/ Sijil Nikah/ Kad Pengenalan/ Surat Beranak Anak

Kenangan IKTBN Bukit Mertajam