Sabtu (2/4/2016) dapat jumpa member, Khalil Azhar atau panggilan bob,yang dah lama juga lah tak jumpa.. last jumpa dia rasanya kalau tak silap selepas raya tahun 2007 dulu. Masa tu tumpang dia datang Pasir Gudang dari kampung semasa tengah buat Skim Latihan Graduan (SLG) di PUSPATRI.
Dia sampai Kuching hari Rabu lagi, tapi sebab kekangan kerja tertunda la. Nak di jadikan cerita pula, berlaku pula musibah hari Sabtu tu semasa dia dan famili on the way ke Serikin. Satu kemalangan berlaku melibatkan mereka dan 3 buah kereta yang lain. Dia wasap aku dalam pukul 9.00 pagi. Mujur alhamdulillah, tiada yang cedera. Kereta je la teruk skit. Semoga apa yang berlaku dapat menghapuskan dosa kesalahan kami yang lalai pada Mu ya Allah..amin..aku sampai kat IPK Bau jam lebih kurang pukul 10.00 pagi.
Syukur Alhamdulillah juga, Allah permudahkan urusan selepas itu, walaupun ada sedikit karenah antara semua mangsa dan ambil masa yang panjang juga untuk settle kes. Disebabkan musibah tersebut, planning dia pada hari Sabtu terpaksa dibatalkan. Selepas bawa makan di Komplek Baitul Mal, ni bukan makan tengahari lagi dah, sebab jam dah lebih pukul 3, hantar dorang ke hotel untuk rehat.
Untuk capai hajat mereka nak ke serikin, kami berjanji untuk pergi hari ahad dan bertolak pada jam 7.00 pagi. Sampai serikin lebih kurang pukul 0830. selepas memborong barang yang dihajati, kami bertolak ke Gua Angin.. Bayaran masuk RM1 untuk pengujung rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan free bagi umur yang kurang. manakala sewa lampu suluh RM4. Kalu sendiri ada tak perlu la sewa.
Dalam ni memang betul2 gelap boh.. sape yang suka adventure boleh la datang gua Angin ni.
Dah habis Gua Angin balik berehat kat umah aku sekejap. Selepas makan tengahari dan solat zohor, kami pergi pula beli ole-ole Sarawak, semestinya ikan terubok masin dan kek lapis. Ikan terubok beli dekat Medan Niaga Satok, manakala kek lapis beli dekat Mira CakeHouse dekat Kampung Gersik.
Selepas settle semua tu, balik berehat sementara menunggu untuk penerbangan balik. Selepas maghrib aku dan famili hantar dorang ke airport. Flight mereka jam 9.30 malam.
Alhamdulillah, selamat semua..semoga bob dan famili tidak serik untuk datang kesini. Kalu ada rezeki boleh jumpa lagi.