Saturday, September 19, 2015
Mode bermalasan
Thursday, September 17, 2015
Menunggu majlis penangguhan
Alhamdulillah..selesai sudah penghakiman..sekarang menunggu untuk majlis penutupan pertandingan inovasi produk pelajar, produk guru dan produk pdp. Tahun depan sekolah aku pula jadi tuan rumah peringkat zon Sarawak. Segala kekurangan yang berlaku hari boleh dijadikan panduan untuk penambahbaikan tahun depan. Esok pagi kami akan bergerak pulang ke Kuching tapi aku terus singgah kat Sri Aman untuk meneruskan sambung cuti. Jangka ambil masa dalam 9 jam dari Miri ke Sri aman.. Doakan semoga perjalanan pulang kami esok pagi selamat sampqi ke destinasi. Insya Allah..
Wednesday, September 16, 2015
Outstation
Alhamdulillari. First time dapat tugas luar yang begitu jauh sepanjang aku hampir 5 tahun aku berkhidmat di KV Matang.. Hari ini bertolak dari Kuching pukul 6 pagi tadi.Kami singgah di Oya, Sibu untuk makan tengahari dan stesen minyak di Tatau, Bintulu untuk mengisi minyak. Sampai di tempat penginapan lima minit sebelum pukul 6 petang. Letih betul melompat-lompat dalam van disebabkan jalan tak rata. Esok bermulanya kerja kami di KV Miri. Tugas aku mengiringi pelajar dalam pertandingan inovasi produk pelajar antara KV Zon Sarawak.. Semoga ada ole-ole dalam pertandingan esok.
Monday, September 7, 2015
Wednesday, September 2, 2015
Dugaan atau membasmi 'kurap'
Alhamdulillah.. akhirnya jumpa juga 'rumah' untuk pihak Gerakan Harapan Baru untuk menumpang teduh selepas menunjukkan sikap sebenar mereka dalam perjuangan Islam. Dengan perletakan jawatan mereka dalam parti PAS, telah terlerai sedikit kekalutan dan salah faham dikalangan penyokong masing-masing. Tetapi bagi mereka yang menjadi ADUN atau pun MP, tugas mereka belum selesai lagi. Mereka ini sepatutnya melepaskan jawatan tersebut kerana kemenangan mereka dulu adalah atas tiket parti PAS. Oleh itu, pulangkan semula hak tersebut, barulah boleh dikatakan orang berani seperti 'pahlawan boogis'.
Situasi ini mungkin dugaan kepada PAS dalam memperjuangkan syariat Islam. Dan kita boleh lihat juga pelbagai jenis perangai manusia yang patut kita pelajari dalam meneruskan agenda parti. Harap para pimpinan PAS mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dan memperkasakan lagi perlembagaan parti supaya tidak ketinggalan.
Apa yang berlaku ini hanya lebih kepada menyapu cream untuk membasmi kurap yang ada pada badan. Bila kurap dan tiada, kulit yang licin akan muncul. Semoga PAS terus istiqamah dalam perjuangan asal dan terus memartabatkan syariat Islam di Malaysia khususnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)