Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Friday, July 24, 2015

Kecewa dengan AKSB

Allahu Akbar.. tak de apa lagi yang nak dikata. sampai hari ini, hanya bayar bil yang tak setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan. Masalah air di Kelantan terutama kampung aku, Tok Uban sampai lo ni masih lagi slow di waktu biasa. tambah teruk lagi masa cuti raya haritu, langsung air tak keluar. Seksa betul waktu tu.. nasib baik rumah emak aku ada air 'boring'. sepanjang perayaan memang bergantung sepenuhnya pada air 'boring'. kebiasaannya air 'boring' kami guna untuk mandi dan basuh pakaian je. untuk minum dan memasak kami masih gunakan air yang dibekalkan oleh Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB). Tapi bila air tidak ada keluar dari kepala paip AKSB, terpaksalah guna alternatif..

Sampai bila masalah ini nak berlarutan tanpa penyelesaian? Apa langkah di ambil oleh AKSB untuk menangani masalah air ni? ini bukan isu baru. Dah lama orang kampung menderita masalah air ini. Bil bayar tapi air tak de. adil ke macam tu? ini adalah satu penganiayaan kepada pengguna. 

Kepada siapa lagi nak disandarkan harapan jika semua saluran digunakan pun masih lagi tiada penyelesaian. bukan tak pernah masuk TV. setiap kali PRU, isu inilah yang selalu diputarkan.

Kerajaan negeri tak perlu lah nak sibuk-sibuk cari pelabur ke Kelantan selagi masalah air yang merupakan keperluan utama kepada semua termasuk industri tak dapat diselesaikan. Tak de nak datang melabur.. 

Wednesday, July 22, 2015

Syukur Syawal

Alhamdulillah..Raya tahun ini dapat berjumpa dengan semua famili kecuali adik yang bongsu. Dia tak dapat cuti kerana masih dalam latihan untuk menjadi seorang askar.huhu.. Suasana raya yang cukup meriah dengan ketawa hilai dan karenah anak-anak dan anak saudara walaupun cuti yang begitu pendek.

Alhamdulillah juga cuti raya tahun ni jalan di Kelantan tidak begitu sesak seperti tahun-tahun lepas. Mungkin ramai yang mengikut saranan profesor kangkong supaya tidak pulang beraya dikampung..huhu.. Boleh la aku pergi jalan-jalan rumah saudara mara yang jauh sikit. Raya tahun lepas tak berkesempatan nak pergi disebabkan malas nak beratur dalam kesesakan.

Majlis yang dirancang juga berjalan lancar lancar. Cuma terkilan sikit, tak dapat melayan kawan-kawan yang datang dengan sempurna kerana ada sedikit masalah.. tak de rezeki jumpa Danial. Tak dapat tengok anak kesayangannya. Sorry bro.. ada kesempatan jumpa semula.

Hari ni dah mula kerja. Tapi mood masih nak raya.. huhu..

Tuesday, July 14, 2015

Salam Akhir Ramadhan

Alhamdulillah..sempat kita berada di bulan ramadhan tahun ini. Kita dah berada di akhir Ramadhan, bulan yang dijanjikan dengan pahala berganda-ganda dengan kebaikan yang dilakukan. Tinggal tak banyak hari lagi untuk kita mengumpul kebaikan. Ambillah kesempatan ini dengan sebaik mungkin kerana ianya tiada di bulan-bulan lain dan belum tentu lagi kita dapat jumpa Ramadhan lagi selepas ini.

Bagi mereka yang dah beransur pulang ke kampung, tolonglah pandu dengan hati-hati. jaga keselamatan diri dan keluarga semasa perjalanan dani ingatlah orang yang tersayang. jangan memandu dengan gopoh gapah. hati-hati juga dengan spead trap, jangan bazirkan duit kita untuk membayar kesalahan trafik tambahan pula keadaan ekonomi kita yang semakin menguncup dek kejatuhan mata wang Ringgit.

Bagi kakitangan awam pula, sediakan bajet dengan betul. Jangan mengikut nafsu dalam berbelanja kerana gaji bulan 8 nanti lambat lagi..huhu..

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN, tulus ikhlas dari ZAHARUDDIN dan KELUARGA.