Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Saturday, May 23, 2015

Tahniah LionsVll, Kelantan usaha lagi

Allahu Akbar...perlawanan yang mendebarkan semua penonton perlawanan Akhir Piala FA 2015. Kali pertama Piala FA menyeberangi tambak Johor. Tahniah kepada Lions dan tahniah juga kepada pasukan The Red Warriors kerana usaha keras semua malam ni. Peluang dah banyak tetapi mungkin bukan rezeki kita tahun ni. Kena kerja keras lagi untuk tahun depan..


Kemenangan Lions malam patut dilihat dari sudut yang lebih luas. Kata orang, lihat dalam sudut pandangan burung. Kita semua tahu, majoriti pemain Lions ialah pemain pelapis Singapura yang berumur bawah 24 tahun.


FAM kena lihat dengan sudut positif tentang pembangunan sukan bola sepak negara ini. Singapura malam ni telah membuktikan bahawa mereka mempunyai pemain pelapis yang cukup bagus dari segi gerakan, hantaran dan penyudah. Bila kita boleh menandingi atau sekurang-kurangnya melahirkan pelapis muda yang boleh menyaingi rentak mereka. Tu yang pakar-pakar bola pakat fikir la. Aku tak tahu apa pun pasal bola. Saja je sibuk nak komen..huhu..


Tetapi dalam permainan tadi, banyak ruang yang patut diperbaiki. Apa-apa pun Piala FA tahun dah selesai. Kita tunggu tahun depan pulak..

Wednesday, May 20, 2015

Gua Angin, Bau, Sarawak

Bagi sesiapa yang pernah ke Serikin, Sarawak mesti pernah melihat signboard ke Gua Angin. Berada dalam kawasan Bau. Bayaran masuk kalau tak silap RM4. Kalau dah ke Serikin tu , bolah lah menyinggah sekejap untuk melihat keindahan ciptaan Tuhan dan kebesaraan-Nya.



Monday, May 18, 2015

Family Day Kelab Kebajikan Staf


Sabtu lepas, Kelab Kebajikan telah mengadakan family day di Rock View Agrotek, Lundu. Ni kali pertama seumpamanya semenjak ku pindah sini. Alhamdulillah, selepas bertukar pengerusi kelab ni, banyak perubahan yang dilakukan. Walaupun sambutan kurang memberangsangkan daripada ahli lain, tapi aku rasa ini permulaan yang baik untuk mengeratkan lagi silaturrahim. Aku rasa sesiapa yang pergi memang berpuas hati dengan acara dan tentatif program yang disediakan. Hadiah pun banyak.


taklimat daripada pengurus Rock View Agrotek

2 hamper cabutan bertuah kami dapat.
set minuman, dapur gas 1 tuku dan makanan ringan








begitu seronok anak berzumba ni..huhu

BBQ

zumba

pemandangan di Rock View Agrotek




Inilah kali pertama sampai ke sini. Mulanya sesat sampai ke Sematan..huhu..memang seronok la..semoga tahun depan boleh buat lagi grand..huhu

Balik dari Rock View, kami menyinggah kat sini sekejap..huhu

Friday, May 15, 2015

Selamat Hari Guru 2015

Alhamdulillah..di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU terutama sekali kepada Mek, Arwah Ayah, adik-beradik, yang mendidik saya dari lahir hingga kini masih lagi memberi bimbingan dan dorongan. isteri dan anak-anak yang selalu menceriakan, cikgu-cikgu yang pernah mencurahkan kudrat dengan penuh iltizam mengajar dan mendidik saya sehingga saya menjadi manusia sekarang. Dengan ucapan ribuan terima kasih kepada cikgu-cikgu Sek. keb. Tok Uban (1990-1995), SMK. Tok Uban (1996-1998), S.M. Teknik Kuala Krai (1999-2000), UITM (2001-2007), PUSPATRI (2008), UTHM (2009). Jasa kalian semua masih dikenang.
Selamat Hari Guru kepada keluarga saya yang ramai dikalangan cikgu, rakan seperjuangan dan semua guru yang masih cekal dan tabah mendidik anak murid masing-masing supaya lebih berjaya daripada diri sendiri.
Keikhlasan kalian mendidik anak bangsa akan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Wednesday, May 13, 2015

Waran dah dapat


Alhamdulillah..waran untuk balik raya dah dapat..kerisauan pasal ni dah habis..hehe..Tak sabar nak balik kampung 'gathering' famili besar-besaran sebab pertambahan ahli keluarga yang baru dan belum jumpa lagi.

Kepada member semua, hari raya kedua jemput datang ke rumah kerana ada majlis akikah anak saudara, kesyukuran dan doa selamat. Kita kira buat reunion sekali la..huhu...