Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, April 28, 2015

Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan





Ribuan terima kasih terutama kepada keluarga yang memberi dorongan dan sokangan yang padu selama ini. Terima kasih juga kepada semua rakan taulan yang memberi tunjuk ajar, pertolongan dan bantuan dalam setiap kerja yang dilakukan. Tanpa kerjasama kalian semua, siapa lah saya. Semoga anugerah ini meningkatkan lagi semangat untuk terus berbakti pada nusa bangsa.

Saturday, April 18, 2015

Pesta Benak Sri Aman 2015

Pesta Benak di Sri Aman kembali lagi. Sesiapa yang berada di sekitar Sri Aman ni boleh la berkunjung ke sini untuk melihat sendiri suasana pesta yang di adakan setiap tahun dan menjadi acara wajib dalam kalendar pelancongan Sarawak. Inilah pesta yang paling meriah di Sri Aman. Kunjungan orang ramai semasa pesta Benak melebihi hari-hari perayaan umum.













Tahun ini adalah kali ke 2 aku menjejak kaki ke pesta ini setelah hampir 5 tahun bertugas di Kuching. Walaupun selalu juga balik kampung isteri, tetapi disebabkan orang terlalu ramai dan susah nak dapat parking menyebabkan aku kurang minat nak berkunjung ke pesta seperti ini.

Tadi pun pergi sebab isteri dan terniat juga nak ambil gambar untuk dikongsi dalam blog ni. Ada la sedikit gambar yang sempat dirakam sebab tak semua tempat pun pergi jelajah tadi. Memandangkan cuaca pun agak panas kat sini, jadi sekejap je la pergi. Tu pun pergi berdua je, anak tinggal kat rumah mertua jaga.

Esok hari terakhir untuk sesiapa yang nak tengok suasana pesta kat sini.

Thursday, April 16, 2015

Lama tak update diari ni

Alhamdulillah...hari ni ada kelapangan sikit. Semalam di serbu bos kerana tak buat 5S dan dia kata ada student berkeliaran di luar. Terpaksalah tadah telingan mendengar nasihat berguna dari dia. Tak dapat nak buka mulut sebab awal-awal lagi dia bagi amaran jangan menjawab semasa dia bercakap. Iyakan saja la apa yang di sebut walaupun ada terlebih perisa daripada sepatutnya.

Hari ini kena serbu lagi, tapi Alhamdulillah, bukan aku yang jadi target dia hari ini. 5S tu tak sempat nak buat dengan kekangan masa kerana ada lagi yang lebih penting dari itu dan memang core bisnes sebagai pengajar.

Insyaallah, lepas ini lebih berhati-hati dalam setiap kerja yang akan dilakukan supaya tidak dikacau lagi.

Saturday, April 4, 2015

Alahai GST..

Dah hampir seminggu sejak GST dikenakan mulai 1 April 2015, bukan setakat aku sahaja yang masih keliru dan pening dengan kenaikan harga barang, rupanta orang yang terpelajar pun sama. Ada juga universiti yang masih keliru tentang GST. Inikan pula orang kampung. Apa tidaknya, kebanyakan barang yang dikatakan akan turun harga selepas GST tidak pun berlaku. Sebaliknya ada peniaga yang menghentikan sementara penjualan barang dan ada juga yang tak berani untuk masukkan stok baru kerana keliru dengan harga pembekal. Yang teruk terjejas ialah barangan yang bukan kawalan. Ada sesetengah store yang menjual dengan harga yang tak munasabah.
 Petang tadi aku keluar nak beli pampers anak. Kedua-dua store yang biasa aku pergi ni, tak ada stok. Yang tinggal hanya yang paket kecil dan nampak sangat store tu tak berani nak masukkan stok baru. Terpaksa la beli juga pampers yang paket kecil tu. Erm esok kena cari di Kuching la pula. Harga pampers kat sini tadi ada penambahan harga dalam RM2-RM5 satu paket gara-gara GST. Nampaknya perbelanjaan bulan ni meningkat berbanding sebelum ini.
Erm tengok la situasi sebulan selepas ni baru tahu perbelanjaan sebenar bulanan. Masih berharap agar kerajaan mengeluar beberapa barangan penjagaan anak daripada dikenakan GST.