Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, December 30, 2014

Dasyatnye banjir 2014

Pertama sekali, syukur Alhamdulillah kerana banjir besar yang melanda sebahagian besar wilayah pantai timur telah beransur pulih. Allahu akbar, besar sekali dugaan kita pada tahun ini. Antaranya MH370 yang masih belum diketahui nasibnya, MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dan bencana banjir yang cukup yang menjejaskan lebih 200 000 orang penduduk. Yang terbaru ialah kehilangan pesawat airasia indonesia. Walaupun pesawat ini didaftarkan di Indonesia, kesannya terasa kepada kita juga kerana 'bapaknya' berada di Malaysia.
Allahu akbar, berat juga dugaanMu tahun ini. Seumur hidup aku selama 31 tahun ni, tak pernah lagi rumah aku dinaiki air musim banjir, tapi tahun ni, mek aku terpaksa berpindah kerana rumah dinaiki air. Sehingga entri ni ditulis, aku belum dapat berita lagi setinggi mana air kerana tidak dapat menghubungi mereka. Dengar berita dari rakan, mereka dh pun dibenarkan pulang. Alhamdulillah la..
Sedih juga dengar perkongsian pengalaman mangsa yang terlibat banjir ni. Macam-macam cerita. Tapi yang paling tragis dan sedihnya ada lagi insan yang lalai melaksanakan perintah Allah walaupun tempat pemindahan mereka di surau dan masjid. Mereka lebih banyak bercerita dan berbual kosong dari mengerjakan ibadat dan berdoa untuk pulihkan keadaan. Nauzubillah.. Bencana banjir ini masih tidak memberi kesan kepada mereka.
Sepatutnya kita semua mengambil iktibar dengan bencana yang melanda ini supaya kita semua bersedia apabila tiba ajalnya. Kembalilah kepada Allah Maha Pencipta. Buatlah apa yang disuruhNya dan tinggalkanlah segala laranganNya. Sesungguhnya yang lebih baik dikalangan kita ialah orang yang beriman.
Kepada sesiapa yang berkelebihan dan ingin menderma kepada mangsa-mangsa banjir boleh la berbuat demikian dengan menghubungi NGO yang berdekatan dengan anda yang terlibat dengan tabung derma tersebut.

Tuesday, December 23, 2014

Mek Aku Hebat

Mek Thom binti Ibrahim
Itu nama yang didaftarkan
Memang kekampungan
Tapi mempunyai banyak kelebihan
Kemiskinan memberikannya kekuatan
Walaupun tak kenal huruf A,B,C tapi cekap pengiraannya
Gigih berusaha tak memilih pekerjaan
Musim padi turun ke bendang
Ada masa pergi menoreh getah orang
Di musim tembakau tak pernah ketinggalan
Ada masa free baiki reban ayam
Di tempat kenduri, mencuci pinggan
Demi menyara anak sepuluh orang
Sendiri tidak pernah ke sekolah
tapi tak rela anak mengikut langkah
Berhempas pulas memerah keringat asal anak dapat pelajaran
Kini, penat jerih yang dulu telah membuahkan hasil
Mengharapkan anak kerja dengan kerajaan telah pun berhasil
Terima kasih Mek
Keranamu aku sampai di sini
Engkaulah wanita HEBAT yang amat ku sanjungi
I Love you Mek...

Wednesday, December 17, 2014

Fahami dan selami sajak ini

Pedihnya sajak A. Samad Said ni ...HAI MELAYU..
Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat, 
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa....

Friday, December 5, 2014

Ikan buntal

Pernah ke anda terpikir makan ikan buntal? erm.. kecil-kecil dulu, masa pergi mengail atau menjala ikan, kalau dapat ikan buntal ni tendang buat bola je. Ikan buntal ni beracun. Tersalah makan boleh bawa mati kekejangan. Tak de orang nak makan. Kalau tersalah pegang pun boleh gatal-gatal. Bahaya ikan buntal ni.
Tapi di Sarawak ni siap ada orang jual di pasar. Biasanya orang iban la. Dia orang dah buang racun pada badan ikan tu. Pandai betul geng iban ni.
Aku pernah rasa sekali. Bapa mertua aku beli. Dia masak niasa je. Rasa sama je dengan ikan sungai lain. Tak pandai aku beza rasa dia. huhu.. Itulah rasanye kali pertama dan terakhir aku makan ikan buntal. Cuma untuk rasa je.
Kalau korang nak rasa ikan buntal, datang la kat Sri Aman. Kalau nasib baik boleh jumpa orang jual ikan buntal yang dah dibuang racun..huhu..