Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, July 23, 2014

Malam malam terakhir

Assalamualaikum..semoga semua sihat. Kita sudah berada dalam hari-hari terakhir Ramadhan. 10 malam yang yang dikatakan hari pembebasan. Rebutlah peluang ini dengan memperbanyakkan amalan ibadah kita dan doa banyak-banyak supaya bertemu dengan malam yang yang berkat iaitu Malam Lailatu Qadar yang digandakan amalan kita sebanyak 1000 bulan.

Sebelum Ramadhan menutup tirai, aku dan famili ingin memohon ampun dan maaf jika ada tersalah bicara, terkasar bahasa dan apa jua yang telah menimbulkan ketidakpuasan hati, mohon maafkan daku yang lemah dan kekurangan ini.

Kepada kawan-kawan yang memandu semasa pulang ke kampung nanti, aku doakan semoga perjalanan anda semua selamat sampai ke destinasi. Pandulah dengan cermat, ingatlah keluarga tersayang menunggu kepulangan anda. 

Kepada keluarga juga mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, tahun ni beraya di perantauan. Insyaallah bulan 12 nanti jumpa lagi. 

Akhir sekali Selamat menyambut hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. seronok-seronok juga tapi ingatlah orang yang kurang bernasib baik kat luar sana.

Monday, July 7, 2014

Lengang sudah...

Belum pun dapat bonus raya yang diumumkan PM, kebanyakan surau dah pun berkurangan jemaah. Ini belum lagi masuk ke malam 10 terakhir. Erm, kalau la buat bersendirian di rumah sebagai alasan tidak ke surau, pahala masih lagi tidak dapat menandingi pahala berjemaah. 

Bukan senang kita nak bertemu bulan yang penuh berkat, rahmat dan pengampunan macam ni. Ramai yang kecundang dan menemui ajal sebelum sempat berjumpa dengan Ramadhan. Kita yang diberi kesempatan sepatutnya bersyukur dan menggunakan kesempatan ini sebaik mungkin. Belum tentu lagi samada kita masih berkesempatan untuk Ramadhan yang seterusnya.

Orang beriman memang berlumba-lumba untuk membuat amal jariah pada bulan ini. Tapi tak kurang hebat juga yang masih lagi terhoyong hayang dalam dunia maksiat dan dosa. Mungkin mereka anggap dunia ni masih muda sedangkan hakikatnya sedikit demi sedikit dalil-dalil kiamat terbuka.

Semoga kita dikurniakan hidayah oleh Allah yang Maha Kuasa supaya kita tetap isthiqamah di jalan Nya.