Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Saturday, December 28, 2013

Sri Aman:Klinik 1Malaysia pertama


Klinik 1Malaysia yang pertama di Sri Aman telah dibuka. Klinik yang terletak di kawasan Sri Jaya ini beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 9 malam. Ini kemudahan terbaru untuk penduduk Sri Aman dan diharapkan dapat mengurangkan kesesakan pesakit di Klinik Kesihatan Sri Aman setiap hari. Tinjauan malam tadi, klinik ini masih lagi lenggang dan selesa. Untuk penambahbaikan di sini la, mungkin kaunter farmasi perlu diubah ke tempat lain kerana keliru dengan kaunter pendaftaran yang berada ditempat yang sama. 

Pembinaan Hospital baru Sri Aman pula dilihat telah terhenti. Tak tahu la samada ia dihentikan sementara kerana hujan atau pun ditangguhkan. Hanya pihak Kementerian boleh menjawab isu itu. Tapi yang pasti, lori yang memunggah pasir dan kelibat orang bekerja tak ada kelihatan.  

Sunday, December 22, 2013

Klinik Kesihatan To' Uban

Aduh! sedih tengok Klinik Kesihatan To' Uban (KKTU) ni. Banggunan dah ok. Kefungsian dah bertambah. Pelanggan pun ramai. Tapi keadaan KKTU ni macam tak terjaga. Sayang sungguh dengan aset kerajaan ni. Tak malu ke pengurusan yang sedia ada tu. Tengok la penunjuk arah tu. Yang paling sedih sekali yang aku lihat ialah jadual tugas untuk kes kecemasan selepas waktu pejabat ada disediakan tetapi tiada apa-apa maklumat yang boleh membantu pelanggan atau pesakit. Kalau la betul ada kecemasan waktu tu, mati dulu kot pesakit tu. Mohon la kerjasama pengurusan untuk memperkemaskan lagi pengurusan disitu.

Penunjuk arah yang dah lusuh.

Plan kedudukan yang mengelirukan.

Carta semasa Kecemasan yang tak lengkap.

Tuesday, December 17, 2013

VISIT MALAYSIA 2014

Bermula 2014, banyak program yang telah diatur oleh Kementerian Pelancongan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Kesempatan ini tidak boleh dilepaskan bukan saja untuk pelancong luar negara bahkan untuk rakyat Malaysia sendiri kerana ada acara atau program yang dianjurkan oleh pihak tourism Malaysia yang kita sendiri pun jarang dapat kesempatan tersebut.

Apa peranan kita sebagai rakyat Malaysia untuk menyahut Tahun Melawat Malaysia 2014? Haaa kita kena la

  • Menjaga kebersihan persekitaran
  • Menjaga kemudahan awam yang disediakan
  • Mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia kepada rakan taulan
  • Menggalakkan ‘Cuti-cuti Malaysia’ dalam kalangan keluarga
  • Menyambut kedatangan pelancong asing dengan budaya Timur dan penuh mesra
  • Menggiatkan produksi produk-produk pelancongan
  • Mempertingkatkan mutu perkhidmatan terutamanya yang terlibat dalam sektor pelancongan 

  • Dengan perlaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2014, kerajaan menyasarkan seramai 28 juta pelancong dari luar negara akan mengunjungi negara kita. Jom sama-sama kita jayakan program ini yang akan memberi impak yang besar terhadap ekonomi negara kita amnya dan khususnya kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam sektor pelancongan ini.