Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, March 18, 2013

Rafflesia Kerri- Khazanah Kelantan yang belum dikomersilkan



PASIR PUTEH 17 Mac - Majlis Profesor Negara (MPN) mencadangkan bunga Raflesia Kerri yang terdapat di kawasan hutan simpan di negeri ini dijadikan ikon pelancongan bertaraf dunia bagi Kelantan.

Serentak itu juga, MPN mahu pendekatan drastik diambil bagi mengawal dan memulihara kawasan seluas 550 hektar yang telah digazetkan sebagai hutan simpan kekal.

Pengerusi MPN, Prof. Ibrahim Che Omar berkata, kerakusan manusia menggondolkan tanah di kawasan Lojing perlu dihadkan dalam usaha memastikan khazanah asli itu tidak musnah disebabkan oleh aktiviti pembalakan tidak terkawal dan pembangunan tanah pertanian yang tidak lestari.

Menurutnya, sebanyak 60 peratus atau 894,271 hektar keluasan tanah di negeri ini masih diliputi hutan yang kaya dengan flora dan fauna, hidupan liar, pelbagai jenis serangga dan ribuan spesies burung yang seharusnya dikekalkan.

"Kelantan perlu mengekalkan ranking ke-10 dunia sebagai antara negara yang masih memiliki kepelbagaian sumber spesies merujuk kepada kepelbagaian organisma atau benda hidup yang lengkap dengan ukuran kepelbagaian dalam komuniti ekologi di hutan. Ia akan menjadi bahan yang bernilai tinggi sebagai komponen kajian yang diperlukan dalam pelbagai bidang.

"Bagaimanapun hanya 7.2 peratus iaitu 108,783 hektar sahaja yang digazetkan oleh kerajaan negeri sebagai hutan simpan dan Taman Negara yang menjadi ruang lingkup yang sempit dan selamat," katanya.

Beliau ditemui selepas mengendalikan Program Bicara Rakyat Bersama Profesor anjuran MPN kepada hampir 300 pengetua, guru besar dan penolong kanan di Dewan Seminar Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Puteh semalam. - UTUSAN ONLINE


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, March 16, 2013

Ekspo Kelantan 2013 sasar 20,000 pengunjung


Ekspo Kelantan 2013 sasar 20,000 pengunjung
NOOR FAIZAL GHAZALI DAN MOHAMMAD KHALIL ADZHARI
15 Mac 2013
Ekspo Kelantan 2013

Pertunjukkan Gasing Terbang oleh Kumpulan Gasing Terbang Wakaf Raja dari Pasir Puteh.




SHAH ALAM - Ekspo Kelantan 2013 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini menyasarkan kehadiran antara 10,000 hingga 20,000 pengunjung.

Program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan itu diadakan di pekarangan Kompleks Media Kumpulan Karangkraf di sini.

Pelbagai  acara menarik  dengan tema pembangunan dan kebudayaan masyarakat Kelantan   disediakan kepada pengunjung.

Pengurus Acara Eskpo Kelantan 2013, Zailani May berkata, pengisian ekspo berkenaan adalah untuk mempromosikan keunikan negeri Kelantan dalam pelbagai aspek.

Ekspo yang julung kalinya diadakan ini, katanya memberi pendedahan kepada warga Kelantan yang berada di sekitar Lembah Klang dan juga masyarakat sekitar  yang ingin mengetahui dengan lebih dekat kebudayaan masyarakat Kelantan.

“Melalui ekspo ini diharap kita dapat berhimpun bersama dan melihat sendiri produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan serta pembangunan ekonomi negeri.

“Sebanyak 52 gerai jualan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan 40 gerai pameran melibatkan agensi kerajaan negeri dan swasta.  Justeru itu, kita mengalu-alukan kehadiran orang ramai bersama memeriahkan ekspo kali ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Timbalan Exco Pembangunan, Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan juga Pengarah Ekspo, Zulkifli Mamat berkata, penganjuran ekspo berkenaan adalah platform buat kerajaan negeri menyampaikan maklumat perkembangan dan kemajuan pembangunan negeri itu.

“Secara keseluruhannya objektif ekspo ini bertujuan memberi pendedahan kepada pengunjung sama ada orang kelantan ataupun masyarakat luar Kelantan untuk mendapatkan maklumat terkini dan pencapaian negeri Kelantan.

“Kemajuan Kelantan dengan konsep Membangun Bersama Islam yang diterapkan oleh kerajaan negeri  bukan semata-mata pembangunan fizikal malah lebih mementingkan pembangunan spritual,” katanya.

Sepanjang hari pertama hari ini, antara aktiviti yang diadakan adalah pameran, jualan, kuiz, pertunjukan Silat, pertunjukan Gasing Terbang dan Dikir Barat.

Selain itu, penganjur juga menyediakan 1,000 hadiah misteri kepada 1,000 pengunjung terawal pada setiap hari dengan mendaftar di gerai urusetia yang disediakan.

Justeru itu, orang ramai dialu-alukan untuk bersama memeriahkan Ekspo Kelantan 2013 yang akan dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada jam 9 malam esok.

Peluang cerah Pakatan Rakyat ke Putrajaya

Dengan isu-isu mutakhir ini, PR dianggap parti yang sesuai untuk memerintah Malaysia untuk penggal selepas ini apabila ramai penyokong-penyokong BN telah lari meninggalkan parti itu. Ini kerana mereka jemu dengan teka teki yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin mereka yang sehingga kini rela menjadi kerajaan haram. Keluhan juga kedengaran apabila dilihat pemimpin no 1 mereka yang penakut kerana sehingga kini masih lagi tidak berani untuk membubarkan parlimen walaupun telah didesak oleh PR. Oleh itu, marilah kita sama-sama talkinkan kejatuhan BN dengan kerajaan yang lebih baik dalam membela nasib rakyat Malaysia. Selamat Tinggal BN.

Wednesday, March 13, 2013

Musa Hitam: Tidak bankrap jika PR memerintah


Musa Hitam: Tidak bankrap jika PR memerintah
WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Mac 2013
Tun Musa Hitam.
Tun Musa Hitam.


Tun Musa Hitam menegaskan tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara.
Menurutnya, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik.

Beliau berkata, perkara penting adalah memberi gambaran baik terhadap ekonomi negara supaya mampu menarik pelabur.

"Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak, malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya.

"Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari. Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap," katanya dalam sidang media, semalam.

Musa berkata demikian ketika mengulas dakwaan negara akan bankrap jika PR mentadbir negara setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau menegaskan, pembangkang tidak akan berbuat demikian kerana mahu terus kekal sebagai pilihan rakyat dalam pilihan raya akan datang.

"Ini harapan mereka, itu sebab mereka masuk pilihan raya. Mereka akan kata, kami yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Jika anda menerima konsep demokrasi, maka anda tidak akan kata pihak yang lain akan membuat negara bankrap," katanya.

Tuesday, March 12, 2013

Pelanggaran Perlembagaan Malaysia


Page ini bukan setakat telah menghina Kesucian Agama Islam bahkan telah melanggar Perlembagaan Malaysia dengan menyebarkan agama lain secara terbuka. Mohon semua umat Islam untuk membuat report mengenai penghinaan ini dan membawa penjenayah ini kemuka pengadilan supaya tidak berlaku lagi kes-kes penghinaan terhadap agama. 

Peringatan dari Bekas Mufti



JANGAN JATUHKAN KELANTAN
Melihat kepada usaha-usaha Islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun. - Dr.Maza
JANGAN JATUHKAN KELANTAN
Melihat kepada usaha-usaha Islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam 
penilaian pun. - Dr.Maza

Monday, March 11, 2013

Fikir Sebelum bertindak

Pesan kerana Allah & rasulNya, nasihat utk Islam, buat umat Islam,di Kelantan, HARAM menukar kerajaan yg memerintah kalian sekarang..

Tanpa menafikan wujud kekurangan yg berlaku dlm kerajaan sedia ada.

Ia adalah kelemahan yg kecil dan mampu diatasi kerana mudarat menjatuhkan kerajaan yg berusaha menegakkan Islam ini menjadi lebih bahaya bila naiknya pemimpin yg cenderung pd maksiat & kelalaian...

Thursday, March 7, 2013

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT

Manifesto Pakatan Rakyat boleh di baca di Link bawah.

Kekejaman Israel kembali lagi

Macam episod sebelum ini, Israel dengan bantuan Amerika dan sekutu paksi kejahatannya kembali lagi kebumi Gaza untuk membunuh rakyat Palestin. Tindakan jahat ini dihalalkan oleh orang-orang kafir. Umat Islam seluruh dunia seharusnya mendoakan keselamatan umat Islam yang berusaha membebaskan negara mereka daripada kekejaman pengganas termasuk apa yang berlaku di Sabah sekarang.

Perjuangan Palestin adalah perjuangan seluruh umat Islam yang ingin membebaskan cengkaman Israel laknatullah ke atas Masjidil Aqsa iaitu kiblat pertama umat Islam.

Umat Islam perlu menyumbang dana kepada wakil-wakil pejuang kita khususnya rakyat Palestin dalam membantu gerakan Palestin mempertahankan Masjidil Aqsa. Semoga perjuangan rakyat Palestin di redhai Allah dan mencapai hasratnya sedikit masa lagi.

Maklumat telus

Kerajaan diharapkan memberikan maklumat yang telus dan cepat mengenai insiden yang berlaku di Lahad Datu kerana kejadian telah disalah tafsir oleh rakyat Malaysia yang naif tentang sejarah terutama orang bukan Islam yang tidak mengikuti perkembangan dunia Islam. 

Orang bukan Islam telah cuba mengambil kesempatan dalam isu ini dengan mempropakan tindakan lambat pihak keselamatan dalam menangani isu tersebut. Ada juga dikalangan mereka yang pada saya mengeluarkan kenyataan yang menghina orang Islam dengan menyuruh Kerajaan Malaysia memohon bantuan dari Palestin kerana selama ini kita selalu mambantu Palestin. Ini ayat yang dikeluarkan oleh segelintir orang bukan Islam yang tidak faham situasi Islam dan tugas untuk membetulkan manusia seperti ini patut dipikul oleh kita semua umat Islam. 

Kita menolong Palestin atas dasar kemanusiaan dan bukannya dari segi ketenteraan dan kita tidak sokong kekejaman Israel kepada rakyat Palestin yang tak berdosa.

Pemikiran seperti di atas dikhuatiri akan menimbulkan persepsi negatif dikalangan orang Islam dan ia boleh menimbulkan prejudis. 

Monday, March 4, 2013

ATM akan mula serangan


SEMPORNA 3 Mac - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah.

Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu.

Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan Utusan Malaysia difahamkan, tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh.



Semoga pencerobohan ini dapat diselesaikan segera dan menamatkan kerisauan rakyat Malaysia terutama yang berada dalam zon serangan. Semoga Allah melindungi rakyat Malaysia dan anggota keselamatan yang terlibat dalam misi ini. Amin..

THE RED WARRIORS

Persaingan sengit Liga Super tahun ini memberi kesan kepada The Red Warriors. Sehingga kini pasukan masih lagi tercari-cari penyudah terbaik dalam setiap perlawanan. Diharapkan kita tidak mensia-siakan baki perlawanan yang tinggal dengan terus mencipta kemenangan untuk mendaki Liga Super untuk menduduki tangga terbaik seperti tahun lepas. Kita dapat melakukannya dengan kerjasama terbaik semua pihak termasuk pengurusan, pemain dan penyokong The Red Warriors, Insyaallah...