PRU-13 hampir sampai ke penentuannya. Kesempatan ini, aku
ingin berkongsi apa yang aku rasa supaya kita
rakyat Kelate dapat membuat pilihan yang tepat parti yang akan
memerintah Kelate selepas ni. Mungkin ramai hok ada pendapat sama dengan aku.
Satu je hok kita perlu renung kembali, Kelate adalah
satu-satunya negeri hok bersih dan tidak dapat ditembusi oleh syarikat judi
nombor ekor. Tengok lah dinegeri lain, semo ada kedai judi nombor ekor. Samaada
selepas ini kita nak Kelate kekal menjadi negeri yang bebas dari syarikat judi
ni atau pun tak, ia bergantung kepada undi kita nanti.
Kita kena tau jugak, loni
ramai bukan setakat orang bukan Islam
(Kafir) ni yah hok sering dok desak kerajaan negeri hok loni bui lesen untuk
kedai judi ni atas nama kedai kebajikan bahkan ada dari orang melayu sendiri.
Majlis fatwa royak doh benda tu atas nama gapo pun tetap haram. Kalau kerajaan
hok bentuk lepas ni bukan dari kalangan hok kuat agama, hampir pasti la desakan
sek demo ni akan tercapai. Kita nak ko gitu? Terus terang aku royak, aku takse
Kelate jadi gitu. Kelate hok loni memang cukup comel dah.
Kito kena ingat jugak, de ko sek kedai nombor ekor ni
bertapak di Kelate, untuk tutup semula premis sek dio bukan benda mudah. Sesal
dulu pendapatan, kalu sesal selepas dio bertapak seksok tak dok guna doh.
Kalu ada antara kita hok nok tukar kerajaan negeri hok loni,
biarlah pihak sano itu mengeluarkan jaminan secara bertulis dulu agar lesen
untuk kedai judi dan kedai arak tidak akan dikeluarkan oleh mereka walau 1
lesen pun di Kelate ni. Tapi mestilah jaminan secara bertulis bukannya sekadar
berjanji di mulut sahaja.
Aku harap sangat kito pakat jago negeri kito Kelate dari
terlibat dengan perkara-perkara mungkar supaya rakyat Kelate keseluruhannya sentiasa
mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah S.W.T.. Amin..