Walaupun Malaysia kalah di tangan Jepun 2-0 dalam perlawanan pra olimpik malam tadi Malaysia telah menunjukkan peningkatan dalam arena bola sepak. Dengan aksi cemerlang kapten Malaysia yang juga penjaga gol yang banyak mematahkan serangan-serangan berbisa Jepun memang patut di puji. Dengan penguasaan permainan hampir 100% milik Jepun, pasukan Malaysia tidak cepat mengalah dan sedaya upaya mempertahankan pintu gol daripada dibolosi. Jika dibandingkan dengan kedudukan ranking kita dengan Jepun memang jauh beza. Jepun berada di ranking nombor 1 Asia dan kita diranking ke-25 asia. Cuma kekurangan pengalaman dari segi serangan penyudah dan taktik permainan yang perlu diberi perhatian oleh jurulatih. Kecerdasan juga masih lagi ketinggalan berbanding dengan Jepun. Banyak lagi usaha dan perubahan yang diperlukan oleh pasukan Malaysia untuk kembali menjadi antara pasukan Asia yang terbaik suatu ketika dulu.
Thursday, September 22, 2011
Monday, September 19, 2011
Publisiti Kolej Vokasional
Pagi ini, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional telah di wawancara oleh TV3 dalam segmen Malaysia Hari Ini (MHI). Promosi
transformasi sekolah menengah vokasional kepada kolej vokasional telah pun
banyak diperkatakan. Program tersebut telah pun di war-warkan oleh Menteri
Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin bin Yasin dan Pengarah Bahagian
Pendidikan Teknik dan Vokasional, Dato’ Tajuddin bin Jab melalui siaran berita
di media massa.
Program tranformasi pendidikan vokasional yang akan dirintis
pada tahun depan di beberapa sekolah vokasional yang terpilih di setiap negeri
yang akan memulakan modul baru Kolej Vokasional. Program ini akan mengeluarkan
diploma seawal remaja kepada pelajar yang menghabiskan modul kolej Vokasional
selama 8 semester yang dipanggil Diploma Kolej Vokasional.
Bagi mereka yang masih lagi kabur dengan program ini, boleh
lah melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my/ atau bertanya terus di
sekolah-sekolah vokasional yang terdekat.
Thursday, September 8, 2011
Sistem pendidikan perlu diperkemas
SAUDARA Malek Murad dalam rencananya ‘Krisis disiplin di kalangan penuntut sekolah’, Dewan Masyarakat April 1975, antara lain menyentuh tentang pentingnya sekolah mengenakan hukuman berat terhadap pelajar yang melakukan kesalahan di sekolah jika mahu mengekalkan peranan tradisionalnya sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan.
Rencana itu sudah lama ditulis, tetapi gaya dan permasalahan yang dibangkitkan masih sama dengan apa yang masih diperkatakan sampai sekarang.
Krisis nilai yang berlaku di kalangan anak muda kini membimbangkan pelbagai pihak. Bukan saja ibu bapa yang pening memikirkan anak-anak mereka terutamanya ketika di luar rumah, masyarakat sekeliling turut bimbang dengan pelbagai keadaan yang berlaku membabitkan remaja.
Di sekolah, antara subjek yang mengandungi penekanan nilai-nilai murni termasuk Kesusasteraan, Bahasa, Pendidikan Moral dan Agama. Subjek ini dirasakan sudah cukup membimbing murid ke arah kemantapan jiwa dan sahsiah.
Keberkesanan Komsas bukan hanya untuk melatih pelajar menjadi penulis, tetapi memantapkan pemahaman dan kepatuhan mereka terhadap nilai-nilai murni yang disogokkan kepada mereka melalui karya sastera kemudian diterjemah dalam kehidupan seharian.
Subscribe to:
Posts (Atom)