Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Sunday, July 31, 2011

Dasar 1 Murid 1 Sukan – Keperluan atau sekadar menambah masa guru untuk berada di sekolah?


Dasar 1 Murid 1 Sukan telah diperkenalkan oleh KPM dan telah dilancarkan secara serentak di semua sekolah seluruh Malaysia pada 2 Julai 2011. Pelancaran oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin bin Yasin itu telah direkodkan dalam The Malaysian Books Of Record sebagai pelaksaan sukan terbesar dan teramai disertai. Ia bermula dengan larian oleh semua pelajar seluruh Negara yang bertemakan 1 Murid, 1 Sukan, 1Malaysia.

Bukannya pelancaran tersebut yang hendak dibincangkan di sini, tetapi ia lebih kepada isu dasar yang diperkenalkan tersebut. Masih tidak mencukupikah waktu yang dikhaskan untuk subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) sehingga terciptanya dasar ini? Apakah releven perlaksaan tersebut yang mengambil masa 1 jam setiap minggu? Tercapaikah matlamat tersebut di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai kemudahan asas dalam sukan seperti yang tidak langsung mempunyai padang untuk bersukan?

Semua persoalan ini masih lagi ragu-ragu dan tiada jawapan yang jelas mengenainya. Persoalan yang lain ialah tidak terbebankah guru yang terlibat dengan dasar ini sedangkan guru-guru mempunyai ‘core business’ sendiri dan belum lagi ditambah dengan tugas-tugas khas yang lain. Dengan pelaksanaan dasar ini yang tidak boleh mengganggu waktu proses pengajaran dan pembelajaran biasa, semestinya waktu yang ada ialah sebelah petang. Bagaimana dengan guru yang waktu P&P di sekolahnya yang habis pukul 4.30 petang?

Semasa pelaksanaan dasar ini, paling awal pun program ini akan habis pukul 5.30 petang. Setengah jam selepas orang yang kerja pejabat pulang. Keadaan jalan yang masih lagi sesak dengan kenderaan bercampur pula dengan kesibukan untuk menjemput anak pulang, menjadikan jalan raya semakin sibuk. Guru juga mempunyai anak sendiri dan memerlukan masa untuk menjemput anak mereka sekiranya sekolah yang berbeza.

Dengan pelaksanaan dasar ini, masa untuk bersama keluarga juga semakin singkat. Walaupun masa ini digunakan hanya sejam untuk seminggu, tetapi pelajar masih lagi ada program lain pada waktu petang hari lain seperti kokurikulum yang juga diwajibkan kepada pelajar.

Diharapkan dasar ini di kaji dengan teliti dan diperhalusi semula supaya semua pihak tidak terbeban dan tidak timbul masalah lain, implikasi daripada pelaksanaan dasar ini.  

Wednesday, July 6, 2011

Belanda menuju ke Zaman Jahiliah


Belanda yang merupakan salah sebuah Negara yang maju di benua eropah sedang dalam cubaan untuk meruntuhkan ketamadunan mereka dengan isu yang amat sensitif. Baru-baru ini, kerajaan belanda mengaharamkan penyembelihan binatang, dimana amalan tersebut berkait langsung dengan isu halal-haram pemakanan dalam agama Islam.

Negara tersebut yang mempunyai penduduk Islam lebih dari sejuta orang itu cuba menyekat kebebasan beragama yang selama ini dilaungkan oleh Negara-negara eropah sendiri. Dengan pengharaman penyembelihan binatang yang dianggap satu bentuk penyeksaan ke atas haiwan oleh badan-badan cintakan binatang yang tidak faham tentang peraturan agama Islam itu.

Pengharaman ini akan memberi satu tekanan besar keatas penduduk Islam di situ untuk mendapatkan makanan halal. Ini juga merupakan satu bentuk penindasan dan menafikan hak kebebasan beragama ke atas umat Islam di Negara terbabit.

Jika dilihat dari segi sains dan logiknya penyembelihan binatang sebelum di makan seperti mana yang diajarkan oleh agama Islam,ia banyak membawa kebaikan daripada kemudaratan. Ini kerana, melalui penyembelihan dapat membuang toksin-toksin yang tidak diperlukan oleh badan manusia yang berada di dalam badan haiwn tersebut sekaligus dapat menghindarkan manusia daripada serangan penyakit.

Untuk pengetahuan, belanda sebelum ini memang dengan sikap anti Islamnya sejak dari dulu lagi. Bermacam-macam agenda dan rancangan jahat yang telah mereka lakukan, contohnya penerbitan karikatur yang menghina Nabi yang dikejam oleh semua umat Islam di seluruh dunia.

Kita sebagai umat Islam tidak boleh membiarkan agama kita diperkotak-katik oleh bukan islam yang buta tentang agama kita terutama belanda yang biadab itu. Kita mempunyai kuasa dan hak untuk menghalang anasir jahat Negara berkenaan dengan memboikot barangan Negara yang bersekutu dengan paksi jahat tersebut terutama belanda, Israel dan amarika serta sekutu rapatnya. 

Ingatlah wahai umat islam sekalian, sekiranya kita masih lagi membeli barangan mereka, ini menunjukkan kita menyokong apa yang dilakukan oleh mereka dalam memerangi Islam dalam bentuk moden.

Monday, July 4, 2011

Amaran bersih

Merujuk kepada perhimpunan yang akan diadakan 9 julai 2011 yang dinamakan sebagai Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), mampukah pihak penganjur meneruskan perhimpunan tersebut dalam keadaan betul-betul bersih tanpa mengganggu-gugat kepentingan rakyat di sekitar kawasan yang terlibat? Pelbagai bantahan telah dikemukakan oleh pelbagai peringkat masyarakat, NGO dan kerajaan Malaysia supaya perhimpunan tersebut tidak diadakan. Pihak polis sendiri telah mengeluarkan amaran keras kepada rakyat supaya tidak berhimpun pada hari tersebut dan bersedia untuk menggunakan sepenuhnya kuasa yang ada untuk menangkap dan mengheret mereka yang degil ke muka pengadilan. 

Negara kita mempunyai undang-undang dan perlembagaan yang telah termaktub. Oleh itu, semua tindakan yang hendak dilakukan mestilah mengikut peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan tersebut. Janganlah melampaui batas yang dibenarkan kerana Islam menitikkan wasatiah atau kesederhanaan dalam kehidupan seharian. 

Untuk mereka diluar sana, hindarkan diri anda dari memakai pakaian kuning walau di mana pun anda berada untuk mengelakkan kemudaratan ke atas diri anda yang disanka menyokong BERSIH. Tetapi, jika anda memang penyokong gerakan itu, terpulanglah diatas kebijaksaan anda untuk kebaikan anda.

Rujukan