Tuesday, May 31, 2011
Sunday, May 22, 2011
Nota Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia
- Nilai dan Etika
- 2.0 NILAI & ETIKA
- DASAR-DASAR KERAJAAN
- Management of the organization
- NilaiEtikaGabunganNegeri1
- PANDUAN PENGURUSAN PEJABAT
- PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA)_Versi II
- PENGENALAN KEPADA SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN
- PENGURUSAN AM KAUNSELING G.HIGHLANDS
- PENGURUSAN AM Kepimpinan
- PENGURUSAN AM Komunikasi Berkesan
- PENGURUSAN AM STRUKTUR ORGANISASI KPM [TOT]
- Pengurusan Kewangan 4.0 Pengurusan Harta Awam
- Pengurusan Kewangan Belanjawan_180310
- Pengurusan Kewangan SISTEM_perakaunan_kerajaan
- PENGURUSAN_INTEGRITI
- Perintah Am 8.0 Bab A Lantikan, Naik Pangkat Persaraan
- Perintah Am 9.0 Bab 'B' Elaun Kemudahan
- Perintah Am 10.0 Bab 'C' CUTI
- Perintah Am 11.0 Bab D-Tatatertib
- Perintah Am 12.0 Bab E, F & G
Wednesday, May 18, 2011
Soalan Semasa Induksi ni ada sama dengan CPD ke?
- soalan KISSM objektif set1
- soalan KISSM objektif set2
- soalan KISSM objektif set3
- soalan KISSM objektif set4
- soalan KISSM objektif set5
- soalan KISSM objektif set6
- soalan KISSM objektif set7
- soalan KISSM objektif set8
- soalan KISSM objektif set9
- soalan KISSM objektif set10
- soalan KISSM objektif set11
- soalan KISSM objektif set12
- soalan KISSM objektif set13
- soalan KISSM objektif set14
- soalan KISSM objektif set15
- soalan KISSM objektif set16
- soalan KISSM objektif set17
- soalan KISSM objektif set18
- soalan KISSM objektif set19
- soalan KISSM objektif set20
- soalan KISSM subjektif NILAI_DAN_ETIKA_PERKHIDMATAN_AWAM
- soalan KISSM subjektif PENGURUSAN_AM
- soalan KISSM subjektif PENGURUSAN_INTEGRITI
- soalan KISSM subjektif PENGURUSAN_KEWANGAN
- soalan KISSM subjektif PENILAIAN_PRESTASI
- soalan KISSM subjektif PERINTAH_AM
- soalan KISSM subjektif PKPA
- soalan KISSM subjektif SEJARAH_MALAYSIA
- soalan KISSM subjektif SISTEM_PENTADBIRAN_NEGARA
Friday, May 6, 2011
Taman Negara Bako - Teluk Paku
Pada Sabtu lepas, 30 April 2011, Aku, famili dan Jije telah mengunjungi Taman Negara Bako di Serawak. Taman Negara Bako ialah taman negara yang tertua di Sarawak yang diwartakan pada tahun 1957 merangkumi kawasan seluas 27 km persegi, terletak kira-kira 37 km dari kota Kuching. Taman negara ini terkenal dengan kawasan semulajadi yang mempesona dan pelbagai habitat tumbuh-tumbuhan dan kehidupan liar.
Kami bergerak dari Bandar Kuching kira-kira pukul 7.00 pagi menaiki kereta. Perjalanan yang mengambil masa hampir sejam itu sangat mengujakan kerana ini kali pertama kami mengunjunginya. Setiba di perkarangan jeti, kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan di penanda yang di bina. Kami mendaftar masuk dengan bayaran RM10.00 satu kepala tidak termasuk bot.
Di jeti tersebut kami ternampak papan tanda yang bertulis "berhati-hati, ada buaya". Wah, seram juga bunyinya tapi hati teruja juga nak tengok. Kami bergerak menaiki bot menyusuri sungai. Keadaan paya pakau dikawasan sungai yang masih tidak diteroka amat cantik dan memukau. Sambil melihat keindahan bakau, kami tidak melepaskan peluang meninjau kawasan tebing untuk melihat jika ada buaya yang berjemur. Sehingga sampai di Teluk Paku, kami tidak bernasib baik untuk melihat binatang liar itu.
Dari Teluk Paku, kami meredah hutan dan bukit menuju ke HQ. Dalam perjalanan kami, kami dapat lihat bermacam jenis tumbuhan yang menghijau dengan udara yang nyaman dan menyegarkan. Kami juga sempat melihat monyet (tidak tau la apa nama dan jenis apa) bergayut di dahan pokok. Kami meneruskan perjalanan ke HQ. Laluan dari Teluk Paku ke HQ hanya sepanjang 800 meter yang mengambil masa hampir sejam.
Selepas ke HQ, kami patah balik ke Teluk Paku untuk pulang. Tambang bot dari jeti ke HQ ialah RM47.00 sehala. Dari HQ ke Teluk Paku pula RM18.00 sehala. Pada hari tu kami hanya sempat ke Teluk Paku sahaja kerana dah larat nak berjalan. Selepas menaiki bot dari Teluk Paku, kami terus ke jeti untuk pulang. Di bawah ialah gambar-gambar yang sempat kami rakam semasa pengembaraan kami.
Thursday, May 5, 2011
Pengalaman hampir terlepas penerbangan
Aku bersama member aku (Zul & Jije) telah planning tuk ke Kuching, Sarawak. Flight kami pada 29.4.2011 pukul 4.35 petang. Selepas solat Jumaat, kami bertolak dari Ampangan, Seremban ke LCCT dihantar oleh rakan sekerja. Kami tiba agak awal di airport iaitu sekitar pukul 3.00 petang.
Setiba di airport, kami menyorong beg pakaian menggunakan troli ke kaunter check-in. Aku meminta I.C. member tuk check-in. Di sini episod bermula. Seorang daripada member aku (Zul) ketiadaan I.C. Kami cuba mencari di laluan yang kami guna kot2 tercicir tapi hampa. Habis beg diselongkar, lepas tu tepon member yang kat rumah kot2 tertinggal, pun takde. Sudahnya, call balik member yang hantar tadi dan zul tak dapat ikut.
Selepas Zul balik, aku pergi round mencari kaunter tuk check-in. Kawasan kaunter yang biasa aku guna tu takde satu pun kaunter ke Kuching. Aku fikir mungkin awal lagi kot. Aku dan jije pun berehat la sekejap menghilangkan letih dengan kejadian menimpa Zul tadi. Mengenangkan Zul, kesian pun ada. Dia kata kemungkinan I.C. tertinggal masa fotostat untuk kursus yang 2 minggu lepas.
Melihatkan jam sudah pukul 3.50 petang, aku sekali lagi meronda kawasan kaunter tuk check-in. Kali ni pun sama juga. Aku round skali lagi tuk kepastian. Memang takde kaunter yang yang ke Kuching. Aku dah gelabah dan pelik sebab dah dekat pukul 4.00 petang tapi belum check-in. Aku pun tanya la yang jaga kat situ. Dia kata Kaunter ke Kuching dah lama pindah ke sudut baru (dekat dengan kaunter check-in perlepasan antarabangsa). Aku pun hairan gak, sebab last aku naik flight ke Kuching pada 12.3.2011 dan kaunter masih lagi tempat biasa. Aku sebenarnya hampir sebulan sekali ke Kuching, balik jumpa isteri aku yang berasal dan kerja di sana.
Selepas mengetahui kaunter baru tu, aku pun bergegas la ke situ sebab dah lambat. Tiba di kaunter tu aku nampak "KUCHING 1700". Aku cuba cooldown walaupun dah terasa cemas. Bila sampai kat kaunter dan bagitau yang aku tewrlambat, yang jaga kaunter tu cakap dah tak boleh buat apa. sekarang dia menguruskan check-in untuk flight pukul 5 petang. Aku semakin cuak dan meminta pertolongan. Sambil berdoa dalam hati minta ALLAH permudahkan sebab nak balik jumpa isteri. Dia suruh aku ke kaunter R16 kot2 disana boleh membantu. Dengan lajunya aku berlari ke kaunter R16. Aku tebalkan muka meminta laluan dengan orang yang beratur di kaunter R16 disebabkan dah terlewat.
Hati semakin resah dan terus teringat akan isteri aku. Penjaga kaunter tu kata aku dah terlalu lewat tuk check-in dan flight dah nak berlepas. Dia dah tak boleh nak tolong. sekali lagi aku merayu meminta pertolongan agar dapat masuk. Dia call orang yang jaga perlepasan dan tanya samada aku bawa bagsi ke tak. Aku kata tiada. Jije masih lagi kebingungan dengan keadaan tadi. Penjaga kaunter tu mengeluarkan boarding pass sambil berkata, "Cik kena cepat sebab kalu lambat saya tak jamin cik dapat masuk atau tidak".
Jije sempat lagi tersenyum walaupun kepenatan
Mendengar ayat tu, aku terus berlari ke kaunter check-in dan menjerit kepada jije tuk buat benda yang sama. Aku potong je barisan check-in tu kerana nak cepat. Polis bantuan tercenggang je melihat gelagat aku dan aku sempat bagitau yang aku terlewat dan flight sudah menunggu. Tiba di Gate P8, rupanya orang baru beratur. Aku nga jije pun duduk di kerusi kepenatan. Sambil tu aku suruh Jije tengok boarding pass. Jije cakap yang dia punya ok. Bila tengok yang aku pula, nama zul yang tertera di situ. Sekali lagi rasa gelabah dan takut datang. Aku meluru ke kaunter perlepasan tu bagitau yang aku tertukar boarding pass. Mujur la kat kaunter tu tak banyak soal sangat. aku diberi boarding pass baru menggantikan boarding pass yang tertera nama Zul.
Boarding pass aku yang baru
Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat pada Allah, dapat juga kami terbang ke Kuching kecuali Zul yang kehilangan I.C.
Subscribe to:
Posts (Atom)