Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, March 29, 2011

Hal yang menyusahkan banyak pihak

Hari ini ada 2 famili yang datang berjumpa dengan pihak sekolah setelah berulang-kali dipanggil. Memandangkan pelajar keluar selama sebulan untuk menjalani latihan industri, jarang la dapat jumpa mereka secara berkelompok. Semasa sesi pemantauan hanya dapat berjumpa secara individu sahaja, tu pun jika mereka datang latihan pada hari tersebut. Sistem pemantauan dijalankan secara bergilir setiap hari. 

Kes yang pertama.
-melibatkan seorang pelajar yang bekerja semasa sekolah.
-Semasa latihan industri pula, bos dia melaporkan bahawa dia datang pagi tetapi merayau ke bengkel lain dan tidak menjalankan kerja.
-Di sekolah pula, dia melengah-lengahkan kerja sehingga ketinggalan dan kehadiran yang kurang memuaskan.

Semasa perjumpaan dengan PK HEM dan GKMP tadi, maslah pelajar diceritakan kepada penjaga. Pihak penjaga berjanji untuk memantau masalah anak mereka. Pihak sekolah meminta agar diadakan satu hitam putih supaya masalah ini jika timbul lagi selepas ini, akan diambil tindakan yang serius terhadap poelajar terbabit di atas persetujuan mak dan ayah pelajar.

Kes kedua.
-memang bermasalah dari segi kehadiran.
-folio langsung tidak buat.
-Semasa latihan industri, hanya hari pertama je yang datang selepas tu dah tak nampak batang hidung.
-Tidak mendapat kerjasama ibu bapa bila guru kelas minta datang ke sekolah untuk berbincang masalah pelajar.
-Datang ke sekolah pagi ini dengan seluar pendek.(Apa yang mak ayah dia fikir pon tak tau la)
-Tiada matlamat.
-Mak ayah melepas tangan tentang ketidak hadiran pelajar ke sekolah.

Bagi pelajar ini, pihak sekolah meminta ibu bapa supaya memohon berhenti sekolah kerana pelajar sudah tidak berminat untuk meneruskan persekolahan. Jika tidak, sekolah yang akan mengeluarkan surat berhenti. 

Saturday, March 26, 2011

Jangan cepat buat andaian

pix_middle

BARANGKALI, imej sistem pendidikan negara kian tercalar apabila pelbagai insiden memalukan dan memualkan sering terpampang di media massa.
Dulu salah laku pelajar menjadi tajuk berita, kini guru pula seolah-olah mengambil tempat dengan kesalahan dan perlakuan tidak masuk akal. Lebih memalukan apabila golongan dihormati dan disanjung itu terbabit pula dengan perbuatan mencemarkan maruah.

Pastinya senario itu mengundang kemusykilan masyarakat, apakah yang sedang melanda institusi pendidikan negara hari ini hingga golongan guru hilang pertimbangan?
Adakah perlakuan itu disebabkan tekanan kerja yang semakin bertambah hingga mereka 'terlanjur' perbuatan? Apakah mereka sememangnya 'gatal' dan mengambil kesempatan atau masyarakat hanya memperbesar-besarkan hal kecil yang boleh ditangani tanpa pembabitan orang luar?
Kaunselor pakar, perunding dan pakar motivasi, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Haslee Sharil Abdullah, berkata jangan terburu-buru membuat andaian kepada guru bermasalah tanpa menimbangkan kemungkinan dan faktor hingga tercetusnya insiden.
   
  • Foto
  • Foto
Menurutnya, sikap masyarakat yang mudah mengambil tindakan dan melemparkan pandangan negatif hanya memburukkan keadaan selain menimbulkan ketegangan hingga menjejaskan maruah atau masa depan guru terbabit.

"Belum tentu mereka bersalah biarpun tindakan sudah diambil. Inilah sikap buruk masyarakat kita yang mudah sangat meletakkan kesalahan tanpa usul periksa sekali gus mencalarkan nama baik sekolah, pelajar serta peribadi individu.
"Tindakan terburu-buru tidak profesional dalam menangani masalah malah menjadikannya sebagai tindakan pasif bagi individu lain. Justeru sebelum mengambil keputusan, penilaian menyeluruh perlu dilakukan supaya pihak lain tidak teraniaya," katanya.

Sejak akhir-akhir ini, media massa melaporkan masalah perlakuan guru yang dianggap bermasalah dan tidak sesuai dengan norma masyarakat hingga mencetuskan kebimbangan semua pihak.
Antaranya perlakuan guru yang suka menyentuh fizikal pelajar berlainan gender dengan menggunakan 'hukuman' sebagai alasan menghalalkan perbuatan. Ada juga menyentuh dengan alasan kasih sayang biarpun tidak perlu.

Beliau berkata bagi mengelakkan kekeliruan, sama ada pelajar atau guru perlu tahu menggunakan hak masing-masing bukan menyalahgunakannya bagi tujuan tertentu.
"Selalunya insiden berlaku kerana pelajar berasakan hak peribadi dicabuli sementara guru beranggapan itu hak mereka untuk mendisiplinkan pelajar. Bila wujud kekeliruan, sudah tentu tercetusnya masalah.

"Sewajarnya kedua-dua pihak tahu batas-batas boleh digunakan bagi mengelakkan kontroversi. Sudah termaktub hanya atas sebab tertentu saja seseorang itu boleh disentuh, contohnya atas tujuan perubatan atau rawatan oleh mereka yang bertauliah seperti doktor.

"Jika semua pihak jelas mengenainya, sudah pasti tidak timbul isu begini. Sangat malang apabila guru dan pelajar terpaksa bertelingkah atau 'berperang' hanya kerana perkara boleh dielakkan," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan ada guru suka mengambil kesempatan namun menganggapnya ia hanya kes terpencil.

Guru terbabit katanya perlu mendapatkan rawatan psikologi bagi mengesan masalah supaya tidak bertambah kronik.

"Tidak dinafikan, ada guru suka menyentuh pelajar dan ini memang salah. Guru ini sebenarnya mungkin mengalami masalah emosi namun tidak mampu dikesan dengan mata kasar dan tekanan itu diterjemahkan dengan perlakuan.

"Guru berkenaan tidak rasa bersalah namun pelajar pula menjadi mangsa. Jika ini berlaku, pihak sekolah perlu mengambil tindakan tertentu supaya keadaan tidak bertambah melarat.

"Namun sebaiknya, biarlah hanya mereka yang terbabit saja mengetahui perkara ini supaya tidak memalukan mana - mana pihak. Yang dikesali apabila guru bermasalah, ia seperti diheboh-hebohkan hingga menjadi isu nasional sekali gus menyukarkan usaha sekolah menanganinya," katanya.

Ditanya mengenai kaedah terbaik, beliau berkata sama ada guru, pelajar mahupun sekolah perlu menjadi erat dan saling menyayangi selain semua pihak perlu merendahkan ego masing -masing.

Menurutnya, pertikaian yang berlaku hari ini disebabkan tiadanya elemen positif seperti kasih sayang, menghormati dan menghargai di kalangan warga sekolah hingga mencetuskan situasi 'hanya kau-aku'.

"Apabila elemen positif tidak dimasukkan dalam perhubungan, sudah tentu mereka semakin renggang. Guru hanya menjalankan tanggungjawabnya mengajar, pelajar pula menerima sementara sekolah asyik berkira mengenai pencapaian kecemerlangan hingga terlupa keperluan kasih sayang.

"Ini menjadikan setiap golongan hanya tertumpu pada komuniti tertentu saja sedangkan sekolah boleh diibaratkan sebagai keluarga besar yang boleh berkongsi susah senang. Jalinan kemesraan dan kasih sayang perlu disemai mengikut batas ditetapkan," katanya.

"Pelajar juga perlu tahu status dan pandai menjaga diri. Jika betul guru bersalah dan perlu diambil tindakan, lakukanlah mengikut pertimbangan akal bukan emosi semata-mata. Semua pihak ada hak yang perlu dipertahankan," katanya.

di petik dari http://www.hmetro.com.my/articles/Usahcepatbuatandaian/Article.

Pertandingan petanq

Pagi ni ada pertandingan petanq yang di anjurkan oleh pihak ANGKASA. Tempatnya di gelanggang petanq Kompleks Stadium Paroi, NS. Ni la first time aku mengikuti program seperti ini. Dengan latihan hanya 3 hari sebelum pertandingan, tak tau la macamana akan jadi selepas ini. Tengok pihak lawan semasa latihan memang otai. Tapi ni pun sekadar untuk mengambil pengalaman je.Jauh skali untuk menang.haha

Wednesday, March 23, 2011

Proses memohon pindah

Permohonan pindah secara online akan dibuka 1 april nanti. Aku telah bersedia untuk memohon dengan mengemaskini segala maklumat dalam emis dan e-operasi. Ramai yang cuba menolong untuk membolehkan aku memohon dalam aplikasi e-gtukar termasuk pengetua aku sendiri, guru data sekolah, Hj. Hanafi b. Hashim, En. Abu Bakar b. Ismail dan Sektor Pengurusan Guru BPTV serta semua yang membantu. Semoga segala usaha ini membuahkan hasil nanti. Aku berharap sangat dapat pindah semoga segala kesulitan yang ditempuhi selama ini dapat dikurangkan dan boleh bersama famili aku seperti insan lain. 

Tuesday, March 22, 2011

Permohonan pertukaran

Sistem pertukaran guru antara negeri dan dalam negeri secara online akan dibuka pada 1/4/2011 ni. Pemohon mestilah mengemaskini data emis dan e-operasi melalui guru data sekolah masing-masing. Permohonan melalui sistem online di alamat http://epgo.moe.gov.my/. 

Friday, March 18, 2011

Jalan2 Sambil Buang Angin

Petang ni g pusing2 bandar Kuching. Singgah la kejap kat Tasik Pustaka Negeri Sarawak. Tempatnya cantik dan menyamankan. Banyak aktiviti yang dapat dilakukan di sini. Selain dari membaca di perpustakaan, ada juga yang berjoging, senam robik yang dilakukan di depan banggunan pustaka mengadap tasik. Senamrobik ni percuma kot dan ada peminat tersendiri. Dikendalikan oleh seorang kondukter berpengalaman setiap petang hari bekerja. Ada juga yang membawa famili untuk melihat ikan yang jinak ditasik yang menunggu untuk di beri makan. Seronok juga lepak kat sini sambil melepaskan tekanan kerja dan menenangkan fikiran.

Senam robik di perkarangan perpustakaan negeri

Pemandangan sekitar tasik

Pandangan dari arah jalan utama

Trek untuk berjoging

Banggunan perpustakaan

Banggunan perpustakaan

Kawanan ikan yang menunggu untuk diberi makanan


Pemandangan dari perkarangan perpustakaan

Banggunan perpustakaan

Thursday, March 17, 2011

Good Luck

Ni baru balik dari menghantar mywife yang menghadiri sesi temuduga pengesahan jawatan. Semoga mywife berjaya n wish gud luck to her. 

Tuesday, March 15, 2011

Minyak oh minyak

Harga minyak dunia dah turun kesan dari bencana alam di Jepun. Gempa bumi yang mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter mengakibatkan kemusnahan teruk di sana. Bencana tersebut juga menyebabkan kejatuhan pasaran kebanyakan negara asia. Tapi di sebalik kejatuhan minyak dunia, rakyat pula menunggu penurunan harga di pasaran atau stesen minyak di Malaysia.

Bercuti di Kuching

Kesempatan cuti ni dapat la balik Kucching. Jumpa famili. Ahad lepas balik kampung kat Sri Aman. Kul 12 p.m.  sampai Kuching balik. Mywife ada appointment doktor tadi. Sekejap je rasa duk sini. Ish2.. Aku tengah berusah a tuk pindah balik sini. Harap2 dipermudahkan.

Tuesday, March 8, 2011

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

Bagi mereka yang ingin menjadi guru, permohonan untuk memasuki Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah telah dibuka. Anda boleh mendapatkan pin di kaunter-kaunter BSN yang terdekat.
Untuk membuat permohonan, sila lawati laman web KPT di https://online.mohe.gov.my/olf/web/form?OC=10&CC=41&AS=04



Balik Kuching

Cuti sekolah penggal pertama akan bermula minggu depan. Perancangan telah dibuat untuk balik Kuching. Kesempatan akan diambil untuk meluangkan masa bersama famili. Dalam keadaan isteri yang tidak sihat dan berdepan dengan masalah yang rumit seorang diri menyebabkan hati ini tak sabar untuk balik.

Saturday, March 5, 2011

Kejohanan Ragbi VI Tens, 2011

Siang tadi, aku ke SMK Victoria, Kuala Lumpur mengiringi pasukan ragbi sekolah untuk Kejohanan Ragbi VI Tens, 2011. Pasukan srkolah aku dalam kumpulan E, menjadi naib juara kumpulan untuk meneruskan perlawanan esok. Ini adalah kali pertama aku keluar untuk mempelajari selok belok sebagai pengurus ragbi sekolah menggantikan En. Azmi yang telah dinaikkan pangkat. Sekarang aku masih lagi dibawah bimbingan En. Azmi dan En. Yusmar. Esok perlawanan akan bermula pada pukul 9.00 pagi dan kami akan bertolak pada pukul 7.00 pagi menaiki coaster sekolah.

Tuesday, March 1, 2011

Sesi membayar saman



Semalam aku dan En. Zainal pergi ke Balai Polis Trafik Seremban 2 untuk menjemput pegawai bagi ceramah keselamatan pelajar (pergi dan balik sekolah). Tapi malangnya, kami tidak dapt berjumpa dengan pegawai yang menguruskanhal tersebut kerana pegawai tersebut terlalu sibuk dengan pembayar saman di saat akhir. Melihat keadaan orang ramai yang beratur panjang menyebabkan kami gerun untuk memotong Q takut di salah  anggap. Kami ikut pintu belakang untuk berjumpa pegawai tersebut, tetapi beliau telah keluar untuk menguruskan duit. Setelah lama kami menunggu, kami tidak dapat juga berjumpa. Melihat keadaan yang sibuk dan kelam kabut dengan pembayar saman, kami hanya mengambil no telefon pegawai terbabit sahaja dan pulang.