Banyak sangat kerja minggu lepas. Tak sempat tangan nak buat. Ntah tak tau yang mana satu nak buat. Minggu ni pula kena cover kelas seorang diri kerana partner bercuti selama seminggu kerana isteri bersalin. Ntah la macamana nanti. Tapi student ada exam pada 2 dan 3 bulan 3 ni. Ni tengah buat soalan. Harap-harap minggu ni tak la sibuk sangat. Tapi ada lagi kerja yang belum siap ni. Dah tak dapat nak tidur macam biasa. Banyak sangat kerja. Insentif yang di umumkan kerajaan tak mengembirakan hati pun untuk aku di sini. Hati an kepala hanya terpikir untuk berpindah dan menetap bersama isteri je. Harap-harap dipermudahkan oleh ALLAH. Amin..
Sunday, February 27, 2011
Sunday, February 20, 2011
Kes Calar Kereta Cikgu
Semalam keretaku dicalar pelajar yang bermasalah. Setakat hari ini si pelaku itu masih terlepas kerana selepas roll call masih lagi tiada yang tampil memberi maklumat. Aku berdoa agar si pelaku tersebut tidak akan tenteram selagi dia tidak memohon maaf.
Monday, February 14, 2011
Bagaimana nak ikhlaskan diri?
Ya Allah, susahnya nak mengikhlaskan diri kerana-Mu. Ada je sikap ego dan suka menunjuk serta berharap sesuatu bila menjalankan tugas. Kalau tak datang dari diri sendiri,ada pula yang memuji sehingga timbul pula perasaan riak. Inilah yang menjadi dugaan dan cabaran untuk ditangani dalam hidup ini. Dalam kita mencari kesenangan sendiri, bab keikhlasan akan akan terlupa, dan ada juga yang buat-buat lupa. Tapi ada juga yang memang tidak mengambil kisah asalkan matlamat diri tercapai.
Sunday, February 13, 2011
Ragam pelajar asrama
Dalam minggu ni aku terima 3 laporan mengenai 'paw', dan dam. Salah satunya daripada seorang penjaga yang juga bekas seorang guru dan sekarang berkhidmat sebagai Nazir. Disebabkan latar belakangnya dari golongan guru juga maka tindakan yang diambil mengikut undang-undang dan 'step' yang betul. Kalau bagi mereka yang 'sellfish', perkara camni mungkin akan diselesaikan tanpa pengetahuan pihak asrama dan pihak sekolah. Tindakan golongan 'sellfish' ini bukan sahaja mendatangkan persepsi buruk kepada pihak sekolah malahan kepada pengadu seterusnya anak mereka. Pelajar ataupun penjaga sepatutnya melaporkan setiap salah laku ataupun apa sahaja yang berlaku kepada warden ataupun guru disiplin atau kaunseling sekolah atau terus melalui GPK HEM. Gunalah saluran yang betul supaya tidak menyusahkan pihak lain.
Sunday, February 6, 2011
Danau Tok Uban, Pasir Mas
Cuti Raya Cina haritu dapatla kesempatan untuk pulang bercuti di kampung aku, Tok Uban. Balik haritu guna jalan Jelebu-Karak. Mujur la tak terperangkap banjir. Pertama kali menggunakan jalan tu,pening gak rasa. Jalannya bersimpang siur. Kesian wife aku. Aku bertolak pukul 7 pg dan sampai kat kampung dalam pukul 5 petang. Semasa berada di kampung sempat juga menjengah Danau Tok Uban yang dah lama aku tak ke sana. Tu pun sebab wife yang ajak membonceng motor. Hehe.. Aku xtau nak bawa dia kemana so aku bawa la ke Danau tu. Boleh la rilek2 dan ambil angin skit. Panorama di Danau Tok Uban masih lagi sama masa aku kecil2 dulu. Tak berubah pun. yang berubahnya ialah kebun getah yang ditanam semula je.
Thursday, February 3, 2011
Selamat
Alhamdulillah..dah selamat sampai di Seremban. Seronok rasa dapat bercuti bersama famili. Tapi tak semua yang dapat balik kampung. Terperangkap dengan banjir. Syukur pada Allah, aku selamat balik kampung dan balik ke tempat kerja balik. Balik sini awal kerana esok kena hantar mywife. Erm berpisah plak la sebulan. Alahai..nasib-nasib. Semasa perjalanan tadi, ternampak 2 buah bas yang kemalangan. Yang satu tu terbalik dan yang satu lagi cantik je kat dalam parit sedalam satu meter. Erm macamana la dengan penumpang bas tu. Lihat daripada kedudukan bas yang accident tu macam menghala ke Kota Bharu. Tak tau plak apa nama tempat tadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)