Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, January 26, 2011

Belajar laman web

Hari ini pergi ke SMT Melaka Tengah dengan Mr. Siow dan Zul Majid. Tujuan kesana ialah untuk mempelajari bagaimana hendak menguruskan laman web sekolah daripada Pn. Nurfaizah, guru IT SMTMT. Hari ini kami diajar tentang macamana nak upload data, mengurus template, dan penyususan bahan. Nampak macam senang, tapi memerlukan masa yang lebih untuk menguruskannya. Pn. Nurfaizah pun hanya mengajar 15 waktu sahaja seminggu kerana beliau terlibat terus dengan laman web sekolah.

Tuesday, January 25, 2011

Kerjasama

Sambungan 22 Jan 2011.

Ada satu hari, sepasang suami isteri iaitu ibubapa seorang pelajar datang jumpa aku. Dia minta aku tolong tengok-tengokkan anak dia. Sebab dia pun hanya dapat jumpa anak pada malam hari sahaja. Tu pun kalau anak dia tidak keluar rumah. Dia kata lagi, dia tidak pernah pukul anak kerana kesian pada anak. Aku jawab pada dia, kalu setakat untuk tengok-tengok boleh. Tapi kalau suruh ajar, dia kena benarkan aku untuk merotan anak dia. Sebab hadis ada menyebut, kalau sayangkan anak, tangan-tangankan. Kebenaran untuk merotan yang aku minta dengan ibubapa bukan bermaksud untuk mendera atau sengaja menganiayai pelajar tersebut. Tetapi dalam sesetengah perkara, tindakan merotan ini boleh memberi pengajaran berguna kepada mereka. Kita sebagai guru disekolah, tidak mempunyai banyak masa untuk memerhati semua gerak geri pelajar. Dengan bilangan pelajar yang ramai, ditambah pula dengan kerja luar yang banyak, hanya waktu kelas je dapat jumpa pelajar. Oleh itu, ibubapa perlu faham dan memberi kerjasama kepada guru-guru untuk menjadikan anak kita seorang insan berguna dan berjaya dalam hidup mereka tanpa terjebak gejala sosial yang boleh merosakkan kehidupan mereka.

Saturday, January 22, 2011

Dunia sekarang

Apa la nak jadi dengan zaman sekarang. Jauh rasa beza antara zaman aku remaja dulu. Budak remaja sekarang terlalu advance dari segi pengetahuan dan tindakan melebihi orang dewasa. Pelajar aku selalu bercerita tentang pengalaman mereka. Kebanyakan mereka tinggal dengan ibu bapa masing-masing. Tetapi bila di amati dari cerita mereka, hidup mereka terlalu bebas. Macam ibu bapa mereka tak mengambil kisah tentang kehidupan seharian anak-anak. Ada yang keluar lewat malam baru balik. Ada yang sudah ketagihan merokok. Yang lebih mengejutkan lagi yang minum air setan pun ada. Dia orang boleh sebut jenama-jenama air setan tu. Ada juga yang tak tercapai oleh akalku bila umur sebaya mereka dah melanggan cikaro.Cikaro bahasa mereka ialah budak betino (perempuan yang boleh buat geli-geli dan lebih lagi). Apa la dah jadi dengan ibu bapa mereka. Takkan la sibuk sangat sampai biarkan anak mereka ke lembah durjana itu.

Thursday, January 20, 2011

Elak santau

Rencana yang disiarkan belum cukup lengkap. Sila dapatkan bukunya di kedai-kedai berhamnpiran. Kita hanya berusaha, Allah jua yang menentukannya.






Tuesday, January 18, 2011

Kongsi benda baik

Ada 1 blog yang bagus tuk dilayari. Blog ni memaparkan isu-isu yang menyentuh remaja, kegilaan seks dan penyelesaian mengikut pandangan penulis tersebut. Kupasan beliau memang menarik. Kalu tak percaya, bolehlah layari sendiri keretamayat.blogspot.com.

Saturday, January 15, 2011

Usaha memulihkan kembali laptop..

Dah sebulan lebih laptop rosak. Susah betul rasa bila nak buat kerja. Guna laptop yang sekolah punya terlalu lah lembab. Tensen menunggu. Haritu try bawa laptop aku ke kedai tuk baiki. Dia nak RM600. Katanya motherboard rosak. Atas nasihat member aku xjadi baiki. Bawa balik yang rosak tu jugak. Member sarankan supaya bersihkan RAM guna pemadam. Aku try buat. First tu jadi, bersyukur la rasa. Tapi selepas 4 hari dia mula xboleh on balik. Aku try buat benda yang sama tetapi kali ini xjadi. Putus harapan rasa. Time tu cubalah cari kedai  yang mana boleh bagi perkhidmatan paling murah. Cari punya cari, adalah member rekemen tempat yang dia buat. Tetapi aku tunggu laptop dia siap baru nak antar. Sementara menunggu tu, aku try cuci RAM seperti member dulu sarankan. Alhamdullah, ok balik. Skang ni aku tengah install antivirus original. Mungkin banyak sangat virus kot, laptop aku jadi camni. Dulu guna antivirus yang free je..Harap-harap lepas ni dah xde problem..

Friday, January 14, 2011

Kenaikan harga barang..

Suara Anda
RON 97 naik 10 sen lagi, selepas itu apa pula yang hendak dinaikkan. Kata Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Hanya indah khabar dari rupa. Apabila rakyat hidup di bawah paras kemiskinan, kata rakyat malas berusaha, tetapi tidakkah terfikir pendapatan rakyat tidak setimpal dengan harga barang keperluan. Wahai pemimpin ke manakah perginya kata-kata keramat dari mu iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Jangan hanya pandai mencipta slogan demi slogan, tetapi slogan yang dicipta hanya seperti tin kosong yang berlalu begitu sahaja tanpa tiada membawa kebaikan pada rakyat. - RAKYAT DIDAHULUKAN
SEJAK konsep Islam Hadhari diperkenalkan sehingga wujudnya konsep 1Malaysia diisytiharkan, harga barangan kini semakin mahal dan meningkat. Kenaikan harga minyak jelas membebankan rakyat golongan sederhana dan miskin yang majoritinya merancang kewangan atau perbelanjaan harian melalui sumber gaji bulanan. Ia tidak setimpal dengan kos sara hidup yang meningkat tiga kali ganda.- KAJIAN, TERENGGANU.
Isu kekurangan dan kenaikan harga barang keperluan adalah ibarat lagu rakyat, Bangau Oh Bangau. Daripada pemimpin atasan sehingga rakyat biasa, semuanya salah. -LAMPU ALADDIN9

dipetik dari suara anda http://www.sinarharian.com.my/ 14/01/2011

Thursday, January 13, 2011

Penderaan Mental..

Erm seksa betul duk kat ofis skang. Dh la aircond x berfungsi, kipas siling rosak, kipas stand yang satu-satunye ada kat bengkel ni pun kena rampas pulak. Memang zalim betul. Penyeksaan mental dan fizikal kepada staf yang ada di sini. Ya Allah..hambaMu bermohon kepadaMu Ya Allah..Tunjukkanlah kebenaran Ya Allah..

Wednesday, January 12, 2011

Hari yang memenatkan..

Hari ini penat sangat. Masuk kerja pagi-pagi dah ada mesyuarat. Selepas tu pergi settlekan barang-barang bengkel. Hari ini masa habis kat situ je. Nak settlekan yang tu bukan main lama masa yang di ambil. Memang tak boleh buat kerja lain. Start tengahari tu ada 4 lg mesyuarat sampai la waktu balik. Erm.. camni la jadi kuli ni..

Tuesday, January 11, 2011

One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race

 









Maxis Om Nom Nom race menjadi kesukaan saya kerana menawarkan hadiah-hadia yang hebat. Saya berbangga jika dapat menyertai peraduan ini kerana dapat menjada salah seorang komuniti Maxis yang hebat dengan jenamanya di seluruh dunia dan pakejnya yang menarik.




Maxis Om Nom Nom Race

Sunday, January 9, 2011

Pilihan Kita?

Perasan atau tidak, dalam kehidupan kita ini hanya ada 2 pilihan sahaja dan kita sendiri yang akan memilihnya. Samada hendak menjadi baik atau jahat, miskin atau kaya, gembira atau kecewa dan banyak lagi. Kita akan menempuh semua itu dan pilihannya ada pada kita sendiri. Contohnya, kalau kita hendak berjaya, kita mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut. Samada kita ingin berjaya dalam pelajaran, kerjaya, atau dalam hidup ini. Untuk berjaya, kita mestilah rajin dan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.

Dalam hidup ini, semestinya kita memilih untuk berjaya. Tidak kiralah bidang apa pun yang kita ceburi, kita tidak mahu gagal. Kerana berjaya dalam hidup adalah sesuatu yang membanggakan, mengembirakan dan indah berbanding dengan kegagalan yang menyakitkan hati. Sebagai seorang muslim, kita bukan setakat hendak berjaya didunia sahaja tetapi kita juga hendak berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Kerana ia akan menentukan kita samada ke syurga atau neraka. Hanya 2 sahaja pilihan. Betul Tak? Samada syurga atau neraka.

Untuk menentukan samada kita ke syurga atau neraka, amal perbuatan kita di atas dunia ini yang akan menjadi kayu pengukur. Kalau di dunia ini amal yang baik yang kita lakukan, InsyaAllah balasannya pun baiklah yang Allah telah janjikan pada kita semua. Tetapi jika di dunia ini kita berbuat kejahatan dan tidak pula bertaubat kepada Allah sehinggalah saat kita menghembuskan nafas terakhir, maka nerakalah tempat yang selayaknya.

Kedua-duanya bergantung atas pilihan kita. Oleh itu, tanyalah diri kita kemana tempat yang kita ingin tuju. Syurga atau neraka.