Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Sunday, October 24, 2010

eBook

Produk Harga / RM

eBook 1388
Insurance 5 tahun 150
Broadband 12 bulan 676

Bagi ibubapa yang ingin melihat anak-anak berjaya bolehlah dapatkan 'EBOOK' yang hot sekarang. 

Kelebihan Ebook:
  1. Mudah digunakan.
  2. Perisian yang dibekalkan sama dengan teks sekolah.
  3. Tidak perlu lagi membawa beg yang berat kesekolah.
  4. Boleh belajar dirumah sahaja dengan pemantauan yang mudah.
Untuk pertanyaan, hubungi:
019-7533283 (Din) atau email: mzi_83@yahoo.com


Untuk Maklumat Lanjut, Sila Baca Di Bawah:


SELEPAS bertahun-tahun isu beg sekolah berat menjadi perdebatan hangat dengan pelbagai resolusi dicadangkan belum ada penamatnya, apa yang telah dirintis oleh kerajaan Terengganu sejak tiga tahun lalu mungkin adalah jawapan terbaik.
Kerajaan Terengganu menyediakan komputer riba buku elektronik (eBook) percuma kepada pelajar sekolah rendah bagi menggantikan buku teks menjadikan mereka sebagai kumpulan eksperimental paling muda menggunakan teknologi terkini pembelajaran di sekolah.
Tanpa perlu membawa beg berat mahupun merugikan penggunaan kertas, pengenalan eBook seharusnya diakui sebagai satu inovasi dan lembaran baru dalam pendidikan negara. Sehingga kini dengan sistem pembelajaran yang dilihat semakin lancar, pelajar tahun 4, 5 dan 6 di Terengganu menggunakan sepenuhnya kecanggihan teknologi itu.
Selain Terengganu, beberapa negeri seperti Melaka, Sarawak dan Brunei sudah pun memasang impian untuk menggunakan inovasi eBook di negeri masing-masing bagi memudahkan pelajar.
Penggunaan eBook yang semakin mendapat perhatian pelajar dan ibu bapa dijangka mampu menjadi revolusi dalam pendidikan negara.

Dengan permintaan yang semakin meningkat apabila ada ibu bapa yang tidak mahu terus menunggu atau mahukan anak-anak mereka turut memanfaatkan diri menggunakan teknologi eBook, Sutera Niaga Elit Sdn. Bhd. sedia menjual eBook secara komersial.

eBook model 2011
Pengurus Besarnya, Mohd. Rozali Masdol memberitahu, selaku ejen pemasaran dan pengedaran produk di bawah Koperasi Angkat Sekolah pihaknya turut melebarkan sayap ke seluruh negeri termasuk Brunei, memandangkan eBook mempunyai potensi yang tinggi dari aspek teknologi pendidikan.
Beliau yang ditemui di pejabat Kosmo! memberitahu, eBook terbaharu model 2011 lebih komprehensif dan canggih apabila ia didatangkan dengan pelbagai perisian yang dapat memanfaatkan pelajar dan guru. Peranti terkini itu juga boleh digunakan ibu bapa dengan mudah dan selesa.
“Dengan berat hanya 1.2 kilogram (kg) berbanding model terdahulu iaitu kira-kira 1.6 kg, model terbaharu ini dijangka mampu memberi keselesaan kepada pelajar yang dibebani buku teks berat, malah ia boleh di bawa ke mana-mana sahaja dengan mudah.
“Selain itu, eBook model 2011 yang menggunakan teknologi Intel Corp. mempunyai reka bentuk lebih menarik bersesuaian dengan gaya hidup pelajar serba canggih hari ini. Peranti generasi ketiga ini dilengkapi perisian buku teks tahun 4, 5 dan 6 untuk memastikan pelajar dapat mengikuti kelas dengan pantas,” katanya.
Mohd. Rozali menambah, eBook model 2011 turut didatangkan dengan perisian jaringan komuniti seperti al-Quran, fardu ain, amalan solat dan kamus. Malah, ia bukan sahaja boleh digunakan pelajar-pelajar, tetapi ibu bapa dapat menikmati kemudahan yang ditawarkan dalam peranti tersebut.

Katanya, perisian jaringan komuniti yang ditawarkan dalam peranti terbaharu itu dapat mendekatkan lagi pelajar dengan ibu bapa mereka apabila menggunakannya.
“Sebagai contoh, perisian al-Quran yang disediakan turut mengandungi sistem audio untuk membantu pelajar mengikuti pengajaran dengan lebih mudah dan sistematik. Bahkan, pelajar dapat mengetahui maknanya apabila tafsiran turut disediakan kepada mereka.
“Perisian ini boleh mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan kerana ibu bapa juga boleh mengaji bersama anak-anak mereka apabila mempunyai masa lapang di rumah. Selain mengaji al-Quran, mereka boleh mengetahui mengenai cara-cara mengambil wuduk, tayamum, solat, surah hafazan dan lain-lain lagi yang terdapat dalam peranti berkenaan,” ujarnya lagi.

Dengan menggunakan peranti berkenaan, Mohd. Rozali menambah, pelajar-pelajar akan merasai pengalaman baru dalam dunia pendidikan kerana hampir kesemua perisian yang terkandung dalam eBook tersebut adalah interaktif.
Katanya, eBook terbaharu yang mempunyai paparan 10 inci dengan kerangka tahan lasak turut didatangkan dengan kamera web untuk memudahkan lagi pelajar-pelajar berhubung antara satu sama lain.
“eBook untuk pasaran umum ini akan muncul dengan versi baru lebih menarik yang juga dilengkapi Intel Pineview M Atom Procesesor 45nm, FCBGA, single core N455 hingga 1.66GHz (512 KB L2 Cache), 533 FSB LCD 10.1 dengan 1024x600(antisilau) dan perisian Window 7. Ia dijangka akan berada di pasaran pada bulan Oktober ini,” ujarnya.
Ditanya mengenai kawalan dan pemantauan yang boleh dilakukan ibu bapa sekiranya eBook disalah guna oleh pelajar, Mohd. Rozali berkata, eBook telah dilengkapi perisian yang mempunyai kebolehan menyekat kanak-kanak atau pelajar daripada melayari laman web tertentu.
“Kemudahan ini disediakan untuk memastikan ibu bapa dapat memantau anak- anak mereka daripada melayari laman web yang tidak diingini. Selain itu, kita juga ada menyediakan perisian berkebolehan membantu ibu bapa merujuk kembali laman dilayari anak mereka. Jika ibu bapa mahu melayari laman web, mereka akan diberi kata kunci khas,” katanya merujuk kepada laman web seperti You Tube.
Sehingga kini, seramai 75,000 pelajar telah memanfaatkan kemudahan ini di Terengganu dan pendekatan itu mendapat minat khas daripada ibu bapa dipercayai menyumbang kepada penjualan komersial eBook kepada mereka.
Bahkan, eBook model 2011 juga akan dimanfaatkan oleh pelajar sekolah menengah hingga tingkatan 5.
“Bagi proses pembelian eBook, kami menyediakan dua pilihan kepada pengguna iaitu ansuran atau tunai melalui dua kategori pembeli iaitu kakitangan kerajaan dan swasta. Bagi bayaran ansuran kakitangan kerajaan, mereka boleh mengisi borang yang disediakan oleh syarikat kami untuk pemotongan gaji majikan kakitangan biro Angkasa.



“Bagi kakitangan swasta pula, ia boleh diuruskan melalui potongan gaji bank. Pilihan ini ditawarkan adalah untuk memudahkan lagi pengguna mendapatkan eBook terbaharu ini,” ujarnya.
Jelasnya, penjualan eBook juga menitik berat soal rangkaian dan sosial seperti penjual berhubung balik dengan ibu bapa jika terdapat masalah selain masalah penyelengaraan, rosak, terkena cecair atau pecah.
“Untuk itu, kami sediakan satu sistem jualan supaya pihak yang menjual selain Syarikat Sutera Niaga Elit mendapat komisen dan mempunyai hubungan baik dengan pembeli,” terang beliau.
Mohd. Rozali berkata Syarikat Sutera Elit Niaga percaya dengan kadar permintaan yang kian meningkat pihaknya dapat mencapai sasaran jualan sebanyak 90,000 unit eBook pada tahun ini dan 300,000 unit eBook pada tahun hadapan.
Sutera Niaga Elit menawarkan pakej belian eBook pada harga RM2,988 yang turut menawarkan jalur lebar Celcom percuma selama setahun selain langganan Tutor Utusan.
Pihaknya juga bersedia memasukkan portal-portal pendidikan yang lain seperti yang diminta ibu bapa pada harga maksimum RM2,988.
Untuk maklumat lanjut tentang urusan jual beli atau maklumat lanjut, sila hubungi Rozali di talian 019-7176 869 atau Nacoji Holdings di Taman Miharja, Kuala Lumpur.


Jika Berminat, Sila hubungi:
019-7533283 (Din) atau email: mzi_83@yahoo.com





Tuesday, October 19, 2010

4 golongan lelaki yang akan masuk neraka

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' -  Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

AMIN YARABBALALAMIN

Monday, October 18, 2010

Pengalaman menarik

Alhamdulillah, selamat sampai dalam pukul 9.00 malam tadi. Alhamdulillah juga kerana perjalanan kami pergi dan balik lancar tanpa ada apa-apa masalah. Banyak tempat yang dilawati antaranya Stesen MARDI, ladang teh, ladang strawbery dan lain lagi. Banyak gak barang yang di borong sampai tak muat peti kat umah. 'Excited' sebab kali pertama sampai. Haha.. Suasana malam memang sejuk, tapi siangnya tak la sejuk sangat. Dah terasa bahang kepanasan dia tu. Tempat memang menarik dan sesuai la untuk melancong sambil melihat keindahan alam kejadian Allah ni. Cakap banyak tak nampak. Tengok je la gambar yang sempat di ambil ni..



Friday, October 15, 2010

Cameroon Highland

Esok pagi aku akan ke Cameron Highlang menyertai rombongan pelajar asrama dan warden. Ini kali pertama nk menjejak kaki kesana. Erm sebelum ni dengar cerita orang je. Lepas ni boleh la merasa sendiri suasana kat Cameron Highland. Mujur la ada lawatan sebegini. Boleh gak la menghilangkan tension sekarang ni. Macam-macam benda berlaku. Kalau tak kena kerah ke Bukit Jalil la pula. Apa-apa pun semoga perjalanan kami selamat pergi dan balik.

Friday, October 8, 2010

Perkhemahan Perdana KRS SMT/SMV Peringkat Kebangsaan 2010

Video

    Konvo..

    Pagi esok 9/10/10, aku akan ke Johor pula. Esok nak pergi ambil jubah dan majlis raptai konvo dekat UTHM Parit Raja. Semoga perjalanan esok selamat sampai ke destinasi. Mak aku pun turut hadir untuk majlis tersebut. Aku akan singgah di rumah abang aku di Kluang dan kami akan sama-sama bergerak ke UTHM pada Ahad pagi.

    erm letihnye..

    Selama 5 hari berkampung di Chedoq Beach resort, Rompin. Bermula Isnin 4/10/10 hingga hari ini 8/10/10. Rasa letih tak terhingga kerana menghadiri Perkhemahan Perdana KRS SMT/SMV Peringkat Kebangsaan 2010. Perkhemahan yang dihadiri oleh 10 pelajar dan seorang guru pengiring dari semua sekolah teknik dan vokasional seluruh Semenanjung Malaysia. Memang seronok kerana inilah kali perdana menghadiri program sebegini. Tapi yang kurang seronoknya ialah servis yang diberikan oleh pihak Chedoq Beach Resort. Hanya yang menyertai perkhemahan dapat merasa apa pengalaman yang sebegini..