Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, June 30, 2010

SYAITAN yang MENYAMAR sebagai MANUSIA


Inilah hakikat yang berlaku zaman sekarang. Tengoklah betapa hinanya manusia tersebut yang tergamak membuang bayi yang tidak berdosa semata-mata untuk menutup perbuatan zina mereka. Cerita ini bukanlah perkara baru di negara kita dan boleh dikatakan sudah basi. Tapi dimanakah undang-undang syariah untuk membanteras gejala ini dan bagaimana pendekatan dari pihak berkuasa dan kerajaan?

Sekarang tersebarnya rakaman-rakaman dan video-video lucah sangat berleluasa dan lebih teruk ada pelakon yang beraksi adalah dikalangan umat islam sendiri. Jahil sangatkah manusia ini yang sanggup merakam dan menyebarkan kejahatan sendiri ataupun mereka ini memang berotak lembu?

Tengoklah laporan-laporan akhbar yang menjadikan berita sebegini sebagai isu sensasi. Tapi berita yang disebarkan bukannya dijadikan pengajaran oleh yang lain tetapi menjadi ikutan pula untuk menunjuk terutama remaja yang hanya suka berseronok diluar sana.

Negara kita telah pun maju dari segi pembangunan materialistik tetapi dalam bidang agama dan jati diri umat islam, kita semakin jauh ketinggalan dek mengejar keduniaan. Oleh itu,sama-samalah kita berubah minda, 1MALAYSIA, ISLAM DIDAHULUKAN, AKHLAK DIUTAMAKAN.

Antara Kerja syaitan.



Tuesday, June 29, 2010

Minda: 10 penipuan tentang Israel


WARTAWAN Belgium, Michel Collon, menggunakan bukunya, ‘Israel, let’s talk about it’ (Israel, mari kita berbicara mengenainya) untuk mendedahkan bagaimana laporan media Eropah melakukan penipuan berdekad-dekad dalam usaha mereka menyokong kewujudan negara haram Israel.
Dalam buku itu, Collon menyenaraikan 10 penipuan besar disebarkan media Barat bagi menjustifikasi penubuhan negara Israel serta menghalalkan tindakan negara Zionis itu.

Penipuan itu adalah: 1. Penubuhan Israel adalah sebagai reaksi terhadap pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.

Hakikatnya, kata Collon, projek mewujudkan Israel itu diluluskan Kongres Zionis Pertama di Basel, Switzerland, pada 1897.

Dalam persidangan itu, pemimpin Zionis memutuskan untuk menakluk Palestin bagi menyediakan ruang untuk mereka membangunkan Israel.

Untuk makluman, Perang Dunia Kedua berlaku di antara 1939 hingga 1945.

2. Untuk menghalalkan penghijrahan besar-besaran ke Palestin, Yahudi mendakwa wilayah itu adalah warisan mereka selepas diusir pada tahun 70 Masihi.

Kata Collon, data itu hanyalah rekaan semata-mata.

“Saya bercakap dengan beberapa sejarawan terkenal Israel, termasuk Shlomo Sand, yang percaya peristiwa penghijrahan beberapa abad silam tidak pernah berlaku.

“Penduduk Palestin tidak pernah meninggalkan kawasan mereka pada zaman purba.

“Justeru, kedatangan mereka ke Palestin kononnya untuk menduduki tanah warisan tidak berasas sama sekali,” katanya..

Menurut Collon, Yahudi yang mendesak mahu pulang ke ‘tanah asal’ mereka di Palestin sebenarnya berasal dari Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Memetik pendapat Sand, Collon berkata, sebenarnya isu negara Yahudi tidak wujud sama sekali kerana bangsa itu yang berada di pelbagai negara tidak memiliki persamaan sejarah, bahasa atau budaya.

“Satu-satunya persamaan mereka adalah agama, tetapi agama bukan asas membina negara,” katanya.

3. Penipuan ketiga ialah dakwaan kononnya Palestin tidak didiami sesiapa ketika Yahudi mula-mula mendudukinya.

Kata Collon, ada beberapa dokumen dan bukti menunjukkan produk pertanian Palestin dieksport ke luar negara pada abad ke-19.

Katanya, Perancis adalah antara negara yang mendapat manfaat daripada produk pertanian Palestin pada abad itu.

4. Ada pihak mendakwa warga Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela.

“Ini satu lagi penipuan,” kata Collon.

Menurut wartawan itu, memang ramai pihak percaya kepada dakwaan palsu berkenaan.

Malah, katanya, pada peringkat awal dia sendiri yakin terhadap tuduhan itu, sehinggalah dia bertemu sejarawan Israel, seperti Benny Morris dan Ilan Pappe.

“Kata Morris dan Pappe, warga Palestin dihalau dan dilarang kembali melalui kekerasan dan keganasan,” katanya.

5. Israel didakwa satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah dan wajib dipertahankan.

Kata Collon, Israel sebenarnya bukan saja negara melanggar undang-undang, malah satu-satunya negara yang tidak dibatasi mana-mana peraturan bagi menjelaskan sempadannya.

“Semua negara di dunia ini memiliki perlembagaan yang menyatakan had batasan masing-masing tetapi tidak bagi Israel.

“Negara itu wujud hasil projek perluasan wilayah yang tidak mengenal batasan dan undang-undangnya amat rasis,” katanya.

Melalui peraturan diguna pakai Israel, kata Collon, negara itu khusus untuk Yahudi dan individu bukan daripada bangsa itu dilihat sebagai ‘bukan manusia’.

“Ia amat bercanggah daripada demokrasi,” katanya.

6. AS didakwa cuba melindungi demokrasi di Timur Tengah melalui Israel.

Pada masa sama, kata Collon, semua pihak tahu AS menyalurkan dana ke Israel sehingga RM9.7 bilion setahun.

“Wang itu digunakan untuk menyerang negara jiran Israel,” katanya.

AS, kata Collon, sebenarnya hanya berminat memastikan aliran petroleum di rantau itu tidak terganggu.

7. AS kononnya berusaha mencapai persetujuan di antara Israel dan Palestin.

“Ia bohong sama sekali,” kata Collon.

Bekas Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana, pernah memberitahu Israel bahawa negara itu adalah anggota ke-21 EU.

Industri senjata Eropah juga bekerjasama dengan Israel dan menyokong mereka secara kewangan.

Bagaimanapun, kata Collon, apabila warga Palestin memilih kerajaan mereka secara demokratik, Eropah enggan mengiktirafnya, malah memberi lampu hijau kepada Israel menyerang Gaza.

8. Menganggap mana-mana pihak yang mempertikaikan sejarah Israel sebagai anti-Semit.

Sebenarnya, kata Collon, hujah itu digunakan bagi menutup mulut pihak yang cuba mendedahkan tembelang Israel.

“Apabila kita mengkritik Israel, ia bukan semangat anti-Semit, tetapi mengecam dasar kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan hak dan taraf di antara Yahudi, Kristian dan Islam.

“Ia juga memusnahkan keamanan di antara pengikut pelbagai agama,” katanya.

9. Media massa mendakwa Palestin punca keganasan.

Sebaliknya, kata Collon, penjajahan Israel itulah keganasan sebenar kerana mereka merampas tanah dan kediaman penduduk yang berhak.

10. Isu sering dibangkitkan kononnya tiada jalan penyelesaian di antara Israel dan Palestin.

Hakikatnya, kata Collon, penyelesaian boleh dicapai.

“Kita cuma perlu memberi tekanan ke atas sekutu Israel di AS dan Eropah serta rantau lain di seluruh dunia,” katanya.

Bagi Collon, tekanan umum terhadap media massa yang enggan melaporkan kebenaran juga boleh menyumbang kepada penyelesaian sebenar di Timur Tengah.

“Menggunakan Internet atau media lain, marilah kita sama-sama melaporkan berita sebenar mengenai Palestin,” katanya. - Agensi 

Dipetik dari HARIAN METRO 29.6.2010


Friday, June 25, 2010

Kursus di Klang


Dalam pukul 3.00 petang tadi, aku bersama 2 lagi cikgu Adnan dan Hadi bertolak dari sekolah menuju ke Klang. Kami check in hotel dalam pukul 4.45 petang. Dalam perjalanan ke sini tadi, hujan agak lebat juga. Tambah pula tersesat jalan kat bandar Klang membuatkan lambat tiba. Tapi mujur Alhamdulillah, kami sampai juga di tempat yang yang dituju dengan selamat. Kami makan malam pada kul 7 dan taklimat ringkas pada kul 9. Kursus akan bermula pukul 8.30 pagi esok. Mengikut tentatif, Kursus esok sampai kul 5 petang dan disambung pada pukul 8.30 malam. Pada hari terakhir pula, bermula pagi sehingga check out tengahari tersebut. Setakat ni seronok kerana dapat jumpa guru dari sekolah lain dan bertukar pandangan. Makanan disini pun sedap-sedap.

Kursus PP, PPD dan PPB


Mulai hari ini sehingga Ahad, aku akan menghadiri kursus Pegawai Penilai dan Pegawai Pengesah Dalaman  yang diadakan di Hotel Goldcourse Klang. Seramai 7 orang yang akan mewakili sekolah untuk kursus tersebut. Ini adalah kali pertama bagi aku untuk menghadiri kursus sebegini semenjak posting. Kursus ini penting bagi aku dalam menilai hasil kerja pelajar SKM. 

Monday, June 21, 2010

Perhimpunan Guru


Pada 26 Jun 2010, akan berlangsungnya Perhimpunan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus. Acara yang akan berlangsung di Padang Majlis Perbandaran Seremban pada pukul 8 malam akan menyaksikan perkumpulan guru terbesar. Ini kerana semua guru di Negeri Sembilan diwajib menghadirkan diri pada majlis tersebut dan kedatangan akan diambil oleh urusetia. Menteri Besar sendiri akan merasmikan majlis tersebut.

Lamenye tak update

Bestnye cuti 2 minggu. memang betul-betul cuti la. Minggu pertama melancong ke Kuching dan Sri Aman. Minggu kedua balik bercuti di Kelantan pula. Erm seronok betul dapat rehat camni. Dapatla luangkan masa dengan famili kat kampung. Sepanjang cuti ni tak sempat pun nak update blog. hehe..

Friday, June 4, 2010

Kebejatan sosial: Gagalkah cara pendidikan kita?


Sesekali kita harus bertanya pada diri dan berfikir dengan akal waras tentang arah tuju anak cucu lima atau 10 tahun akan datang. Dunia tanpa sempadan, segala maklumat sama ada baik atau buruk sepantas kilat masuk dan berada dalam bilik dan rumah kita. Mampukah anak-anak dan cucu-cicit kita menolak dan menangkisnya dengan keimanan yang kental?

Di luar rumah pelbagai gejala sosial dan penyakit rohani menggugah keima-nan. Bayangkan segala kemungkaran berlaku di depan mata. Penjualan CD yang memaparkan pelbagai adegan seks lucah di kaki lima dan pasar malam, tiada rasa segan dan malu lagi. Kafe siber tumbuh bagai cendawan selepas hujan di setiap barisan kedai di bandar-bandar sering menjadi kunjungan remaja.

Kajian psikologi sama ada barat atau Islam, membuktikan, pengaruh permai-nan dan CD yang memaparkan unsur seks ini banyak menyerap dan mem-pengaruhi tingkah laku remaja. Mereka tidak lagi minat untuk belajar dan memfokuskan cita-cita ke arah kejayaan dalam hidup. Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan pelbagai penyakit rohani dan perlakuan jenayah seperti hasad dengki, riak, mudah marah, ingin membunuh diri, zalim, dan kejam mempengaruhi akal dan emosi.

Sementara di sekolah, guru-guru ber-tungkus-lumus mendidik dan mengajar pelajar ke arah kebaikan. Guru-guru seakan letih tetapi masih tabah dan sabar mendidik. Apabila murid atau pelajar pulang ke rumah adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa pula mendidik dan membentuk anak-anak mereka mengikut acuan yang mereka kehendaki. Segala kebahagiaan bermula daripada didikan di rumah dan sekolah.

Di luar sekolah dan dalam masyarakat pelbagai gejala negatif berlaku seperti pergaulan bebas, perceraian, gejala seks bebas, penyalahgunaan dadah, penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi semakin bertambah. Adakah masyarakat kita tidak seimbang lagi dari segi intelek, rohani dan emosi mereka? Atau adakah cara dan sistem pendidikan kita gagal melahirkan insan mempunyai nilai-nilai murni dan kemanusiaan?

Falsafah Pendidikan Kebangsaan amat jelas menyatakan, pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan berse-padu untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan keper-cayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Falsafah pendidikan ini diterapkan dalam sistem pendidikan, disampaikan melalui pengajaran dan pembelajaran secara formal dan tidak formal di dalam atau di luar kelas. Jika diteliti falsafah ini amat lengkap dan seimbang. Menjadi masalah ialah gejala di luar lebih hebat melalui pengaruh rakan sebaya, perse-kitaran dan gaya hidup semasa.

Justeru, kita wajar kembali mendidik anak-anak sejak kecil, remaja hingga dewasa dan berterusan ke akhir hayat dengan didikan akidah, ibadah, akhlak serta mengambil teladan daripada sirah, tokoh dan tamadun Islam silam. Sejarah banyak mengajar dan mengingatkan sesuatu bangsa itu akan musnah apabila tiada penyatuan, keimanannya lemah dan goyah. Oleh itu, bagi menghadapi dunia globalisasi; akal budi, jiwa, dan hati mestilah dididik dengan keimanan utuh dan mantap bagi kelangsungan generasi akan datang. 

Oleh - Dr Aminudin Mansor 
*Penulis ialah penyair, bekas pendidik. PhD Persuratan Melayu, UKM.

Thursday, June 3, 2010

Apa Nak Jadi Pelajar Sekarang




Lantaran kes memalukan itu, ramai pihak termasuk ibu bapa pelajar terbabit dikatakan cuba menyembunyikan kelahiran berkenaan tetapi ia bocor apabila seorang pelajar mendedahkannya kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, baru-baru ini.

Berikutan itu, PIBG mengadakan mesyuarat tergempar malam kelmarin bagi membincang masalah itu tetapi pengetua sekolah berkenaan tidak hadir dalam mesyuarat itu. Seorang ahli jawatankuasa PIBG sekolah terbabit yang enggan namanya disiarkan berkata pihak sekolah hanya mengetahui perkara itu selepas seorang pelajar melahirkan anaknya, baru-baru ini.

Katanya, dalam usaha menyembunyikan kejadian memalukan itu, seorang daripada pelajar terbabit sanggup membuat permohonan bertukar ke sebuah sekolah menengah di Setiu selepas mengetahui dia mengandung enam bulan. Bagaimanapun, katanya usaha pelajar itu berpindah sekolah tidak berhasil kerana bapa saudaranya yang tinggal di daerah berkenaan enggan menerimanya tinggal bersama kerana mengetahui dia mengandung anak luar nikah. “Pelajar berkenaan tiada pilihan dan melahirkan seorang anak lelaki pada 26 April lalu. Tidak tahan menanggung malu, pelajar berkenaan kini bertukar ke sebuah sekolah lain di daerah ini dan akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) September ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan meminta pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) membuat siasatan lanjut. “Setakat ini kita sudah dimaklumkan bahawa empat pelajar sekolah itu sudah melahirkan anak,” katanya sambil menambah pihaknya kesal dan terkejut dengan perkembangan berkenaan. 

PBB Lembu Zionis



Alhamdulillah.. Bersyukur kita kepada Allah kerana kesemua sukarelawan rakyat Malaysia seramai 12 orang yang menaiki kapal Mavi Marmara yang ditawan Israel selamat daripada kejahatan zionis semasa misi kemanusian ke Gaza. Satu lagi kapal Malaysia masih lagi meneruskan perjalanan menuju ke Gaza untuk menghantar barang-barang keperluan seperti alatan perubatan, makanan dan sebagainya.
 
Semoga semua anak kapal dan kru didalam kapal Rachel Corrie selamat tiba di Gaza dalam misi menghantar keperluan ke Negara Palestin tersebut. Sama-samalah kita berdoa supaya tidak ada halangan dari pihak zionas dan misi mereka Dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

PBB sepatutnya mengutuk keras serangan israel keatas kapal misi kemanusian yang tidak mempunyai sebarang senjata yang dilayan seperti sebuah kapal perang tetapi hanya membisu. Badan yang sepatutnya menjaga keamanan itu malah bersekongkol dengan zionis dan membiarkan sahaja tindakan biadab israel. 

Memang beginilah kegiatan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam yang berusaha untuk menghancurkan Islam. Negara-negara Islam sepatutnya mengambil iktibar diatas apa yang berlaku dari dulu sampai sekarang dan bersatu untuk menentang musuh-mush Islam yang tidak bertamadun ini.



Wednesday, June 2, 2010

Lima Hari Bekerja Untuk Guru - NUTP


KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon Kementerian Pelajaran mengkaji semula Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2005 agar memansuhkan peruntukan yang membenarkan guru bekerja dua hari Sabtu setiap bulan. Presidennya, Hashim Adnan berkata, guru juga perlu mendapat lima hari bekerjaseperti penjawat awam yang lain dan mendapat hak yang sama rata seperti mereka. Beliau berkata, NUTP mendapati ramai guru dipanggil bekerja, mengikuti kursus dan sebagainya pada hari Sabtu.

"Pendirian kami (NUTP) masih tetap mengikut pekeliling yang lama iaitu kerja dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Sekiranya berlaku (bekerja) hari Sabtu, kita rasa kita kaum pendidik seolah-olah dianaktirikan," katanya pada sidang media di Wisma NUTP di sini hari ini. Turut hadir Setiausaha Agung NUTP Lok Yim Pheng. Hashim berkata, NUTP juga mahu kerajaan melihat secara serius mengenai isu penjawat awam wanita yang melahirkan anak keenam dan seterusnya, tidak menikmati cuti bersalin malah langsung tidak ada cuti bersalin. Beliau meminta supaya penjawat awam yang melahirkan anak keenam dan seterusnya, diberi cuti bersalin yang sama seperti penjawat wanita yang melahirkan anak pertama.
"Kalau seorang wanita tidak diberi cuti bersalin 60 hari (masa ini) apabila dia melahirkan anak keenam, dia akan mengambil cuti seminggu, dua...kemudian bekerja semula.
"Ini akan menjejaskan kesihatannya. Dia ambil cuti tanpa gaji bermakna tiadapendapatan. Kenapa kita perlu bertindak sebegitu," katanya sambil menyokong sepenuhnya perjuangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang mana pekerjawanita harus diberi 90 hari cuti bersalin.

Sementara itu, Hashim juga berkata, NUTP tidak menyokong cadangan mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan bagi meningkatkan integriti dan kualiti pendidikan. Beliau berkata, perkara tersebut akan membebankan para guru dan ia akan melibatkan kos yang amat tinggi. - BERNAMA

Kalu Tuhan Tu Baik, Kenapa Cipta Neraka?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang  melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasatempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis  perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis   berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang
  dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapatimasih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalamsetiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan parapegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikannasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidakmampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam
  satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seoranggadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Makadia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insafdan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan  majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat
neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau
dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi    ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara
   macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi   orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh   dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.


Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
  "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:
   "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk   menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."

Tuesday, June 1, 2010

Celaka Israel Laknatullah..


Misi bantuan kemanusian ke Gaza, Palestin telah diserang oleh tentera Israel semalam diperairan antarabangsa yang bertolak dari Cyprus ke Genting Gaza. Tindakan biadab dan celaka Israel telah mengakibatkan 19 orang terbunuh yang kebanyakannya rakyat Turki. Kapal yang dinaiki oleh aktivis kemanusiaan dari pelbagai negara itu diserang dengan menggunakan pelbagai senjata canggih yang dimiliki Israel termasuk kapal perang dan helikopter tempur. Macam-macam cerita direka oleh Israel untuk menghalalkan kejahatan yang dilakukan oleh mereka. Israel melayan kapal bantuan tersebut seperti kapal perang yang ingin menghancurkan negara celaka Israel. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa yang terkorban dan berdoa semoga yang lain selamat khususnya rakyat Malaysia yang berada di atas kapal tersebut.

"Celakalah Israel dan sekutu-sekutunya"