Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, May 31, 2010

Terengganu Boleh yang lain macamana?

Beruntung betul cikgu-cikgu di Terengganu apabila mendapat hadiah yang bernilai RM2 juta daripada kerajaan negeri kerana prestasi yang di tunjukkan oleh mereka. Penghargaan ini akan menaikkan lagi semangat di kalangan mereka untuk terus menempa kejayaan di bidang pendidikan di negara ini. 
Negeri patut mencontohi Terengganu untuk menaikkan semangat dan motivasi dikalangan guru. Bukannya wang yang di pentingkan tetapi sekadar di hargai dan di kenang sudah memadai bagi insan yang bernama guru. Semoga jasa guru tidak dilupakan.

Tahniah..


Kesempatan ini di ambil untuk mengucapkan tahniah kepada Nur Hafizah Kamarudin yang baru mendapat cahaya mata (29.05.2010). Semoga dengan kehadiran orang baru menceriakan lagi keluarga mereka.

Kepada member-member yang akan melangsungkan perkahwinan semasa cuti sekolah nanti terutama Azwani dan pasangan pada 06.06.2010, Ajizi (06.06.2010) dan Ain (11.06.2010) di ucapkan selamat pengantin baru. Semoga mahligai yang di bina sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat Allah dan berbahagia hendaknya sehingga ke anak cucu.

Bestnye Cuti


Tiga hari dapat cuti seronok juga. Hari tu balik Kuantan jumpa famili kat sana. Boleh la berkongsi cerita dengan Along dan kakak. Tapi anak kakak demam pula masa tu. Tak dapat la pergi jalan-jalan. Melayan anak saudara yang demam kat umah je. Tapi yang penting dapat juga jumpa dia orang. Semenjak 'posting' cuti ni la baru dapat menyinggah rumah mereka. Insyaallah cuti sekolah 2 minggu nanti akan sampai lagi. Sebelum balik Kelantan nak menyinggah kat Kuala Terengganu jap. Nak beli keropok Losong. Hehe.. Kepada 'my nephew' semoga cepat sembuh.

Wednesday, May 26, 2010

Bukit Tinggi


Pada hari ini (26.5.2010), Pentadbir sekolah melawat sebuah sekolah di Bukit Tinggi, Sumatera Barat. Ini adalah program kerjasama sekolah kembar antara SMVAS dan SMK(sekolah menengah kejuruan) Negeri 1 Bukit Tinggi untuk bertukar idea dalam bidang vokasional. Seramai 15 orang guru termasuk Pengetuan dan pentadbir sekolah mengikuti rombongan tersebut.

Erm minggu ni, cikgu-cikgu lain bekerja tanpa bos la. Boleh caya ke. Hehe...

Nospan plak..



Wabak baru dikalangan pelajar sekolah. Senang dapt dan murah untuk dibeli. Kesian sungguh remaja Malaysia sekarang. Perkara buruk lebih banyak terdedah kepada mereka. Kreativiti mereka mendatangkan keburukan kepada diri sendiri.

Pelajar samseng


Inilah realiti pelajar sekarang yang berani membuta tuli tanpa memikirkan masa depan yang akan mereka tempuhi kelak. Mereka hanya memikirkan keseronokan sementara dan ingin menunjuk hebat kerana boleh melakukan perkara yang jarang pelajar lain boleh padahal perkara yang dilakukan tersebut menyalahi undang-undang dan memudaratkan diri sendiri. Tidakkah bodoh tindakan tersebut kerana boleh merosakkan masa depan mereka sendiri. 

Di sekolah, pelbagai program telah disusun untuk mendidik pelajar-pelajar untuk menjadi yang berguna dunia dan akhirat. Tetapi ada segelintir pelajar yang lari atau tidak mengikuti atau istilah lainnya ponteng dari program tersebut. Tindakan telah diambil untuk pelajar yang ponteng, tetapi tanpa kesedaran mereka sendiri ia dilihat sekadar mencurah air di daun keladi sahaja.
Peranan ibubapa amat penting dalam menangani masalah ini. Tanpa kerjasama ibubapa, setiap program yang dijalankan disekolah tidak akan mencapai kejayaan. Ibubapa perlu juga melibatkan diri, walaupun sibuk kena juga luangkan untuk mengetahui masalah anak mereka disekolah. Jangan lepas tangan sahaja dan mempercayai bulat-bulat kata-kata anak. Ada sesetengah ibubapa yang suka menyerang guru di sekolah tanpa usul periksa keran terlalu percaya kata-kata anak. Ini menyebabkan salah faham dan akhirnya memalukan diri sendiri.


Tuesday, May 25, 2010

Renungan


1) Belajarlah percaya pada diri kerana bergantung pada orang lain lebih banyak mendatangkan keburukan.
2) Lebih sakit jika kita jatuh disebabkan oleh orang lain jika dibandingkan dengan kita jatuh sendiri.

Monday, May 24, 2010

Futsal pula


Pada Sabtu lepas, (22.5.2010) bertempat di Padang Majlis Perbandaran Seremban, pasukan futsal padang Vokay B telah memenangi tempat kedua dalam kejohanan futsal padang anjuran sebuah kolej swasta Masterskills. Pasukan Vokay B seri pada perlawanan pertama, menang tiga kali untuk perlawanan seterusnya tetapi kalah pada perlawanan akhir bertemu dengan pasukan dari Masterskills sendiri yang berumur 18 tahun. Kejayaan tersebut membuktikan kebolehan dan kerjasama pasukan dalam menghadapi cabaran.

Tahniah di ucapkan kepada pasukan Vokay B yang merangkul tempat kedua dan membawa pulang medal dan baju t-shirt.

Thursday, May 20, 2010

Cuepacs perlu lebih agresif


Dalam menjalankan tanggungjawab menjaga kebajikan kakitangan awam, Cuepacs perlulah lebih agresif , telus dan bersikap adil untuk semua pihak. Cuepacs telah banyak memainkan peranan dalam membela nasib kakitangan awan dan itulah yang seharusnya dilakukan oleh pihak tersebut. Satu lagi kejayaan Cuepacs jika Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dinaikkan gaji selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi pendapatan melebihi RM40,000 setahun.

Kisah Lelaki Tua dan Tiga Anaknya


Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki. Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis. Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya ... jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.  Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.  Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?".  Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?".  Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.  Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?".  Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hey Amsal, hantar ayah ke pulau seberang.. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.  Lalu terdetiklah dihatinya dengan kekesalan kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya. Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun. Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan. 


Moral :


Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.  Harben ialah HARTA-BENDA, Anis ialah ANAK-ISTERI, dan Amsal ialah AMAL-SOLEH.  Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni jangan lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima.

Wednesday, May 19, 2010

6 strategi laksana Dasar 1Murid 1Sukan


Bacaan lanjut di Berita Harian

Kurangkan Beban Guru


Terima kasih kepada semua terlibat membela nasib guru yang menanggung bermacam beban di sekolah. Usaha untuk mengurangkan beban guru amat bertepatan dengan situasi bidang pendidikan sekarang di mana tugas utama guru iaitu mengajar di kelas telah tersasar jauh disebabkan oleh bermacam aktiviti, kertas kerja dan perkeranian yang perlu dilakukan oleh guru. Dengan adanya sedikit perubahan yang dilakukan oleh pihak KPM dapatlah guru-guru menumpukan tugasan asal mereka.

Ada pihak yang mencadangkan supaya had pelajar dalam satu kelas hanya 25 pelajar (Berita Harian). Cadangan ini mungkin diterima baik oleh guru-guru kerana apabila pelajar tidak terlalu ramai dalam satu-satu kelas guru lebih mudah menumpukan perhatian kepada pelajar.

Remaja Buang Bayi



Kes sosial dikalangan remaja terutama bangsa Melayu makin menjadi-jadi. Apa sudah jadi dengan remaja kita sekarang? Di manakah silapnya sehinggakan perkara ini berlaku? Remaja adalah tonggak masa depan negara. Jika rosak remaja kini tidak mustahil untuk masa mendatang negara pula yang hancur. Sanggupkah menghadapi kehancuran pada saat tersebut?

Isu sosial ini adalah tanggungjawab semua pihak dan bukannya orang-orang tertentu sahaja. Sekarang semua pihak perlu memupuk sikap jaga tepi kain orang supaya segala kemungkaran dapat di bendung seterusnya menjadikan negara kita tempat yang aman untuk di diami.

Maklumat lanjut klik dibawah:

Tuesday, May 18, 2010

Kerjaya Sebagai Guru




Kepada yang bercita-cita hendak jadi guru fikir-fikirlah dahulu. Bersediakah anda untuk menghadapi tekanan dan bebanan kerja yang bertimbun? Bersediakah anda untuk bertugas pada hari Sabtu dan Ahad? Sanggupkah tinggalkan famili untuk kursus dan tugas luar? Sanggupkah anda menanggung bebanan kerja rakan sekerja yang lebih veteren dari anda terutama dari segi pengalaman tetapi sibuk dengan hal mereka?Sanggupkah anda menerima pelbagai tugas yang semestinya akan dipertanggungjawabkan keatas anda sebagai guru baru?

Kalu belum bersedia dengan semua itu, baik lupakan sahaja hasrat anda kerana bidang ini tidak seindah dan semudah yang kita fikirkan. Ianya sangat mencabar dan menguji tahap kesabaran kita.


Sambutan Hari Guru


Pada hari Isnin (17.5.2010), SMVAS telah merayakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Pelbagai program telah di atur yang melibatkan guru untuk mempertontonkan skill masing-masing. Guru-guru diarak dengan paluan kompang mengelilingi sekolah menuju ke dewan Bestari Budiman. Selepas ucapan wakil ketua pelajar, PK1 membacakan ucapan hari guru Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Alimuddin bin Mohd Dom diikuti oleh Pengetua yang membacakan ucapan hari guru daripada Menteri Pendidikan Malaysia Tan Sri Muhyidin Mohd Yasin.

Selepas ucapan tersebut, para guru membaca ikrar guru dan menyanyikan lagu tema Hari Guru iaitu 'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA' diikuti lagu Guru Malaysia. Selepas selesai menyanyikan lagu, wakil pelajar menghadiahkan kad Hari Guru untuk guru-guru yang diwakili oleh Tuan Pengetua.

Untuk acara seterusnya, guru-guru diminta ke padang sekolah untuk acara sukaneka. Acara yang disediakan sungguh seronok. Antara acara tersebut ialah mengayam ketupat, membaling botol air menggunakan bola tenis, bola jaring menggunakan bola ragbi, memancing botol, mengisi air dalam botol, lontar dak, memakan epal tanpa guna tangan, bowling kelapa, susun bata (jalan atas bata) dan akhir skali meniup dan memecah belon.

Terima Kasih kepada yang menjayakan program pada hari ini. Memang meriah dan seronok.

Selamat Hari Guru



Salam sejahtera.

Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua guru-guru diseluruh Malaysia. Semoga dengan sambutan ini menaikkan lagi semangat kita semua sebagai guru untuk mengajar dan mendidik anak bangsa kita. Semoga semua usaha murni yang telah, sedang dan akan kita lakukan untuk anak bangsa kita akan mendapat berkat dari Allah S.W.T.

'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'

Thursday, May 13, 2010

Senarai SBT









Ini adalah senarai 20 sekolah yang telah di umumkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi oleh Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin.
  1. SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor
  2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bharu
  3. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban
  4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
  5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
  7. SMK Sultan Abdul Halim, Jitra 
  8. Kolej Tunku Khursiah, Seremban
  9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
  10. SMK Sultanah Asma, Alor Star
  11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang. 
  12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis. 
  13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. 
  14. SMS Muzaffar Syah, Melaka. 
  15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur. 
  16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan. 
  17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur. 
  18. SK Convent Kota, Taiping, Perak. 
  19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur. 
  20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.  

Mengikut Tan Sri Muhyiddin Yassin lagi sekolah yang memenuhi kriteria SBT diberikan kuasa autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid. Pelajar juga boleh menamatkan persekolahan lebih awal setahun melalui kaedah lompat kelas.

Temuduga SPP


 
Pagi ini (13.5.2010) bertempat di PPD Seremban, sesi temuduga untuk Pelantikan Jawatan ke DG41 telah diadakan. Saya telahpun ke sana untuk sesi tersebut. Setiba di PPD Seremban, kelihatan ramai orang sedang duduk-duduk di kerusi. Saya hampiri salah seorang dari mereka dan bertanya tempat temuduga. Rupanya yang menunngu dekat situ pun berhajat yang sama.

Kami pun masuk la mendaftar iaitu cek nama dan tinggalkan nombor telefon. Selepas itu, orang yang bertugas tempat pendaftaran akan memanggil nama untuk tapisan. Di sini,segala dokumen diperiksa sama ada cukup atau tidak yang SPP nak, segala dokumen disahkan atau tidak dan sebagainya. Sesiapa yang melepasi tapisan ini baru akan ditemuduga.

Tapi malangnya saya hari ini, pihak SPP tidak menerima transkrip yang hanya di muat turun (download) dari internet atau fax. Hanya yang diterima ialah salinan asal sahaja. Untuk sesi hari ini saya disahkan hadir tetapi tidak ditemuduga.

Menurut pegawai tapisan tadi, kalu transkrip asal dah diterima,saya hanya perlu telefon bahagian temuduga SPP untuk sesi temuduga. SPP akan memanggil balik untuk sesi temuduga tersebut. Tapi markah untuk hari ini tidak ditolak. Beliau juga menagatakan bahawa tarikh untuk disahkan jawatan bergantung kepada tarikh lapor diri di sekolah atau tarikh pengesahan konvo yang tercatit di dalam transkrip yang mana terkemudian (yang paling lambat. Kalu posting 1.2.2010 tp tarikh transkrip 3.10.2010, tarikh lantikan ialah 3.10.2010).
Kepada sesiapa yang hendak hadir temuduga SPP tu, bersedia la tentang isu semasa.

Tuesday, May 11, 2010

Khabar Yang Di Tunggu








Dalam Akhbar Utusan hari ini (11.5.2010) TPM yang juga Menteri Pelajaran Malaysia akan mengumumkan insentif baru untuk semua guru pada sambutan Hari Guru nanti. Perkara tersebut telah lama ditunggu memandangkan kementerian iaitu polis dan askar sudah mendapat kenaikan gaji. Sekarang adalah masa yang paling tepat dan amat sesuai untuk menaikkan gaji guru memandangkan tugas dan beban yang terpaksa ditanggung oleh guru dan tekanan lain yang amat membebankan tetapi digalas dengan tabah dan sabar oleh insan yang bergelar guru. Dengan kenaikan gaji tersebut dapatlah ia mengurangkan sedikit tekanan dan bebanan guru.

Monday, May 10, 2010

Robotik



Busy betul skang ni dengan KAT. Hari ni kena bawa budak robotik pula ke SMT Pertanian Rembau untuk latihan bersama jurulatih dari Sasbadi Sdn. Bhd. Terpaksa la saya mengiringi pelajar tersebut pada pukul 1.00 tengahari dan di jangka pulang tidak tahu pukul berapa lagi. Diharapkan program ni sekejap je la. Sebab petang ada keje lain lagi saya nak buat.

Aduhai Bola..

Pada Sabtu lepas (10/5/2010) saya mengikuti rombongan sekolah bersama 2 lagi cikgu membawa pasukan bola sepak menyertai pertandingan Kejohanan Antara Teknik (KAT) zon Negeri Sembilan/Melaka di Melaka Tengah. Pasukan kami dengan pelajar bukan selected, tanpa latihan dan perancangan rapi di tambah pula dengan sikap pelajar yang ego dan tidak dengar nasihat telah bertanding untuk kejohanan tersebut. Dengan keputusan yang telah di jangka, pasukan kami kalah dalam keempat-empat perlawanan dalam kumpulan A.

Tetapi walau apa pun yang berlaku, diharap semua tidak bersedih kerana beban untuk pasukan bola dah berakhir. Tunggulah untuk tahun hadapan pula. 

P/S: Tak perlu la nak ponteng kelas P&P lagi lepas ni.


Thursday, May 6, 2010

ROBOTIK

Gigih sungguh pelajar-pelajar robotik ni. Maklum la 13 Mei 2010 ni ada Kejohanan Antara Teknik (KAT) yang akan diadakan di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar. Semoga pelajar ini berjaya mencipta robot yang sempurna untuk kejohanan tersebut seterusnya membawa pulang kemenangan.

Good Luck kepada semua peserta..

Poning2....

Selepas di tukarkan ke MKM ni, tak tau nak buat apa. Nak mengajar budak pun, cikgu sendiri tak de ilmu. Nak belajar dengan sifu, sifu selalu sibuk. Dah macam mana nak buat. Kalau kat KFL dulu ada la juga subjek yang boleh diajar. Pindah sini memang terkial-kial mencari hala tuju.

Wednesday, May 5, 2010

Sambung Master!


Tahniah diucapkan kepada member saya, En. Zulkifli bin Musa (Pensyarah di UMP) kerana mendapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran beliau di peringkat Master di UKM bangi. Semoga segala tenaga dan masa yang dicurahkan membuahkan hasil yang diberkati.

(p.s: Semoga cpt dpt cahaya mata.he..he..)

HE..HE..HE..AKHIRNYA BEBAS GAK


Terima kasih la kepada semua yang memahami jiwa ini. Akhirnya dapat juga bebas dari masalah asrama. Kepada 9 budak hitam yang tinggal tu diucapkan syabas dan tahniah la kerana setia dan memang berjiwa kental kerana sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk mendidik manusia yang berada dalam asrama. Ucapan terima kasih juga kepada pentadbir sekolah kerana memberi peluang untuk merasa hotel 5 bintang kat asrama tu. 

Kami ingin memohon maaf atas apa yang telah kami lakukan kerana apa yang berlaku bukannya disengajakan. Dan kami dengan rela hati untuk menerima teguran, sindiran dan kritikan yang boleh mendatangkan manfaat kepada kami. Dan terima kasih juga kepada semua yang mengambil berat dengan hal ini (samada yang hanya untuk perli, simpati dan sebagainya. Tuan/puan sendiri yang tahu) . Hanya ALLAH S.W.T. sahaja yang tahu dan dapat balas jasa tersebut.

Sekian Wassalam..

Monday, May 3, 2010

Rajinnye Pelajar Zaman Sekarang

Hilang mood nak mengajar budak SKM ni. Bila suruh keluarkan buku nota, dia orang tak bawa plak. Kita nak mengajar pun naik lemah. Bila suruh baca nota, dia orang nak tidur plak. Nak di pukul dah besar. Kan jadi kes plak. Tapi kalau dibiarkan makin naik lemak plak dia orang. Nak tak nak tibai la juga. Terpaksa la ambil risiko demi dia orang juga. Tapi mak bapak sekarang tak suka anak dia di pukul walaupun anak dia buat salah. Alih-alih dia salahkan cikgu balik. Pikir anak dia je betul. Tak siasat dulu yang anak dia menipu. Itulah situasi sekarang. Terpaksa la terima.