Cikgu, indah bunyinye dan amat bangga menyandangnya. Tapi sekarang berbeza suasana dari dulu. Cikgu sekarang cukup pandai berlakon. Skejap mendidik, skejap jadi kerani, kadang-kadang garang lepas tu jadi baik. Dan ada juga yang pandai berbisnes. Masa cikgu sekarang banyak dihabiskan diluar daripada mengajar di dalam kelas. Mengajar di Kelas hanya sampingan sahaja kerana cikgu sibuk dengan pelbagai aktiviti lain termasuklah ISO, 5S, keceriaan sekolah, program sukan, dan pelbagai program yang diatur oleh pihak pentadbir. Tu tak termasuk lagi aktiviti bisnes cikgu itu sendiri. Sampai ada sesetengah cikgu yang terlalu sibuk sehingga mengabaikan waktu kelas dan pekajar.
Persoalannya kenapa benda ini berlaku disekolah? Yang mana lagi penting, keceriaan sekolah atau kecemerlangan pelajar? Kepada cikgu yang asyik berbisnes tu, tak cukupkah gaji yang ada sekarang?
Kepada KPM, tolonglah pantau. Jangan goyang kaki je? Kebajikan anak buah kena jaga juga.