Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, October 29, 2013

Semakin merapu

Erm, susah betul mutakhir ni. Ramai sangat "penjilat" dan 'pengampu' serta pengadu domba. Inilah hakikat yang dihadapi setiap hari. Kerja la di sektor manapun, mesti akan jumpa benda yang sama. Dengan tekanan yang bertimpa-timpa di tambah pula dasar yang semakin merapu, lagi la menambah derita dan mempercepatkan datangnya penyakit. Bukan gula semata-mata yang boleh menyebabkan penyakit.
 

Wednesday, October 2, 2013

Permohonan ke Kolej Vokasional 2014 telah dibuka

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan selamat menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) kepada semua pelajar yang mendudukinya bermula hari ini. Ini PMR batch terakhir kerana selepas ini Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang penuh kontroversi mengambil alih tempat tersebut. 

Bagi pelajar lepasan PMR yang berminat untuk memasuki Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik, permohonan untuk kemasukan sesi 2014 telah pun di buka. Permohonan boleh di buat samada secara online di http://apps.moe.gov.my/esptv/kvsptv_2013/ atau datang terus ke mana-mana Kolej Vokasional/Sekolah Menengah Teknik yang terdekat dengan anda untuk mengisi borang permohonan secara manual.